Anak Maut Akibat Sindrom Bayi Mati Mendadak - Ibu Malang Ini Meluahkan Segalanya

Anak Maut Akibat Sindrom Bayi Mati Mendadak - Ibu Malang Ini Meluahkan Segalanya

Ibu ini telah kehilangan anaknya yang tercinta, Mariko - di Jepun, tanah asing buat mereka berdua. Selami luahan hati si ibu yang tak menyangka segalanya.

Tahukah anda mengenai SIDS atau sindrom bayi mati mendadak?

Sindrom Bayi Mati Mendadak: Ibu Mana Yang Mahu Kehilangan Anaknya?

Hati ibu mana yang tak terluka, bila anak yang dikandung lebih sembilan bulan pergi tidak lama selepas dilahirkan?

Belum sempat lagi betul-betul mengenal dunia, belum sempat lagi si ibu menikmati saat-saat sebagai seorang ibu. Bayi yang dikasihi pergi dijemput Tuhan…akibat sindrom bayi mati mendadak.

Berikut adalah luahan hati ibu tersebut yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu;

Tidak pasti di mana nak memulakan atau bagaimana nak memujuk perasaan saya yang berkecamuk sejak seminggu lalu. Tak sangka tahun 2017 dimulakan dengan satu kehilangan yang besar.

Dia adalah seorang bayi perempuan yang sihat, mempunyai tahap perkembangan yang lebih cepat berbanding bayi-bayi lain.

Dia belajar mengangkat kepala ketika berusia 2 minggu dan mula merangkak sebelum berusia 2 bulan, bahkan bercakap perkataan pertama “MINE” dalam nada yang kukuh.

Saya tunggu dia sebut 3 patah perkataan pertama dengan mengulangi “Saya sayang kamu” setiap hari, dan dia hampir mengulanginya sebelum kami ke Jepun. 

Dia sempurna, segala-gala yang diharapkan oleh mana-mana ibu.  Tapi, tiada ibu yang pernah menjangkakan pengakhirannya tiba terlalu cepat.

Perasaan saya hancur, tidak apa yang dapat mengubat rasa kehilangan anak. Ini tak adil. MENGAPA DIA?

Anak Maut Akibat Sindrom Bayi Mati Mendadak - Ibu Malang Ini Meluahkan Segalanya

Ibu Yang Kehilangan Anak Tanpa Diduga

Saya tunggu selama 9 bulan untuk berjumpa dengan awak tapi hanya sempat memegang awak selama 2 bulan, itu tidak adil.

Kenapa anak saya perlu diambil dari saya seperti ini?

Saya lebih rela beri hidup saya supaya dia boleh terus hidup… 

Tiada ibu bapa yang patut merasai kesakitan ini untuk menanam anak mereka sendiri. Tiada seorang pun! 

Dia hanya seorang bayi yang baru berusia 2 bulan dan saya ada banyak pelan ibu-anak perempuan yang ingin dibuat dengan anak saya. Tapi, Mariko sudah tiada…

Saya tak menyalahkan Jepun kerana dia meninggal dunia di sana atau orang lain tapi saya sendiri, tiada seorangpun di antara kamu yang dapat memahami penderitaan dan penyesalan saya sekarang. 

Saya harap saya jadi seorang ibu yang lebih baik untuk anak yang cantik ini… Anak yang dianugerahkan kepada saya.

Mungkin saya tak biasa menyatakan rasa sayang (seperti ibu bapa asia yang tipikal) macam yang kita tengok dalam filem stereotaip keluarga, tapi saya sangat menyanyangi Mariko dengan sepenuh hati. 

Saya akan beri apa saja di dunia ini untuk mempunyai peluang sekali lagi untuk menjadi Ibunya. 

Tapi kita tahu ianya tidak mungkin.

Dalam kehidupan, kita hanya diberi satu peluang untuk membuat keputusan yang paling penting yang akan memberi kesan kepada kehidupan kita selama-lamanya.

Bayi perempuan kesayangan saya adalah satu-satunya perkara di dunia ini yang saya minta.

Dia dikandung pada musim bunga, dilahirkan pada musim luruh dan pergi pada musim sejuk.

Ramai yang tahu bagaimana ayahnya keluar dari kehidupan kami, dan saya ‘okay’ dengannya kerana saya tak mahu seorang lelaki yang tidak berguna membesar anak kami ini, dan sehingga ke hari anak kami meninggal dunia, dia tak lagi peduli untuk mengambil sebarang inisiatif – datang melihatnya pada saat-saat terakhir.

Ia buat saya sangat marah!

Bagaimana dia tak mempunyai hati perut sama sekali. 

