TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Ibu Bersalin Dalam Kereta, Bayi Itu Dapat Hadiah Trip Percuma Dari Grab Seumur Hidup!

10 Aug, 2017
Ibu Bersalin Dalam Kereta, Bayi Itu Dapat Hadiah Trip Percuma Dari Grab Seumur Hidup!

Bertuahnya bayi comel ini! Dia dilahirkan tiba-tiba dalam kereta Grab sebelum sampai hospital. Apa harus anda buat jika anda tiba-tiba bersalin?

Pada 3 Ogos lalu, seorang wanita hamil tiba-tiba bersalin dalam kereta kerana mengalami kontraksi semasa dalam perjalanan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Beliau menaiki Grab untuk ke sana. Pemandu Grab yang bertugas adalah Grace Nesamani Raju yang baru mula memandu sepenuh masa untuk Grab selama 4 bulan.

Grace membawa wanita hamil terbabit yang ditemani oleh suaminya dan seorang wanita lain di Bukit Bintang petang kejadian.

Menurut sumber berita, mereka tersangkut dalam kesesakan lalu lintas hingga wanita itu tiba-tiba terberanak dalam kereta!

Alhamdulillah wanita hamil itu selamat melahirkan anak di tempat duduk belakang kenderaan Grab tersebut. Beliau terus menerima rawatan setibanya di hospital.

bersalin dalam kereta

Bersalin Dalam Kereta, Bayi Lelaki Itu Dapat Hadiah Free Dari Grab

Apabila mendengar kejadian terbabit, Grab Malaysia telah mengumumkan pada hari Sabtu lepas yang bayi lelaki bertuah itu akan menerima hadiah trip dari Grab percuma seumur hidup!

“Kami sangat gembira apabila mendapat tahu bayi itu dilahirkan dengan selamat semasa dalam kereta Grab,” kata Grab Malaysia di laman Facebook mereka.

“Kami sangat berbangga dengan Grace, yang telah membawa kedua ibu bapa dan bayi dengan tenang dan selamat ke hospital.”

Kelahiran bayi secara tiba-tiba, adakah anda rasa sempat ke hospital?

Takut juga kan? Macam mana nak tahu jika bayi boleh “terkeluar” dengan cepat atau anda sempat ke hospital atau tak?

Walaupun tiada cara yang cukup pasti, tapi jika anda mengalami kontraksi yang kuat dengan jarak sekejap-sekejap saja, air ketuban sudah pun pecah dan anda mempunyai keinginan yang kuat untuk menolak, semua ini menunjukkan tanda-tanda anda bakal bersalin. 

Selalunya bayi pertama akan mengambil masa yang lebih lama untuk dilahirkan tapi jika anda sedang melahirkan anak kedua atau ketiga, kemungkinan untuk kelahiran kecemasan adalah lebih tinggi!

Langkah-langkah jika anda tiba-tiba bersalin

kelahiran bayi

Sumber gambar: Youtube

  1. Telefon nombor kecemasan dan doktor anda. Telefon suami anda.
  2. Bawa bertenang dan tahu bahawa semua ini normal.
  3. Badan anda sebenarnya sudah tahu untuk melahirkan anak. Jangan terlalu bimbang, bayi yang cepat keluar biasanya sudah cukup matang dan jarang akan keluar songsang.
  4. Cuci tangan, kawasan faraj dan paha dengan air dan sabun.
  5. Ambil alas plastik atau kain bersih besar terdekat dan alaskan lantai atau katil.
  6. Kedudukan terbaik adalah baring ke sebelah kiri kerana ini mengurangkan tekanan ke saluran vena cava, saluran yang memberi oksigen kepada bayi anda. Dalam kedudukan ini, anda juga lebih senang untuk menyambut bayi dengan kedua-dua tangan anda.
  7. Sekiranya ada orang yang boleh menyambut bayi anda, cuba duduk di pinggir katil dengan kedua-dua kaki di atas kerusi seperti kedudukan biasa semasa di hospital. Tapi apa-apa kedudukan pun boleh asalkan anda rasa selesa. Anda juga boleh mencangkung atau merangkak jika kedudukan itu lebih selesa.
  8. Apabila kepala bayi sudah keluar, sokong kepala bayi sebaik mungkin. Jangan tarik. Sekiranya anda mendapati tali pusat di leher bayi anda, berhenti menolak, cangkukkan jari di bawah tali pusat itu dan longgarkan perlahan-lahan.

Apabila anak dilahirkan

  1. Sebaik sahaja bayi  dilahirkan, lap dengan kain bersih dan letakkannya ke dada anda. Sentuhan kulit ke kulit akan memanaskan badan bayi bertenang.
  2. Untuk merangsang pernafasan, urut dengan lembut hidung bayi untuk mengeluarkan cecair amniotik. Kemudian gosok belakang bayi anda. Pastikan kepala bayi lebih rendah daripada kakinya sehingga bayi mula bernafas.
  3. Dalam kes terpencil apabila bayi memerlukan pertolongan untuk bernafas, bersihkan mulutnya dengan jari anda, kemudian beri dua hembusan lembut ke dalam mulut dan hidungnya.
  4. Sebaik sahaja bayi tenang dan boleh bernafas sendiri, mulakan penyusuan susu badan. Ini akan menyebabkan badan anda  melepaskan oksitosin, hormon yang akan menyebabkan rahim regang dan mengeluarkan plasenta dari badan
  5. JANGAN POTONG TALI PUSAT BAYI kerana ini boleh mendedahkan bayi anda kepada jangkitan. Pada masa kelahiran, kira-kira 30% daripada darah bayi anda masih berada di plasenta.
  6. Bayi boleh mendapat dua hingga lima minit oksigen dan kadang-kadang ini boleh menyelamatkan bayi anda jika dia tidak mula bernafas sendiri sebelum ambulans tiba.

Semoga semuanya selamat saja untuk anda. Amin!

Sumber: Channel News Asia, The Star, What to Expect, Family Education

Baca juga:

Disahkan Mati 54 Hari Lalu, Tapi Ibu Ini Berjaya Melahirkan Bayi “Ajaib”! Apa Terjadi?

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Ibu Bersalin Dalam Kereta, Bayi Itu Dapat Hadiah Trip Percuma Dari Grab Seumur Hidup!
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham