Turun Darah Tiba-Tiba Mungkin Tanda Kelahiran Pramatang, Ibu Hamil Perlu Peka!

Kita sering mendengar mengenai kelahiran pramatang atau bayi lahir awal. Tetapi adakah ramai ibu hamil yang peka mengenainya?

Kita sering mendengar mengenai kelahiran pramatang atau bayi lahir awal. Tetapi adakah ramai ibu hamil yang tahu mengenainya malah adakah mereka ini pernah bersedia untuk menghadapinya jika berlaku pada mereka?

Kelahiran pramatang adalah kelahiran janin yang kurang daripada 37 minggu. Ada pelbagai punca yang boleh menyebabkan seseorang bayi itu lahir sebelum usia matang yang ditetapkan.

Dan pastinya, bayi yang lahir awal mempunyai pelbagai kemungkinan untuk mengalami masalah kesihatan samada sejurus selepas kelahiran mahupun ketika membesar.

Menurut data daripada Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), kelahiran bayi pramatang antara penyebab utama kematian bagi kanak-kanak yang berusia di bawah umur 5 tahun.

Seperti yang berlaku pada ibu hamil kembar yang dilaporkan DailyStar ini, beliau melahirkan bayinya pada usia 24 minggu! Malah, tarikh lahir kedua-dua bayi tidak sama, iaitu berselang dua hari. Ajaib bukan? Tetapi itulah yang berlaku.

Bayi lahir awal selamat, tapi berisiko 

bayi lahir awal Kredit foto: fairyburynebraska

Usia kandungan yang selamat untuk dilahirkan selalunya adalah selepas 37 minggu yang ditakrifkan sebagai cukup bulan. Memang benar tiada ibu yang mahu melahirkan bayi mereka dengan risiko, namun jika ia perlu dilakukan demi menyelamatkan nyawa si ibu dan anak pastinya si ibu perlu redha menerima ketentuan takdir.

Kebiasaannya wanita akan hamil sehingga tempoh penuh iaitu 40 minggu dan sekiranya kelahiran berlaku sebelum 37 minggu ia dianggap sebagai kelahiran pramatang.

Menurut laporan Harian Metro, gejala bersalin pramatang sama seperti kelahiran normal, termasuk kontraksi teratur berlaku setiap lima hingga 10 minit kepada satu kontraksi setiap jam.

Ada wanita mengalami kebocoran air ketuban. Namun begitu, sejumlah kecil wanita tidak mengalami kontraksi, tetapi pangkal rahim (serviks) terbuka dengan senyap.

Ini mungkin disebabkan kelesuan pada serviks, suatu keadaan yang disebut ketidakseragaman servikal.

Walaupun punca sebenar tidak diketahui, ada pelbagai risiko menyebabkan kelahiran pramatang seperti merokok, mengambil alkohol berlebihan dan penggunaan dadah rekreasi.

Tahap kelahiran pramatang

Kelahiran pramatang juga mempunyai tahapnya yang pastinya dengan risiko berbeza bagi setiap kelahiran. Ia termasuklah

  • Late Preterm - Ia adalah kelahiran antara 34 minggu hingga sebelum 37 minggu
  • Moderately Preterm - Ia adalah kelahiran antara 31 minggu hingga 34 minggu
  • Very PretermIa adalah kelahiran sebelum mencecah 31 minggu
  • Extremely Preterm - Ia adalah kelahiran sebelum mencecah usia 28 minggu

Tanda-tanda kelahiran pramatang

Setiap ibu hamil wajib tahu mengenai tanda-tanda kelahiran pramatang atau bayi lahir awal sebagai persediaan menghadapinya dan mengelakkan panik!

Ia memang tidak boleh dijangka dan boleh berlaku pada bila-bila masa dan sesiapa saja. Malah jika ibu hamil sihat tanpa sebarang komplikasi ketika mengandung pun mempunyai risiko menghadapi kelahiran pramatang.

Jadi tidak salah untuk ibu hamil ini menyiapkan mental dan fizikal mereka sekiranya terpaksa menghadapi kelahiran pramatang. 

Berikut adalah tanda biasa kelahiran pramatang yang ibu perlu peka sekiranya merasainya berlaku pada diri anda. 

  • Berlakunya turun darah secara tiba-tiba

bayi lahir awal

  • Kekejangan pada bahagian abdomen atau perut
  • Berlaku kontraksi secara berpanjangan

Punca kelahiran pramatang

Mengikut Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), 12.3 daripda 100 bayi yang lahir di dunia adalah bayi pramatang. Kelahiran pramatang boleh berpunca dari masalah yang dihidapi oleh si ibu mahupun janin itu sendiri.

Bagi wanita hamil, ada empat perkara utama yang perlu diberi perhatian lebih ketika mereka sedang hamil. Ia adalah:

  • Tekanan darah tinggi
  • Kencing manis
  • Pre-eklampsia
  • Pembekuan darah

Antaranya ialah tekanan darah tinggi, pre-eklampsia, kencing manis dan pembekuan darah. Masalah-masalah ini ada pendorong utama untuk kelahiran pramatang malah ia boleh membahayakan nyawa ibu hamil itu sendiri.

Selain itu, ada risiko lain yang boleh menyumbang kepada kelahiran pramatang juga, ia termasuklah:

  • Si ibu pernah melahirkan bayi pramatang sebelum ini
  • Air ketuban pecah awal
  • Usia ibu melebihi 38 tahun

Anda mungkin boleh elak kelahiran pramatang dengan cara ini

#1. Pastikan tahap kesihatan terbaik sebelum hamil

Ramai yang mengambil mudah soal mengandung, yang hanya difikirkan ialah cara cepat untuk hamil kerana tidak sabar ingin menimang cahaya mata.

Namun ramai yang lupa untuk memastikan tahap kesihatan mereka berada di tahap yang terbaik sebelum mencuba untuk hamil.

Adalah disarankan untuk membuat temujanji dengan doktor bagi memastikan anda cukup sihat untuk memulakan proses mendapatkan anak.

#2. Berhenti merokok

bayi lahir awal

Selain itu, jika anda merupakan perokok aktif, adalah lebih baik untuk anda berhenti merokok mahupun sebarang pengambilan tembakau agar tidak memberi kesan kepada kandungan dari segi perkembangan fizikal mahupun dalaman janin.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: daily star, pa&ma, orang kata, harian metro

Baca juga:

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!