Semua ibu mengandung akan rasai sakit kontraksi bersalin, tapi tahukah anda bagaimana rasanya? Terutama pada ibu yang pertama kali hamil, anda perlu tahu perbezaan sakit perut biasa dan sakit kontraksi ini.
Pengalaman setiap ibu yang bersalin pastinya berbeza. Ada yang kata sakit kontraksi hanya rasa seperti senggugut ketika datang haid, ada yang kata seperti nak buang air besar.
Tapi ada juga yang kata terlalu sakit hingga tidak terkata. Jadi sebenarnya apakah jenis kesakitan yang akan ibu alami semasa berlaku kontraksi yang dikaitkan dengan tanda bersalin?
Kontraksi bersalin bagaimana rasanya?
Kredit: ohbulan
Sebenarnya bukan semua kontraksi berlaku ketika melahirkan sahaja. Ada juga kontraksi palsu atau disebut Braxton-Hicks atau kontraksi palsu yang berlaku pada awal atau pertengahan kehamilan ibu.
Ada ibu yang merasakan kesan kontraksi ini ketika pertengahan kehamilan yang mana mereka akan merasakan sakit dan ketegangan pada perut yang sering disalah ertikan sebagai kontraksi ia adalah Braxton-Hicks.
Apa beza braxton hicks dengan kontraksi sebenar?
Keadaan ini berlaku kerana otot rahim perlu memerlukan latihan untuk memperkuatkan otot supaya janin cukup matang untuk mengalami proses kelahiran. Jadi persoalannya, bagaimana rasa kontraksi palsu?
- Kebanyakan wanita tidak mengalami kesakitan cuma merasa tidak selesa sahaja, tetapi ada dalam kalangan wanita yang mengalami kontraksi seperti bersalin.
- Kontraksi palsu lebih tertumpu di abdomen manakala rasa sakit kontraksi sebelum bersalin turut dirasai di bahagian belakang badan.
- Tidak kerap berlaku dan jarak di antara dua kontraksi tidak semakin rapat.
- Berubah mengikut kedudukan badan atau aktiviti seperti berjalan.
- Tidak menyebabkan perubahan yang berlaku pada serviks.
Disebabkan palsu berkait dengan beberapa faktor seperti keletihan, kehausan dan sebagainya, perkara berikut boleh bantu melegakan kesakitan:
- Ubah posisi semasa anda. Jika anda sedang duduk, cuba baring. Kalau anda sedang berdiri, cuba duduk.
- Minum air secukupnya.
- Berhenti daripada sebarang aktiviti dan cuba berehat.
Bagaimanapun, jika sakit Jika risau, dan rasa sakit tidak hilang selepas anda cuba tukar posisi atau minum air, anda boleh rujuk kepada doktor.
Kontraksi bersalin, ini yang anda akan rasai
Kredit: popmama
Kontraksi bersalin akan berlaku dengan lebih kerap iaitu setiap 10 hingga 12 minit dalam tempoh satu jam. Sekiranya ini berlaku, mungkin anda sedang dalam fasa mengalami proses kelahiran.
Apabila ia berlaku sebelum kehamilan cukup tempoh (sebelum 37 minggu), ia dikenali sebagai kontraksi prakelahiran.
Apa yang anda rasa sewaktu kontraksi?
- Rasa tekanan pada abdomen atau bahagian pinggul.
- Kram perut.
- Sakit pada bahagian belakang badan
Jika ketiga-tiga gejala ini berlaku, kemudiannya air ketuban pecah atau berlaku pendarahan pada faraj, maksudnya tanda kelahiran adalah lebih tepat.
Kontraksi serius sewaktu tempoh prakelahiran berkemungkinan mempunyai sangkut paut dengan risiko melahirkan bayi pramatang. Antara sebab berlaku kontraksi Prakelahiran adalah:
- Masalah struktur pada organ seperti rahim, serviks atau uri.
- Sejarah berkaitan kelahiran pramatang.
- Dijangkiti oleh kuman.
- Kehamilan kembar.
- Merokok menggunakan dadah terlarang semasa hamil.
- Tidak diperiksa oleh doktor secara berkala.
- Tekanan fizikal, emosi dan mental.
- Mempunyai berat badan berlebihan atau kurang daripada normal sebelum kehamilan
Terbahagi kepada dua fasa
Kredit: majalahpama
Proses kelahiran terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa awal dan fasa aktif. Pada ketika ini, rasa kontraksi kebiasaannya ringan dan ia boleh berlaku di antara 30 hingga 90 saat.
Simptom lain seperti keluar lendiran mula timbul pada fasa ini berikutan serviks anda mula terbuka bagi membolehkan bayi keluar.
Pada peringkat permulaan, jarak di antara dua kontraksi boleh jadi jauh. Namun, pada pengakhiran bagi fasa awal proses kelahiran, jarak antara dua kontraksi boleh jadi secepat 5 minit.
Fasa aktif doktor akan lebih berjaga-jaga
Pada ketika ini, doktor akan membuat pemeriksaan berkala untuk memastikan perkembangan anda baik. Apabila bukaan anda sudah mencecah 4 sentimeter, proses kelahiran anda sedang berada pada fasa aktif.
Kesakitannya boleh menjalar dari belakang badan hingga ke abdomen. Pada ketika ini, tahap kesakitan meningkat dan ia biasanya berlaku selama 45 hingga 60 saat.
Jarak di antara dua kontraksi juga sudah semakin pendek, antara 3 hingga 5 minit. Kadangkala, tempoh dua kontraksi bertindih antara satu sama lain. Semakin lama semakin pendek.
Apabila bukaan faraj anda sudah mencecah 7 sentimeter, kekerapan berlakunya kontraksi meningkat. Bayangkan, anda boleh merasai kontraksi selama 60 hingga 90 saat dan jarak di antara keduanya boleh jadi 30 saat hingga 2 minit.
Sumber: bumbumcak
Kredit foto: siraplimau, harian metro
Baca juga: Daripada Takut Tak Tentu Pasal Untuk Bersalin, Baik Anda Fahami 3 Peringkat Bersalin Ini
Baca juga: 5 jenis cara bersalin yang berbeza, ibu hamil sudah tahu semua cara ini?
Baca juga: Bukaan Di Bawah Tu Dah Berapa CM? Ini Tiga Fasa Bersalin Yang Bakal Ibu Mesti Tahu!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!