Sadis! Akibat Gigit Puting Ibu, Bayi 8 Bulan Ini Ditusuk 90 kali & Wajahnya Cedera Teruk!

undefined

Jangan abaikan sindrom baby blues yang boleh menyerang ibu pasca melahirkan. Seorang bayi 8 bulan ditikam 90 kali hanya kerana gigit puting semasa menyusu.

Apabila sedang menyusu kadang-kadang ada ketikanya anak gigit puting ibu terutama setelah tumbuh gigi dan tentunya situasi ini membuatkan anda rasa sakit dan kurang selesa. 

Peristiwa ini sudah terjadi sekitar beberapa tahun lalu, tetapi marilah kita petik pengajaran berharga dari kisah ini. Kita juga perlu ketahui tentang realiti baby blues yang mungkin dihadapi oleh ibu yang sedang menyusukan anak.

 Seorang bayi berusia 8 bulan telah ditemui oleh bapa saudaranya dalam keadaan dilumuri darah.

Akibat gigit puting ibu, si kecil ini ditusuk 90 kali

gigit puting

Dia dikatakan telah ditusuk oleh ibunya sendiri, hanya kerana si kecil itu telah menggigit puting ibunya ketika sedang menyusu.

Salah seorang bapa saudaranya segera membawa bayi malang itu ke hospital berhampiran.

Syukurlah Xiao Bao, bayi 8 bulan yang malang itu, dapat diselamatkan setelah mendapat lebih daripada 100 jahitan di bahagian wajah dan beberapa bahagian tubuhnya!

Si ibu akhirnya mengakui yang dia telah menusuk badan Xiao Bao dengan gunting kerana dia merasa sangat sakit kerana bayinya telah menggigit puting ketika sedang menyusu.

gigit puting

Kejadian bayi gigit puting saat menyusu memang sering dialami oleh ramai ibu.

Bayi 8 bulan atau lebih kadang menggigit ibu kerana merasa gatal ketika hendak tumbuh gigi.

Entah apa yang telah mencetuskan kemarahan si ibu sehingga sanggup melakukan perkara ngeri tersebut kepada anaknya sendiri.

Jiran tetangga yang mengetahui perilaku ibu Xiao Bao telah meminta hakim untuk menjauhkan bayi 8 bulan yang malang itu dari ibunya dan keluarga.

gigit puting

Namun sayang, permintaan tersebut ditolak dan hakim menetapkan yang Xiao Bao akan tetap berada dalam pengawasan kedua ibu dan bapa saudaranya.

Lebih menyayat hati lagi, tidak diketahui pula bagaimana keadaan Xiao Bao sekarang!

Anak gigit ketika menyusu & Sindrom Baby Blues

Sadis! Akibat Gigit Puting Ibu, Bayi 8 Bulan Ini Ditusuk 90 kali & Wajahnya Cedera Teruk!

Apa pengajaran yang dapat kita perolehi dari peristiwa ini?

Seperti kita ketahui, sindrom baby blues boleh melanda para ibu yang baru bersalin dan sedang menyusukan anak.

Sindrom ini seringkali tidak disedari oleh ibu itu sendiri. Oleh itu, jarang untuk mereka meminta bantuan orang lain untuk mengatasinya masalah emosi ini.

Lebih parah lagi, sindrom baby blues boleh menjadi berbahaya buat bayi dan ibu itu sendiri.

Peristiwa menyakiti bayi sendiri adalah suatu contoh perilaku yang boleh dilakukan oleh seorang ibu yang sedang menderita baby blues!

Para suami, perhatikan emosi isteri anda yang baru bersalin itu. Pastikan dia sentiasa dalam keadaan gembira, sihat dan tenang.

Kemurungan perlu diatasi dengan baik bagi mengelak para ibu dari melakukan perkara di luar kawalannya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Memang Boleh Menjerit Kalau Bayi Gigit Puting Payudara Ketika Menyusu, Ini Cara Mengatasi

Baca juga: Bayi Suka Gigit Puting Payudara Ketika Menyusu, Jangan Pukul Atau Jerit, Bayi Boleh Trauma!

Baca juga: Asas Beri Susu Badan Yang Penting Untuk Ibu Baru Menyusu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!