Ngeri! Ibu Yang Sudah Meninggal Dunia 10 Hari Lalu Tiba-Tiba Lahirkan Bayi!

undefined

Ikuti kisah ngeri lagi seram ini apabila seorang ibu yang telah maut 10 hari lalu tiba-tiba bersalin bayi lahir mati (stillbirth). Apa yang terjadi?

Ngeri ketika membaca berita ini. Seorang bayi lahir mati (still birth) telah keluar dari jasad ibunya yang sudah meninggal dunia 10 hari lalu dan sedang menunggu di rumah urus mayat untuk dikebumikan!

Ibu yang meninggal dunia dengan tiba-tiba selepas mengadu kesesakan nafas itu, bernama Nomveliso Nomasonto Mdoyi dan berumur 33 tahun. Dia berasal dari sebuah kampung bernama Mthayisi di Africa selatan.

Bayi lahir mati di antara kaki jenazah ibunya!

bayi lahir mati

Jenazah ibu kepada 5 orang anak itu telah dihantar ke rumah urus mayat. Tapi pada hari sebelum perkebumiannya, kakitangan bertugas mendapati ada bayi yang sudah maut dalam kandungan terkeluar di antara kedua-dua kaki jenazah ibu itu.

Menurut pakar, kelonggaran otot selepas seseorang itu meninggal serta pengumpulan bakteria dan gas dalam jenazah adalah sebab yang paling logik mengapa bayi dalam kandungan itu “dilahirkan” semula dan terkeluar. 

Ngeri! Ibu Yang Sudah Meninggal Dunia 10 Hari Lalu Tiba-Tiba Lahirkan Bayi!

Pengarah rumah urus mayat Lindokuhle Makalana berkata:

Pada masa itu kami baru mahu mengalih jenazah dari peti mayat ke dalam keranda. Tiba-tiba, kami mendapati ada bayi baru lahir di antara kaki wanita itu!

Bayi itu juga sudah mati. Kami semua sangat terkejut dan takut sehingga tidak melihat jika bayi itu bayi lelaki atau bayi perempuan.

Saya telah mengurus mayat lebih dari 2o tahun dan saya tidak pernah dengar kisah wanita mati yang melahirkan anak.

Keluarga Nomveliso Nomasonto Mdoyi menerima tamparan baru

bayi lahir mati

Keluarga Nomveliso terpaksa menerima kesedihan baru terutamanya ibu Nomveliso apabila mendapat berita tentang bayi lahir mati tersebut.

Mereka juga telah dikutuk melibatkan ilmu sihir akibat peristiwa ini.

Saya sangat sedih selepas kematian anak perempuan saya dan sekarang saya terpaksa menerima berita dia telah melahirkan anak selepas dia telah meninggal pula,” kata ibu Nomveliso.

Mereka kemudian telah mengadakan upacara pengebumian dan pembakaran mayat ibu dan anak seperti yang dirancang.

Kita kurang pasti sama ada doktor itu tahu Nomveliso sedang hamil dan jika bayi lahir mati itu dapat diselamatkan jika doktor telah memberikan rawatan yang berbeza ketika ibu itu jatuh sakit.

Kami cuma boleh mengucapkan takziah kepada keluarga Nomveliso yang terpaksa kehilangan isteri, anak perempuan dan cucu pada masa yang sama.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Disahkan Mati 54 Hari Lalu, Tapi Ibu Ini Berjaya Melahirkan Bayi “Ajaib”! Apa Terjadi?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!