Kerana Kain Bedung Sendiri, Bayi 4 Bulan Maut Dek SIDS Dan Lemas!

undefined

Sindrom bayi mati mengejut atau SIDS tak sepatutnya dipandang ringan oleh ibu bapa. Kisah bayi ini mati gara-gara kain bedung sendiri sungguh menyedihkan!

Topik tentang kematian bayi pasti bukan topik kegemaran mana-mana ibu bapa pun. Lebih-lebih lagi tentang sindrom bayi mati mengejut.

Sebab itu kami di theAsianparent merasakan amat penting buat ibu bapa untuk tahu tentang kejadian yang boleh menyebabkan bayi mati mengejut bagi mengelaknya.

Mari ambil pengajaran, contohnya dari kisah ini

Bayi mati mengejut kerana kain bedung

bayi mati mengejut, bayi mati lemas, bayi mati lemas bedung, mati lemas, bayi mati mengejut, mati mengejut, sindrom bayi mati mengejut, sindroms bayi mati mengejut

Kredit: bigthink.com

Seorang bayi berusia 4 bulan dari Kuala Lumpur dilaporkan telah lemas hingga mati secara mengejut. Semuanya gara-gara kain bedung bayi itu sendiri!

Menurut laporan, kedua ibu bapa mangsa menemui bayi itu tidak sedarkan diri pada keesokan paginya lebih kurang pukul 7.30 pagi. 

Ketika itu, si ibu ingin menyalin lampin anaknya. Tapi selepas mendapati si bayi tidak bangun, mereka terus membawa bayi mereka itu ke hospital. 

Pihak hospital cuba memberi bantuan pernafasan pada mangsa, namun ia tidak berjaya.

Pihak polis mempercayai ini merupakan kes sindrom bayi mati mengejut atau lebih dikenali sebagai sudden infant death syndrome (SIDS).

Bayi itu dipercayai mati lemas selepas kain bedung tersebut telah menutup mukanya ketika tidur.

Hal ini dikira sebagai bayi mati mengejut kerana si bayi tidur dibedung dan tidur di atas katil yang sama dengan ibunya.

Kami mengucapkan ribuan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga kedua-dua ibu bapa ini kekal kuat mengharungi ujian Tuhan yang satu ini.

Bagaimana bedung boleh menyebabkan kes bayi mati mengejut?

bayi mati mengejut, bayi mati lemas, bayi mati lemas bedung, mati lemas, bayi mati mengejut, mati mengejut, sindrom bayi mati mengejut, sindroms bayi mati mengejut

Selepas pakar mengeluarkan panduan tentang cara tidur bersama bayi dengan selamat, kes SIDS atau bayi mati mengejut semakin berkurang.

Namun, masih belum ramai ibu bapa yang sedar tentang bahaya tidur sekali dengan bayi dan risiko bayi mati mengejut ini.

Pakar mengesahkan membedung bayi dan membiarkan mereka tidur terlentang adalah salah satu cara mengelak sindrom bayi mati mengejut. 

Akan tetapi, teknik membedung ini harus diberhentikan apabila tiba masanya.

Ya, membedung memberi rasa kehangatan dan keselesaan seakan berada dalam rahim untuk bayi.

Malah, ia juga dikatakan mampu merawat kolik. Namun, teknik membedung harus diberhentikan apabila bayi sudah belajar berguling dan bergerak.

Keselamatan membedung yang wajib dibuat ibu bapa

bayi mati mengejut, bayi mati lemas, bayi mati lemas bedung, mati lemas, bayi mati mengejut, mati mengejut, sindrom bayi mati mengejut, sindroms bayi mati mengejut

Kredit: A Mother Far from Home

Berikut antara keselamatan membedung yang patut diikut oleh ibu bapa bagi menjamin keselamatan bayi anda:

  • Purata umur terbaik untuk berhenti membedung bayi anda adalah pada umur 3 hingga 4 bulan
  • Bayi dilahirkan dengan reflex seakan “mengejut”. Ia makin berkembang ketika berusia 3 hingga 4 bulan. Jadi, jangan bedung terlalu awal ketika bayi masih ada reflex mengejut yang kuat
  • Jangan bedung bayi lama sangat kerana ia boleh menjejaskan kemahiran motor anak
  • JANGAN bagi bayi tidur meniarap jika anda membedung bayi

Kami harap panduan dan langkah keselamatan ini mampu membantu anda menentukan bila anda patut berhenti membedung bayi.

Apa pendapat anda tentang kes sudden infant death syndrome ini? 

 

 

 

 

Sumber rujukan: Channel News AsiaNew Straits Times, CDC, The Atlantic

Kredit gambar: Blog – LittleLane

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtutorial-bedung-bayi-hip-dysplasia/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!