Sindrom Kematian Bayi Mengejut: Mariko – Bayi Comel Yang Maut Tiba-Tiba

Namanya Mariko.

Saya sengaja pilih nama tersebut untuknya kerana ia maksudnya sungguh mendalam.

Nama beliau dalam kanji “真理 子” adalah gabungan “kebenaran” & “anak” kerana dia adalah kebenaran hidup, anak perempuan yang tidak dikehendaki oleh seorang lelaki yang pernah menjadi cinta hidup saya yang saya tunggu selama 6 tahun untuk bersama tetapi semuanya sudah berakhir.

Tetapi saya masih mahukan dia, saya benar-benar maksudkannya.

Dia adalah segala-galanya yang saya perlukan di dunia ini, dan ianya seperti saya mementingkan diri sendiri juga kerana telah membawa kanak-kanak yang tidak bersalah ke dunia kejam ini untuk kepentingan saya sendiri.

Kehidupan adalah kejam, kehidupan adalah tidak adil tetapi itulah fakta yang kita semua perlu belajar untuk terima untuk hidup di dunia ini. 

Kita sentiasa mempersoalkan alam semesta (atau Tuhan) – mengapa laluan kita tak terungkap seperti yang kita harapkan, tidak kira betapa gigihnya kita cuba mengawal benda-benda sehingga perkara-perkara di luar kawalan kita seperti kehidupan dan kematian.

Secara jujur, saya  letih … tak pasti jika saya dapat mencari keinginan untuk meneruskan kehidupan lagi walaupun semua orang memberitahu saya harus berdoa untuk kami berdua. 

Berada di tempat saya, saya telah mengalami begitu banyak kehilangan pada usia ini, ia benar-benar memberi tamparan kepada saya. 

Saya tak cakap tentang ini untuk meraih simpati, tapi mengapa segala-galanya macam ingin meninggalkan saya? 

Kehilangan pekerjaan, kehilangan peluang, kehilangan orang yang tersayang seperti rakan, bekas pasangan dan anak saya, saya merasakan ianya sudah berakhir di sini.

Dan apa yang membuatkan saya lebih kecewa adalah selepas saya diletakkan di Jepun, dipisahkan dari anak perempuan saya ketika mereka mengeluarkan bantuan sokongan kehidupannya dan mereka memotongnya tanpa persetujuan saya – saya tak dibenarkan untuk memeluknya sebagai tanda selamat tinggal!

Saya diminta menunggu dengan cemas selama beberapa hari hanya untuk laporan perubatan yang mengatakan “SUDDEN INFANT DEATH SYNDROME-SIDS“. (sindrom bayi mati mendadak)

Tiada penjelasan lain.

Menurut ujian darah, dia nampaknya mengalami demam tapi ia tidak mencukupi untuk mencederakannya sama sekali.

Tuhan hanya memutuskan untuk membawanya pulang malam itu tanpa memberi amaran kepada saya.

Saya teringat bahawa saya pernah merungut pada generasi ibu zaman sekarang kerana mereka harus paranoid tentang SIDS dan bagaimana membiarkan anaknya tidur di perut mereka akan menyebabkan mereka mati lemas. 

Tapi, hakikatnya… jika Tuhan mahu mengambil anak anda pergi, dia akan melakukannya seperti apa yang dilakukannya terhadap Mariko saya. 

Jalan terbaik hanyalah menerima suratan ini, kerana ia di luar kawalan kita.

sindrom bayi mati mendadak

SIDS atau Sindrom Bayi Mati Mendadak

SIDS tidak mempunyai penjelasan yang tepat kerana tidak banyak penyelidikan dijalankan terhadap apa yang menyebabkan bayi di bawah umur 1 menjadi lebih terdedah kepada masalah ini.

Tapi saya PERLU tahu.

Keputusan bedah siasatnya menunjukkan dia tidak tercekik dan mati lemas.

Dia hanya berhenti bernafas dan otaknya mati! Saya masih tak dapat menerima fakta itu kerana dia begitu sihat beberapa jam sebelum tidur, dia ketawa dan ceria walaupun saya memarahi dia kerana membuat ‘bom najis’ besar-besaran yang terlekat di skirt putih saya.

Dan apabila dia menangis di tengah malam, saya hanya bergegas bangun untuk menyusukan dia pada satu payudara sementara saya terlelap selepas itu dan hanya sedar untuk bangun sejam kemudian, mendapati dia pucat dan tidak bernafas.

Saya tak berhenti menyalahkan diri sendiri. 

Adakah Tuhan mengambil dia sebagai hukuman kerana saya tidak menjadi ibu yang baik, atau jika saya tidak membawanya ke Jepun dengan saya? 

