Lahirkan Bayi 'Jumbo' Dengan Berat Cecah 5.7KG, Ibu Pasrah Pakaikan Anak Baju Saiz 6 Bulan!
Bayi besar dalam kandungan boleh membuatkan ramai ibu risau. Seperti yang dikongsi wanita ini, dia berjaya melahirkan anak seberat 5.7kg
Bayi besar dalam kandungan sering membuatkan ramai ibu risau. Lebih-lebih jika doktor mengatakan tidak boleh bersalin secara normal dan terpaksa melalui pembedahan caesarean.
Meskipun ada yang mengatakan saiz bayi besar dalam perut disebabkan oleh diabetes ketika hamil, namun ibu ini berkongsi bahawa dia tidak mengalami masalah berkenaan meskipun anaknya dilahirkan dengan berat cecah 5.7kilogram.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Doktor mendapati saiz bayi besar dalam kandungan, ibu disaran bersalin secara czer
- Berat bayi naik mendadak, tak boleh pakai baju newborn
- Netizen terhibur melihat kelahiran bayi yang begitu besar berbanding bayi lain
Doktor mendapati saiz bayi besar dalam kandungan, ibu disaran bersalin secara czer
#CapCut ♬ suara asli – Eviyati candraningsih – Vi
Seorang wanita di negara jiran baru-baru ini telah berkongsi pengalamannya menerusi video TikTok yang dimuat naik di mana dia sendiri terkejut melihat saiz bayi yang dikandung selama 9 bulan dilahirkan seberat 5.7 kilogram!
Ya, selalunya mungkin 3 kilogram hingga 4 kilogram sahaja, kan?
Tapi ini 5.7 kilogram untuk seorang bayi! Hebat sungguh si ibu. Dikenali sebagai Eviyati, dia menceritakan ketika membuat imbasan, doktor telah menyarankan untuk dia melahirkan bayi secara pembedahan czer.
Sebab waktu itu, iaitu pada hari Sabtu, anaknya sudah mencecah 4kg. Tetapi mengejutkan, pada hari Isnin anaknya itu sudah mencecah berat 5.7kg!
Berat bayi naik mendadak, tak boleh pakai baju newborn
Pada mulanya memang doktor sudah berpesan bahawa anaknya itu sebenarnya adalah lebih besar daripada bayi yang normal, namun mungkin sekitar 4kg sahaja.
Tapi siapa sangka, berat si ibu turut dilihat mendadak turun dan naik sekitar 20kg dan apabila doktor membuat pemeriksaan, ia bukanlah masalah kencing manis (diabetes).
Apa yang melucukan lagi, bayi berkenaan tidak boleh memakai baju yang dikhaskan untuk newborn. Mana tidaknya, saiznya adalah jauh lebih besar daripada bayi baru lahir. Seolah-olah dah 4-5 bulan pula. Comel sungguh, sampai terpaksa pakai baju bayi 6 bulan ya!
Balas @avivahrara15 ♬ Baby Shark (Tik Tok Reggaeton Remix) – Bing Bong
Netizen terhibur melihat kelahiran bayi yang begitu besar berbanding bayi lain
Menjengah di ruangan komen, ramai juga yang terhibur melihat si kecil ini apabila dia diletakkan di tempat antara bayi-bayi baru lahir yang lain. Dialah yang paling ‘senior’ nampaknya!
“Itu kelahiran secara normal ke? Hebat sungguh!” tulis seorang pengguna TikTok.
“Anak saudara aku dulu 6.2kg, siap dapat duit daripada kerajaan untuk bayi terbesar,” kongsi seorang lagi pengguna TikTok.
Tak sangka sungguh hebat kebesaran Yang Maha Esa, bayi sebesar itu boleh berada di dalam perut seorang ibu dan dilahirkan dengan selamat. Alhamdulillah, semoga bayi ini sentiasa sihat dan menjadi anak yang menyenangkan ibu ayahnya. Amin!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Tips Ajar Anak Berkasih Sayang Sejak Kecil, Elak Bergaduh
Baca juga: 7 Manfaat Bawa Anak Mandi Pantai, Bantu Si Manja Mudah Tidur & Kurang Meragam
Baca juga: Bawa Anak Kecil Masuk Wayang, Ramai Terganggu & Rimas Dengar Bunyi Menangis
- Cara Merawat Demam Campak Bayi Dengan Berkesan, Bahaya Boleh Berjangkit! Ini Apa Yang Ibu Ayah Boleh Lakukan
- Berat Bayi Naik Sedikit Sahaja Setiap Bulan, Adakah Ibu Patut Risau? Ini Panduan Buat Anda
- Tak Perlu Pakaikan Stokin Selepas Umur Bayi Sebulan, Si Manja Perlu Rangsangan Sensori & Kuatkan Otot Kaki