TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Mengapa Main "Ba-Cak" Penting Buat Bayi Anda

3 min bacaan
Mengapa Main "Ba-Cak" Penting Buat Bayi Anda

Sudah pasti hampir setiap orang di Malaysia pernah bermain "ba..cak" dengan bayi yang comel. Tahukah anda permainan ini turut bertujuan untuk mengajar, selain daripada untuk mendapatkan senyuman dan ketawa comel dari bayi itu?

Ketawa dan senyuman tidak kenal halangan umur, bahasa dan budaya. Bahkan bayi yang belum tahu lagi berbahasa, tetapi dia sudah pandai menarik hati kita melalui senyuman manisnya.

Tahukah anda bahawa bayi sudah mula belajar untuk menunjukkan ekspresi wajah ketika dalam rahim lagi?

Kajian ini telah mendapati bahawa melalui gabungan eskpresi wajah janin dari imbasan ultrasound, janin sudah mula belajar “menangis” dan “ketawa” sebelum mereka lahir.

Lain pula selepas mereka dilahirkan.

Kita pula yang rajin ajak mereka bermain “ba-cak” untuk melihat senyuman gusi mereka.

Sebenarnya, “ba-cak” adalah cara bermain yang paling biasa digunakan di serata dunia untuk mendapatkan senyuman comel dari seorang bayi.

permainan mengagah bayi

Source: Fmdos.cl

Bagaimana untuk main “ba-cak” dengan bayi

Jadi, bagaimana nak bermain “ba-cak” dengan si kecil itu? Mudah sahaja.

Letakkan bayi di atas katil, atau jika mereka sudah boleh duduk, ajak dia bermain di lantai dengan beralaskan baby mat ataupun bantal-bantal kecil.

Oh, lagi satu cara lain adalah untuk mengajak suami anda untuk turut main bersama dengan mendukung bayi anda.

  1. Letakkan diri anda berhadapan dengan bayi
  2. Tutup wajah anda sambil berkata, “Ba…” lalu tahan 5 hingga 10 saat.
  3. Kemudian papar mimik wajah lucu ketika membuka tangan kembali sambil mengucapkan, “Cak …”
  4. Jangan lupa kawal intonasi suara dan ekspresi anda. Jangan sampai ia mengejutkan si kecil. Menangis dia nanti!

Baca juga: 

Sekarang Anda Mempunyai Lebih Banyak Sebab Untuk Mendukung Anak Anda

Mengapakah permainan ini penting?

Untuk enam bulan pertama, bayi anda mungkin sedikit ‘blur‘ atau terkejut pada mulanya.

Tetapi selepas beberapa kali permainan ini berulang, dia akan belajar untuk menjangka dan berasa gembira kerana ramalannya betul.

Asas permainan ini tetap sama: interaksi sosial dengan menggunakan mata serta memek muka, dan memerlukan perhatian sepenuhnya dari orang dewasa.

Sudah pasti anda tidak akan dapat main ba-cak sambil bermain telefon!

permainan mengagah bayi

Sumber gambar: leapfrog.com

Tetapi inilah apa yang mereka perlukan: perhatian sepenuhnya dari ibu bapa mereka kerana ia permainan yang sangat sosial. 

Sebenarnya tujuan permainan ini bukan hanya membuat bayi anda ketawa. Ia boleh: 

  • merangsang deria bayi,
  • membina kemahiran motor,
  • menguatkan pengesanan visual,
  • menggalakkan pembangunan sosial dan yang paling penting,
  • ia adalah permainan yang seronok dan lucu!

Selain itu, permainan ba-cak mengajar bayi anda tentang objek kekal: walaupun dia tidak dapat melihat sesuatu (contohnya muka tersenyum anda), ia masih wujud.

Lagipun, apabila seorang bayi bertindak balas dengan positif, ini menunjukkan keinginannya untuk terus berinteraksi.

Dengan cara ini, si kecil itu dapat belajar dengan lebih banyak lagi. 

Ia juga memberi anak anda peluang untuk belajar dari dua orang yang paling penting dalam hidupnya – anda dan suami. 

Sumber: Smart Parenting, What To Expect, 

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Mengapa Main "Ba-Cak" Penting Buat Bayi Anda
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2026. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham