10 foto bayi comel dengan pelbagai ragam, pasti akan buat anda terhibur!
Bila melihat foto-foto comel bayi, rasa seperti satu ketenangan yang cukup indah. Merekalah cahaya mata terindah yang sempurna dan melengkapkan ikatan cinta suami isteri
Kita kalau jumpa bayi comel, pertama mesti nak cubit pipi, kan? Kedua nak cium dan ketiga nak dukung dia. Geramnya tengok pipi merah-merah, mata bulat, bibir mungil dan senyuman tak lekang di bibir si kecil itu!
Tambah-tambah kalau bayi comel itu anak sendiri, aduhai macam orang bercinta. Tak boleh nak lepaskan anak ke tangan orang lain, rasa macam serba tak kena.
Ibu bapa mana yang tak mahu lahirkan bayi comel, kan?. Pastinya ia jadi dambaan semua orang. Jadi, jom kita cuci mata tengok 10 gambar bayi comel ini yang pelbagai ragam dan gaya. Ayuh!
10 gambar bayi comel dengan pelbagai gaya dan ragam
Ala tomeinya bayi comel ini, dengan pipi merah dia dan senyuman cute itu buat orang rasa geram yang amat. Ibu si kecil ini pun bijak gayakan bayi comel ini dengan headband reben biru lembut yang senada dengan baju yang dipakai.
Apa pendapat anda? Comel kan? Mesti rasa nak buat baby girl cecepat 😛
Tengok tangan bayi ini tembamnya, aduhai! Kulit putih halus buat orang yang melihat rasa geram dan nak cium pipi bulat dia itu.
Ala..ala…pandainya dia nak bermain. Mesti ibu atau ayah dia tengah buat ba-cak dekat depan sebab itu dia asyik tersenyum. Comel!
Stylonya budak kecik ini, mesti ibu dia teror bab nak stylekan anak dengan pelbagai gaya. Syabas ibu! Besar nanti mesti hensem dan ramai peminat ini.
Walau tidur still maintain comel ok? Kau hado?
Bayi comel kalau tidur tetap comel tau, dengan puting yang tak lekang di sisi dan tangan kecil pula menongkat dagu. Aduhai memang comel tak terkata. Geramnya rasa!
Bulatnya mata, pandang apa itu? Dah la comel, buat pula muka cute, lagi bergandalah comel dia itu.
Eh..eh…kenapa tangan itu? tak sihat ke? walaupun tak sihat tetap maintain comel ok? hehe. Pandainya dia senyum kat orang, apa yang seronok sangat itu, meh share dengan aunty.
Ala..ala…seronoknya dia dapat naik basikal ye? kalau dah pandai cakap mesti dia beritahu macam ini “Ibu jom, saya nak round taman”.
Lihat saja, pakaian yang digayakan bersama kasut sukannya, macam dah ready nak berbasikal. Apa lagi jomlah ibu…
Abang kacak bila bermain di taman permainan mesti ramai gadis sebaya menjeling-jeling nak tengok empunya diri. Apapun, sebelum nak main, kita pose hensem dulu ok.
Muka itu kenapa macam terpaksa nak pakai tudung hehe. Panas ke sayang? Ala..kesiannya dia…takpe..takpe pose cantik dulu ok kejap lagi mummy buka tudung.
Ya Allah, baru lepas mandi pun tetap comel! Anak siapa la ni comel sangat rasa nak cubit pipi. Tengok matanya bulat, pipi merah-merah dan kulit putih halus. Kalau dapat seorang macam ini, memang rasa nak gomol sepanjang hari. hehe..
Kalau anda ada gambar anak yang pelbagai aksi dan ragam, boleh kongsikan dengan kami di ruangan komen ini. Jom kita sama-sama cuci mata tengok ragam bayi yang comel.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Instagram
Baca juga: