Bayi Lahir Dalam Pesawat, Nasib Baik Ada Doktor Dalam Flight! Dinamakan Sempena Nama Kru Kapal!

Bukan asing cerita bayi lahir dalam pesawat. Tapi jarang kita dengar bila dia dinamakan sempena nama kru kapal yang membantu!

Memang kru kapal terbang ada diberi latihan mengenai situasi kecemasan yang mungkin berlaku ketika dalam penerbangan. Ia termasuklah kes bayi lahir dalam pesawat.

Semua kru kapal memang perlu dalam keadaan bersiap siaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya situasi kecemasan. Bonus sekiranya ada doktor atau pengamal perubatan dalam pesawat sama sekiranya berlakunya perkara kecemasan yang memerlukan rawatan segera.

Kisah bayi ini mendapat perhatian apabila dia dilahirkan dalam pesawat yang dalam perjalanan dari Doha, Qatar ke Manila, Filipina!

Bayi lahir dalam pesawat dinamakan Scarlett Ann sempena nama kru kapal 

Bayi lahir

Bayi berkenaan dinamakan, Scarlett Ann sempena nama kru kapal Philipines Airlines yang membantu doktor sepanjang berlakunya proses bersalin

Menerusi ruangan komen, ramai yang tertanya-tanya mengenai status kewarganegaraan bayi yang dilahirkan dalam penerbangan. Jom kami kongsikan mengenainya.

Bagaimana cara tentukan status bayi lahir dalam pesawat? 

Bayi lahir

Ini mungkin persoalan yang berlegar-legar di minda anda bagaimana untuk menentukan kewarganegaraan bayi yang dilahirkan dalam pesawat. Sebagai contoh pesawat dalam perjalanan ke Abu Dhabi dan perlu melalui beberapa negara dan benua. Jadi bagaimana kewarganegaraan bayi ini ditentukan?

Walaupun kebanyakan penerbangan meletakkan syarat bahawa wanita dalam tempoh kehamilan 28 minggu dan ke atas tidak dibenarkan menaiki pesawat, namun dalam beberapa kes tertentu ia dibolehkan.

Ada juga syarikat penerbangan yang membenarkan ibu mengandung menaikan pesawat sehingga selewat-lewatnya 36 minggu kehamilan bergantung kepada faktor tertentu.

Disebabkan itu boleh berlakunya ke bayi dilahirkan dalam penerbangan. Jika dalam negara sama tiada masalah, tetapi jika ia adalah penerbangan antarabangsa yang perlu melalui beberapa benua berlainan, bagaimanakah kewarganegaraan ini ditentukan?

Persoalan ini agak rumit dan bergantung kepada banyak faktor berikutan tiada peraturan universal bagaimana untuk menentukan kewarganegaraan seorang bayi yang lahir dalam penerbangan antarabangsa. 

Ikut kepada undang-undang negara asal ibu bapa bayi

Sebahagian negara mengguna pakai undang-undang jus sanguinis (right of blood) yang mana ia bermaksud kewarganegaraan bayi itu ditentukan oleh kewarganegaraan salah seorang atau kedua-dua ibu bapanya. 

Beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat dan Canada pula menggunakan undang-undang jus soli (right of the soil) yang mana kewarganegaraan bergantung kepada tempat bayi dilahirkan tanpa mengira asal usul ibu bapanya.

Menurut Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat, seorang bayi yang dilahirkan di ruang udara negara itu boleh menjadi warganegara Amerika Syarikat.

Bagimanapun, bayi yang lahir dalam penerbangan juga boleh memiliki dua kewarganegaraan jika ibu dan bapanya berasal daripada negara yang boleh memiliki dua kewarganegaraan.

Contohnya, Australia, Mesir, Bangladesh dan United Kongdom membenarkan rakyatnya memiliki dua kewarganegaraan. Sekiranya ibu bapa bayi itu berasal dari negara seperti ini, maka jika bayi yang dilahirkan di Amerika Syarikat itu boleh mempunya dua kewarganegaraan.

Namun, seperti Malaysia, Singapura, Jepun dan Arab Saudi, ia tidak membenarkan rakyatnya memiliki dua kewarganegaraan. Ini bermakna, ibu bapa bayi tersebut perlu memilih sama ada anak mereka menjadi warganegara Amerika Syarikat atau negara asal mereka sendiri. 

Bagaimanapun, kebanyakan negara menggunapakai jus sauguinis iaitu kewarganegaraan bayi ditentukan oleh kewarganegaraan salah seorang ibu atau bapanya.

Persediaan naik kepada terbang ketika mengandung

Bayi lahir

Mungkin ada beberapa keadaan yang memerlukan anda menaiki kapal terbang ketika hamil. Ini antara persediaan yang boleh dilakukan sebelum menaiki kapal terbang:

#1. Sediakan dokumen peting

Bagi ibu mengandung mencapai 28 minggu, sediakan surat doktor untuk rujukan staf penerbangan. Surat doktor ini dapat mengesahkan due date anda.

Setiap syarikat penerbangan mungkin mempunyai peraturan berlainan, jadi baca dulu segala peraturan dan sediakan dokumen sepatutnya. 

#2. Berhati-hati dengan kapal terbang kecil

Menaiki kapal terbang tidak akan memberi kesan kepada anda dan bayi. Namun elakkan kapal terbang kecil yang tidak mempunyai tekanan kabin. Ketika di udara, tekanan menjadi semakin tinggi dan oksigen berkurangan.

Hal ini kerana tanpa tekanan kabin, badan perlu bekerja lebih keras daripada biasa untuk membekalkan oksigen untuk anda dan kandungan.

#3. Pilih tempat duduk yang selesa

Seeloknya, pilih tempat duduk pada lorong laluan supaya mudah untuk ke tandas dan berdiri untuk regangan. 

#4. Pilih pakaian yang selesa 

Gunakan pakaian berlapis paling selesa dan mudah untuk ditanggal jika panas. Pakai juga kasut paling selesa kerana di akan banyak berjalan di lapangan terbang nanti. Anda boleh mendapatkan sarung kaki jenis ‘compressor’ untuk memastikan peredaran darah lancar ketika terbang.

5. Buat senaman regangan 

Jangan duduk saja jika penerbangan anda lama. Ini boleh buat kaki bengkak dan kejang. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Kredit foto: the fly cabin crew

Baca juga: Waktu Lahir Mempengaruhi Perwatakan Bayi, Bayi Anda Lahir Pukul Berapa?

Baca juga: Wow, lihatlah perjuangan ibu ini melahirkan bayi ‘raksasa’ secara normal!

Baca juga: Proses Melahirkan Anak Pertama Mungkin Ambil Masa 12-16 Jam, Ibu Perlu Sedia Mental, Fizikal

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!