Ibu Menyusu Memang Seriau Bila Anak Tumbuh Gigi, Ini 9 Cara Mengatasi Anak Gigit Payudara

Baby yang baru tumbuh gigi memang suka gigit payudara ibu, kan? ternyata keadaan ini memang boleh buat ibu seriau dan risau!
Dalam teruja anak tumbuh gigi, sebenarnya para ibu menyusu turut mengalami dilema bila nampak beberapa batang gigi anak yang mula tumbuh. Ini kerana dalam fasa ini si kecil itu biasanya akan mula mengasah payudaraibu dengan giginya kerana gatal gusi.
Sakit memang sakit. Malah ada ibu yang menjerit dan ada yang sampai tertolak muka anaknya selepas si kecil itu secara tak sengaja tergigit puting payudaraibu. Alahai kecian anak ibu!
Namun begitu, sebenarnya ada beberapa cara dan jalan penyelesaian yang terbaik untuk ibu kekal bertenang dan memujuk bayi melepaskan puting.
Berikut ini adalah perkongsian daripada Syafawati Noorhafizah berkaitan cara terbaik untuk mengatasi situasi ini.
Cara atasi bayi suka gigit payudaraibu
Berikut ini adalah langkah terbaik untuk membantu baby yang suka mengigit puting payudaraibu
#1. Usah menjerit depan baby
Perkara pertama yang ibu perlu buat adalah jangan menjerit semasa digigit bayi. Ini kerana, pada saat itu bayi sangkakan yang ibu sedang seronok seolah-olah sedang bermain dengannya.
Jadi bayi kecil anda tidak meraskan perbuatannya itu adalah salah tapi menyeronokkkan.
Jika ibu menjerit di depan bayi, si kecil akan merasakan seolah-olah ibu memarahinya. Lantas dia akan merajuk dan trauma untuk menyusu semula.
Jadi ingat ya ibu jangan sesekali menjerit.
#2. Bercakap dengan bayi
Seterusnya melalui penyusuan susu ibu ini sebenarnya dapat mengeratkan bonding antara anak dan ibunya.
Jadi inilah masanya untuk bercakap dengan bayi anda. Walaupun mereka masih belum faham tapi tak mengapa untuk memberitahu si comel bahawa perbuatannya itu salah.
Caranya ibu pandang ke mata bayi dan beritahunya yang ibu sakit bila diperlakukan sedemikian. Pasti si kecil memahami sambil membalas kembali renungan mata ibu.
#3. Memicit hidung
Sekiranya mendapati bayi mengigit, ibu boleh terus picit hidung bayi kerana dengan cara ini bayi tidak dapat bernafas melalui hidungya. Seterusnya, dia akan melepaskan gigitan payudaraibu untuk kembali bernafas seperti biasa. Tapi, jangan picit lama-lama pulak ya cukup sekadar sampai membuatkan dia melepaskan puting anda.
#4. Mengalihkan perhatian anak
Kadang kadang ibu boleh mengagak masa bila yang bayi nak gigit puting, kan? Jadi gunakan masa ini untuk mengalihkan perhatian bayi seperti membelai tangannya dan sebagainya.
#5. Gigit manja jari bayi
Selain itu, ibu juga boleh buat demo bagaimana rasa sakit selepas digigit seseorang. Di mana ibu boleh gigit manja jari anak dan lihat telatahnya selepas itu.
Dengan cara ini si kecil boleh tahu dan faham kenapa kita tidak boleh mengigit seseorang kerana boleh menyebabkan kesakitan.
#6. Hentikan penyusuan
Walaubagaimanapun, jalan penyelesaian terakhir yang ibu boleh lakukan adalah dengan menghentikan penyusuan.
Caranya ibu boleh guna jari kelingking untuk mengeluarkan puting dari mulut baby dan seterusnya memulakan proses penyusuan sekali lagi selepas betul-betul bersedia untuk menyusu.
#7. Mengenalpasti punca anak mengigit
Kadang-kadang ada banyak punca yang menyebabkan bayi mengigit misalnya kecewa bila gagal memperoleh susu seperti yang diingini.
Jika ini adalah penyebabnya maka ibu perlu merangsang payudarasupaya aliran susu jadi lebih lancar seterusnya memenuhi keinginan anak.
#8. Cari posisi yang betul
Sepanjang sesi menyusu, ibu juga perlu mencari posisi penyusuan yang betul dan selesa untuk bayi dan juga ibu.
Malah dengan posisi yang betul dapat membantu tubuh ibu rasa selesa dan tidak melenguhkan pinggang mahupun belakang badan.
Jika lihat bayi macam tak selesa, ibu boleh bertukar posisi asalkan tidak menganggu proses penyusuan yang tengah berlaku.
#9. Berikan bayi teether
Anda juga boleh biarkan bayi menggigit sesuatu seperti teether. Ataupun tuala kecil yang telah disejukkan dalam peti ais.
Ini kerana alat seperti ini sangat membantu di kala si kecil sedang dalam fasa mengigit.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Syafawati Noorhafizah
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
Akibat Gigit Puting Ibu, Bayi 8 Bulan Ini Ditusuk 90 kali & Wajahnya Cedera Teruk!
Hati-Hati Ibu, Ini 5 Sebab Kenapa Puting Luka & Melecet Semasa Menyusu
8 Sekolah BERHANTU Di Malaysia Dengan Kisah Tersembunyi Yang Sangat Menyeramkan!
Luka Bersalin Bernanah Teruk, Ibu Jangan Cuba Petua MENGARUT Ketika Dalam Pantang!