Anak Sering Berjaga Malam & Susah Tidur? Mungkin Ini Puncanya!

undefined

Memang rungsing bila anak sering bangun awal dan kerap berjaga malam. Jadi, ketahui penyebab bayi kurang tidur dan cara mengatasinya dalam artikel ini.

Ramai ibu bapa yang risau bila bayi kurang tidur dan sering terjaga tengah malam dan susah untuk tidur semula. Tapi jangan risau ibu. Jom kita ketahui apa penyebab bayi kurang tidur dan tip untuk anak tidur nyenyak sepanjang malam.

Penyebab bayi kurang tidur dan sering terjaga malam

1. Tidur lambat

bayi kurang tidur

Anda mungkin pernah cuba untuk biarkan anak bermain hingga lewat malam supaya mereka bangun pada waktu yang anda harapkan.

Ini adalah cara yang salah. Jika anda buat anak tidur lambat, badan mereka akan penat dan mereka sukar untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan sering terjaga. Kesihatan si kecil anda juga boleh terganggu!

Satu kajian mengatakan, anak yang selalu tidur lambat akan memberi kesan kepada perkembangan motor, bahasa dan sosial mereka. Jadi, anda perlu tetapkan masa tidur untuk anak dan cuba untuk ikut masa ini setiap hari supaya mereka terbiasa dan tahu bila masa untuk tidur.

2. Tak tidur waktu siang

Seperti tidur lambat, anda mungkin fikir jika anda biarkan anak berjaga pada waktu siang, ia akan buat mereka tidur dengan lama. Tapi, jika anda langkau masa tidur siang anak, mereka akan ada masalah untuk tidur nyeyak dan akan bangun terlalu awal.

Jadi, anda perlu perhatikan tanda anak mengantuk seperti: menguap, tarik telinga, menangis atau kurang tumpukan perhatian. Jika anda lihat tanda ini, tidurkan anak anda secepat mungkin!

3. Berjaga terlalu lama selepas nap time 

Anak Sering Berjaga Malam & Susah Tidur? Mungkin Ini Puncanya!

Jika anak berjaga terlalu lama antara tidur tengahari dan tidur malam, ia boleh buat bayi susah tidur.

Kebanyakan bayi hanya mampu berjaga selama empat jam sebelum tidur tengahari dan tidur malam. Jika mereka berjaga terlalu lama, mereka akan menjadi terlalu penat dan tak boleh tidur nyenyak.

4. Tidur kerana terlalu mengantuk

Tidur sendiri merupakan kemahiran yang perlu diajar. Jika anak anda tak boleh tidur sendiri ketika masa tidur, susah untuk dia tidur semula bila terjaga pukul 5 pagi.

Pastikan anda konsisten dengan rutin tidur mereka. Letakkan anak anda pada tempat tidur mereka ketika dia tahu yang dia perlu tidur.

5. Keadaan kesihatan

Tak mustahil untuk anak ada masalah kesihatan yang membuatkan tidurnya terganggu seperti asma atau alahan yang boleh mengganggu pernafasan mereka semasa tidur.

Jika anda berdengkur, bernafas menggunakan mulut atau berpeluh semasa tidur, bawa mereka berjumpa doktor untuk diperiksa.

Cara menidurkan bayi yang susah tidur

bayi kurang tidur

  • Gunakan lampu malap ketika waktu tidur supaya mereka tahu yang maksud lampu malap adalah masa untuk tidur dan cahaya terang adalah masa untuk bangun.
  • Pastikan suasana bilik tidur selesa dan nyaman serta sunyi. Jauhkan TV atau gajet dari anak yang sedang dan mahu tidur.
  • Pastikan anak tak tidur semasa terlalu kenyang atau semasa perut kosong kerana ini akan membuatkan mereka sukar untuk tidur dengan nyenyak.
  • Berikan anak minuman hangat sebelum tidur. Susu cokelat panas dipercayai boleh memberikan keselesaan pada anak anda. Sesuai untuk diminum sebelum tidur.
  • Tetapkan masa tidur anak dengan konsisten.

Durasi masa tidur anak

Durasi tidur untuk setiap anak adalah berbeza bergantung pada usia. Menurut  National Sleep Foundation, ini adalah durasi tidur untuk bayi hingga remaja:

  • Bayi baru lahir usia 0-3 bulan: 14-17 jam
  • Bayi usia 4-11 bulan: 12-15 jam
  • Anak usia 1-2 tahun: 11-14 jam
  • Anak usia 3-5 tahun: 10-13 jam
  • Anak usia 6-13 tahun: 9-11 jam
  • Remaja usia 14-17 tahun: 8-10 jam

Semasa anda menyuruh anak untuk tidur, lakukan dengan tenang dan penuh kasih sayang dan jangan memaksa atau memarahi mereka.

Jika anda paksa, mereka akan menjadi cemas dan menjadi semakin susah untuk tidur. Sekiranya anda rasa bayi masih susah tidur, anda boleh cuba doa untuk bayi susah tidur ataupun pasang sahaja mesin white noise.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!