Benarkah Bayi Akan Berjaga Sepanjang Malam Kerana Tidur Sepanjang Hari?

undefined

Siang anda mungkin penuh dengan ketenangan oleh sebab si manja hanya tidur sepanjang hari, tetapi mereka akan berjaga malam? Ini cara untuk atasi!

Siang anda mungkin penuh dengan ketenangan oleh sebab si manja hanya tidur sepanjang hari, tetapi waktu malam anda mungkin mencabar kerana bayi berjaga malam. 

Apabila kita mempunyai bayi kecil, sudah tentu banyak perkara yang perlu kita risaukan. Sebagai contoh, bayi kita yang asyik tidur berpanjangan di siang hari lalu pada sebelah malamnya pula, bayi kita celik dan segar berjaga. Sudah tentu kita sebagai ibu bapa sangat risau apabila hal sedemikian terjadi. 

Pertama sekali, kita perlu mengenal pasti punca kenapa bayi berjaga sepanjang malam namun kekal berjaga di malam hari. 

Mengapa Bayi berjaga malam?

bayi berjaga malam

Adakah mereka juga berjaga malam seperti burung hantu dan kelawar? Tidak! Tetapi, bayi masih tidak tahu sama ada hari masih siang ataupun sudah larut malam. Jadi, sudah tentulah mereka tidak dapat membezakan sama ada mereka perlu tidur atau berjaga. 

Jika mereka tahu membezakan di antara siang dan malam, sudah tentu mereka akan berjaga di hari siang dan memilih untuk tidur di malam hari, bukan? 

Ibu bapa semestinya runsing apabila bayi tidak tidur di malam hari. Hal ini kerana, sudah tentu rutin harian para ibu bapa juga akan terjejas sekali. Bayi yang memilih untuk tidur di siang hari tentulah boleh diterima oleh sebab ia memudahkan urusan seharian kita. 

Tapi, jika bayi berjaga malam harinya pula, bukankah susah kepada ibu bapa kerana mereka juga harus berjaga bagi menemani dan melindungi si anak dari risiko bahaya. 

Jadi, bagaimana pula dengan rencana keesokan harinya? Adakah masih boleh untuk kekal produktif sepanjang hari jika tidak mendapat tidur yang cukup?

Oleh itu, terdapat beberapa kaedah yang boleh anda lakukan untuk membetulkan rutin tidur bayi anda. 

 

bayi berjaga malam

Sumber gambar: goodhousekeeping.com

#1. Ibu Bapa Perlu Kreatif

Bagi memastikan anak anda tidak terus tidur sepanjang hari, anda sebagai ibu bapa mestilah kreatif memikirkan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama si bayi. 

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan bersama si manja bagi mengelakkan dia terus tidur sepanjang hari. Selain dapat mengelakkan anak anda tidur, sekaligus anda juga dapat membantu mengembangkan kemahiran anak.

Anda juga boleh membawa si bayi keluar rumah bagi menghirup udara segar di taman berhampiran rumah. Apabila menghirup udara segar dan dipancari sinar cahaya matahari, justeru ia dapat membantu anak agar kekal berjaga.

Namun begitu, janganlah memaksa anak anda untuk terus bangun apabila anda melihat dia sudah tertidur. Tapi, kurangkanlah masa tidur itu agar si bayi masih juga tidur di malam hari. 

Perlahan-lahan, sudah pasti anak anda akan terbiasa untuk tidak terus tidur di siang hari dan tidur di waktu malam seterusnya mempunya rutin tidur yang normal. 

#2. Faktor Persekitaran

Faktor persekitaran juga memainkan peranan yang penting. Adakah anda meletakkan bayi anda di persekitaran yang redup dan agak gelap untuknya di siang hari? Kerana jika ya, sudah pastilah si bayi akan terus tidur sepanjang hari.

Bagi memastikan hal ini tidak terjadi, anak boleh membuat satu kawasan khas untuk si bayi. Pastikan persekitaran kawasan tersebut tidak suram agar anak anda tidak terus terlelap apabila diletakkan di situ. 

Mainan yang dapat menarik perhatian anak juga boleh diletakkan sekali agar anak anda terus tertarik untuk bermain dengannya. Bukankah ia akan membantu anak anda kekal berjaga dia waktu siang?

Pada waktu malam pula, letakkan buaian bayi di kawasan yang suram dan bebas dari sebarang gangguan dan bunyi bising. Persekitaran sebegini dapat membantu bayi anda dan juga anda agar dapat tidur dengan lena sepanjang malam.

 

bayi berjaga malam

Sumber gambar: Mom Loves Best

#3. Memeriksa Tahap Kesihatan Bayi Secara Terperinci

Ini juga merupakan satu perkara yang perlu ibu bapa titikberatkan. Sesetengah bayi tidak hanya akan terus merengek atau menangis jika mereka dalam kesakitan. Mereka mungkin akan menjadi tidak senang duduk, menyebabkan mereka sukar tidur. 

Bayi kecil lebih mudah terdedah kepada penyakit. Jadi, ibu bapalah yang bertanggungjawab dalam memeriksa perihal kesihatan si anak. Jika si bayi tidak tidur sepanjang malam, boleh jadi yang dia sedang menanggung kesakitan yang tidak boleh diungkapkan dengan kata-kata kerana mereka masih tidak boleh bercakap untuk mengadu bahawa dia sedang dalam kesakitan.

Antara penyakit yang biasanya acap kali terjadi kepada si bayi adalah seperti perut kembung, pertumbuhan gigi atau pun kesejukan. 

Apa yang anda dapat lakukan apabila mendapat tahu bayi perut kembung adalah dengan mengurut perlahan bahagian perut bayi. Kembung perut yang selalu terjadi kepada bayi juga boleh jadi disebabkan kerana penggunaan susu yang tidak sesuai dengan sesetengah bayi. 

Jadi, ibu bapa boleh memeriksa susu tersebut dan menukar kepada susu yang lain jika ia merupakan sebab kenapa bayi anda kembung perut. 

Selain itu, bayi biasanya akan tidak sihat oleh sebab pertumbuhan gigi. Kesakitan pada bahagian gusi disebabkan oleh gigi yang baharu mahu tumbuh merupakan faktor mengapa si bayi berjaga malam.

Apabila anda sudah tahu dan arif tentang kenapa anak anda asyik berjaga sepanjang malam dan tidur sepanjang hari, sudah pasti masalah ini tidak akan terjadi lagi. Jangan terus runsing memikirkan yang perkara sebegini tidak akan ada penghujungnya kerana setiap masalah, pasti akan ada penyelesaiannya. 

Teruskan usaha anda untuk menjadi ibu bapa terunggul! Anda pasti boleh lakukannya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia.

Sumber: Newborn Not Sleeping: Tips and Tricks (healthline.com)

Baca juga: 5 Cara Bantu Bayi Tidur Malam Tanpa Gangguan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!