X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Ini Selamba Tiba-Tiba Bersalin Di Tepi Jalan! Habis Baju Berlumuran Darah

4 min bacaan
Ibu Ini Selamba Tiba-Tiba Bersalin Di Tepi Jalan! Habis Baju Berlumuran Darah

Ada ibu hamil yang meraung kesakitan apabila melahirkan anak, tapi ibu ini selamba saja bersalin tepi jalan! Namun, apakah risiko jika anda bersalin di tempat yang tidak disteril?

Kalau dah dipermudahkan untuk bersalin, memang di mana-mana pun boleh terjadi. Tak perlu nak tunggu masuk wad dan dewan bersalin. Ibu ini selamba lahir anak di tepi jalan. 

Dalam sebuah video yang tular di media China tidak lama dulu, seorang ibu sedang berjalan sambil menjinjing barang, tiba-tiba mengalami kontraksi dan tidak lama kemudian melahirkan anaknya di tepi jalan!

Ya, betul-betul di tepi jalan. Tak percaya anda boleh tengok gambar di bawah, betapa dengan mudahnya ibu ini melahirkan anak.

Lahir anak tepi jalan dengan mudah

lahir anak tepi jalan

Sumber gambar: Yishou Video’s Miaopai

Ibu hamil itu dilaporkan sedang membeli- belah di Guangdong, China. Tiba-tiba, wanita itu berdiri dengan badan membongkok ke depan sambil memeluk bahagian perutnya dan air ketuban sudah pecah!

Mari kita lihat detik cemas terbabit dalam laporan berbahasa Cina ini.

Lahir anak tepi jalan kemudian jalan kaki pulang

Orang ramai nyata terkejut melihat ibu itu melahirkan anaknya secara tiba-tiba di tepi jalan! 

Nasib baiklah ada yang bertindak pantas memberi pertolongan. 

Dua orang wanita kelihatan membawa ibu dan bayi yang baru lahir itu ke kawasan yang lebih selamat di mana sebuah kerusi dan sekeping kotak kadbod telah disediakan.

lahir anak tepi jalan

Sumber gambar: Yishou Video’s Miaopai

Bantuan kecemasan telah sampai untuk memberi pertolongan tidak lama selepas itu, dan kedua-dua ibu dan anak didapati dalam keadaan stabil. 

Ibu Ini Selamba Tiba-Tiba Bersalin Di Tepi Jalan! Habis Baju Berlumuran Darah

Hebat betul ibu ini! Selamba saja dengan beg tangan yang masih terkepit di sisi- seolah-olah bukan dia yang baru bersalin tiba-tiba!

Kami masih kurang pasti mengapa ibu itu tidak mengikut ambulans untuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Apa yang boleh kita lihat – selepas jururawat memberi kelulusan yang semuanya selamat, ibu ini telah berjalan kaki balik ke rumah sambil mendukung bayi barunya serta barang-barang yang dibeli pagi tadi di tangan!

lahir anak tepi jalan

Sumber gambar: Yishou Video’s Miaopai

Kalau bukan disebabkan gaun yang berlumuran darah, orang ramai pasti tidak akan menyangka ibu ini baru saja melahirkan anaknya di tepi jalan dan mampu jalan kaki pulang.

Pentingnya kebersihan jika berlaku proses bersalin secara kecemasan

Kita tidak boleh tentukan jika bayi boleh “terkeluar” dengan cepat atau secara tiba-tiba. 

Tetapi sebanyak 75,000 kematian ibu dan anak berlaku setiap tahun disebabkan oleh kelahiran dalam keadaan yang tidak bersih, atau di rumah tanpa pertolongan pakar perubatan.

Di samping itu, sejumlah 36% kematian bayi baru lahir disebabkan oleh keradangan tali pusat akibat jangkitan apabila tempat persalinan dan amalan bersalin yang tidak bersih.

Bayi baru lahir dan ibu yang baru bersalin boleh mengurangkan risiko jangkitan jika kelahiran berlaku di tempat yang bersih dan dilindungi steril.

Ibu Ini Selamba Tiba-Tiba Bersalin Di Tepi Jalan! Habis Baju Berlumuran Darah
Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Sumber gambar: Parents.com

WHO menyarankan semua ibu hamil mengamalkan 6 langkah kebersihan ini jika terjadi proses bersalin secara kecemasan:

  1. Tangan bersih
  2. Permukaan bersih untuk melahirkan anak
  3. Perineum ibu yang bersih
  4. Alat pemotong tali pusat yang bersih
  5. Alat pengikat tali pusat yang bersih

Sudah tentu kadang-kadang seorang ibu terpaksa melahirkan anak dalam situasi di luar kawalan kita. 

Jika berlakunya proses bersalin secara kecemasan, hubungi talian kecemasan dengan segera. 

Cuba bersihkan kawasan kejadian sebaik mungkin dan gunakan kain yang bersih kalau ada.  

Dengan mengurangkan keadaan tidak bersih, ia boleh membantu ibu-ibu dan bayi yang baru lahir untuk mengelak jangkitan yang mengancam nyawa.

Untuk mengetahui langkah-langkah keselamatan jika anda melahirkan anak secara tiba-tiba, baca artikel ini : Lahir Tiba-Tiba Dalam Kereta – Bayi Bertuah Dapat Grab Free Seumur Hidup

Jangan ambil ringan kejadian terberanak secara tiba-tiba ini, ya! Anda kena tahu informasi yang tepat tentang apa perlu anda buat ketika ini.

Sebab itu, jangan lupa rujuk artikel di atas untuk keterangan lanjut.

Sumber rujukan: Mothership.sg dan Journal of Perinatology

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Luar Biasa, Ibu Ini Cukup Tenang Bersalin Sendiri Dalam Kereta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ibu Ini Selamba Tiba-Tiba Bersalin Di Tepi Jalan! Habis Baju Berlumuran Darah
Kongsikan:
  • Wanita Terberanak Tepi Jalan Terkejut Bayi Keluar Sebaik Saja Dia Membuka Seluar

    Wanita Terberanak Tepi Jalan Terkejut Bayi Keluar Sebaik Saja Dia Membuka Seluar

  • Ibu Bersalin Dalam Kereta, Bayi Itu Dapat Hadiah Trip Percuma Dari Grab Seumur Hidup!

    Ibu Bersalin Dalam Kereta, Bayi Itu Dapat Hadiah Trip Percuma Dari Grab Seumur Hidup!

  • Wanita Terberanak Tepi Jalan Terkejut Bayi Keluar Sebaik Saja Dia Membuka Seluar

    Wanita Terberanak Tepi Jalan Terkejut Bayi Keluar Sebaik Saja Dia Membuka Seluar

  • Ibu Bersalin Dalam Kereta, Bayi Itu Dapat Hadiah Trip Percuma Dari Grab Seumur Hidup!

    Ibu Bersalin Dalam Kereta, Bayi Itu Dapat Hadiah Trip Percuma Dari Grab Seumur Hidup!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.