Bayi Sebenarnya Boleh Ingat Apa Jadi Ketika Dalam Kandungan Ibu - Kajian

Mungkinkah bayi dalam kandungan sebenarnya ada memori dan boleh ingat semua kenangan yang dilaluinya ketika itu? Kalau ya, kenapa kita sendiri tak ingat?

Terdapat banyak cerita tentang orang yang mengatakan mereka ada memori ketika masih bayi, terutamanya ketika masih duduk dalam kandungan ibu mereka.

Jika anda melakukan pencarian, anda pasti berjumpa senarai orang yang mendakwa mereka masih ada kenangan dari dalam kandungan ibu sehingga dilahirkan.

Benar ke cerita mereka ini? Betul ke kanak-kanak boleh ada memori ketika di dalam kandungan ibu?

bayi dalam kandungan

Kredit: Baby Center

Kenangan bayi dalam kandungan dipanggil memori pranatal

Ahli psikologi sukar untuk percaya apabila seseorang itu masih boleh ingat apa yang berlaku ketika mereka masih dalam kandungan ibu mereka.

Kebanyakan orang tidak akan ingat pun apa yang mereka buat ketika berumur 1 tahun, jadi memori dalam perut ibu mestilah lagi mengarut, bukan?

Yang menariknya, ada penyelidik pernah membuat ujian untuk menentukan sama ada bayi di dalam kandungan ibu dapat mengingat apa-apa ataupun tidak.

Kajian tentang bayi dalam kandungan ibu

Bayi Sebenarnya Boleh Ingat Apa Jadi Ketika Dalam Kandungan Ibu - Kajian

Sumber gambar: Parents.com

Mereka meminta ibu-ibu untuk memainkan klip bunyi yang direkodkan perkataan “tatata” yang tidak masuk akal, dari masa ke semasa untuk bayi yang belum lahir.

Setelah bayi dilahirkan, penyelidik akan mengkaji aktiviti otak bayi apabila bunyi “tatata” dimainkan.

Mereka mendapati apabila bayi mendengar bunyi “tatata”, terdapat perubahan aktiviti yang besar di dalam otak mereka yang bermaksud mereka dapat mengenali dan boleh ingat perkataan itu!

Apabila mereka membuat ujian yang sama pada bayi lain, bayi-bayi tersebut tidak menunjukkan tindak balas.

Mengapa kita tidak ingat tentang memori ketika masih dalam kandungan?

Jika bayi dalam kandungan ibu sebenarnya boleh ingat, maka mengapa pula ramai yang tidak dapat ingat kenangan ketika mereka masih bayi itu?

Menurut Dr. Ulric Neisser, seorang ahli psikologi di Universiti Emory –

“Apabila anak berusia sekitar 3 atau 4 tahun, ibusering memberitahu anak tentang masa kenangan mereka waktu kecil dulu.

Anak akan mula menghargai kenangannya dan menceritakan tentang dirinya.

Peristiwa yang senang diingat adalah kenangan yang sudah dialami dan telah masuk ke dalam fikiran anda sendiri.

Sebab itu kita tidak ingat sangat tentang memori ketika masih dalam kandungan ibu. Tiada sesiapa pernah menceritakan apa yang kita rasa ketika itu, jadi kita susah nak ingat.

Sangat penting untuk ibu bapa memastikan anak mereka penuh dengan kenangan-kenangan gembira, walaupun ketika mereka masih kecil.

Kenangan yang dibina ketika mereka masih muda boleh memberi kesan apabila mereka membesar.

Jadi kenangan anak adalah penting, walaupun mereka tidak dapat ingat dengan sempurna.

Orang tua selalu kata, tak payahlah bawa anak pergi melancong awal-awal  kerana “mereka tidak akan ingat”.

Biarpun anak tidak ingat mereka pernah melancong ke tempat itu, dia pasti akan ingat kegembiraan yang dialami ketika pergi bersama ibu bapa tersayang.

*artikel ini diterbitkan semula dari theAsianparent Philippines

Sumber: familyshare.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

6 Fakta Menarik Tentang Tendangan Bayi dalam Kandungan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!