Tidak cukupkah penyeksaan yang saya alami Tuhan, mengapa masih melakukan ini kepada saya?

Melihat kawan-kawan saya dan orang-orang lain mempunyai anak sebaya Mariko, membesar dengan begitu baik membuat saya sangat iri hati.

Hargailah masa anda dengan si manja

Jika mana-mana ibu di luar sana yang membaca post ini tentang #mylilparasite, sila hargai setiap saat dengan anak anda kerana anda tidak akan tahu bila ia akan jadi yang terakhir untuk anda.

Saya tahu saya telah mengulangi baris ini berkali-kali tetapi saya akan mengulanginya hingga saya menarik nafas terakhir saya kerana saya mahu Mariko tahu saya akan memberikan apa-apa saja di dunia ini untuk melihatnya dan menjadi ibunya sekali lagi.

Untuk Mariko cinta hati mama,

Sekiranya awak dilahirkan semula dalam kehidupan ini atau seterusnya sebagai anak orang lain, berjanji kepada mama bahawa awak akan mencari mama. Tolonglah Mariko, mama amat merinduimu dan ia menyakitkan.

Bangun setiap hari tanpa tangisanmu membuat hatiku berasa begitu kosong, seperti matlamat hidup mama telah pergi bersama-sama dengan awak.

Mama rasa sangat sukar untuk hidup pada ketika ini kerana awak tidak berada di sini dengan mama. 

Mama tak berpeluang untuk memakaikan pakaian yang lebih cantik untuk awak atau sediakan semua yang awak perlukan atau inginkan. 

Paling teruk, mama tidak sempat berkata “selamat tinggal” dengan betul sebelum sayang pergi…

Tolong izinkan mama mengikut awak, mama perlu dibebaskan dari kesakitan ini, kesakitan yang seseorang seperti papa awak tidak dapat memahaminya.

Mama tahu awak berada di tempat yang lebih baik sekarang, tempat di mana awak benar-benar boleh menyebutnya syurga dan di mana awak tidak perlu membesar dan menderita seperti yang lain di dunia ini.  

Tidak banyak doa boleh menenangkan mama sekarang kecuali memeluk pakaian awak yang masih mempunyai bau awak, dan sebenarnya awak berbau sedikit seperti papa.

Mama harap awak menikmati syurga sayang, di mana bekalan susu yang tidak berkesudahan akan mengisi perut kecil awak dan sila berkelakuan baik sementara ketiadaan mama, ok?

Buat masa sekarang mama akan cuba jadi kuat (tidak pasti sama ada ia mungkin), membayar apa-apa hutang yang kita ada.

Sekurang-kurangnya awak dapat melihat Jepun terutamanya Kyoto, tempat kegemaran mama kerana ia kaya dengan sejarah dan alam semulajadi!

Mama rancang nak bawa awak kembali pada hari lahir pertama awak nanti untuk melihat dedaunan musim luruh tetapi mama yakin awak akan mendapat lebih baik permandangan dari atas sana, kan?

Jepun sememangnya sebuah negara yang cantik tapi mahal kepada orang asing seperti kita.

Ini adalah kesilapan mama kerana tidak mendapatkan insurans sebelum kita pergi. 

Mama minta maaf kerana mama tak dapat membuat pengebumian yang betul atau mengebumikan awak kerana bil perubatan dan pembakaran mayat di Jepun telah memberi mama hutang yang banyak.

Sekarang mari kita jelaskan hutang kita terlebih dahulu sebelum mengambil langkah lain. Mama tidak marah dengan sesiapa pun kecuali diri sendiri, jadi jangan risau apa-apa sayang mama, mama akan uruskan.

Kalaulah awak tahu betapa sakit hati mama membuat keputusan untuk membakar awak di tanah asing sebelum seluruh ahli keluarga kita dapat melihatmu buat kali terakhir. Tetapi inilah keputusan yang paling logik untuk kami membawa awak balik ke Malaysia dan ini sahaja sudah berjumlah 1000, 000 yen.

Tetapi inilah keputusan yang paling logik untuk mama. Nak bawa awak balik ke Malaysia sudah menelan belanja sebanyak 1000, 000 yen!

Sekurang-kurangnya cuaca sungguh indah hari itu, kita dapat salji dan cahaya matahari menyinari di atasmu semasa masuk ke tempat pembakar. 

Walaupun tulangmu tidak dapat bertukar menjadi abu, ramai yang kagum bagaimana 80% dari tulangmu masih berada di dalam keadaan yang baik ketika kami mengutipnya. Sehingga mama terfikir apa yang telah mama lahirkan, dan jawapannya hanya satu – “awaklah bayi istimewa.”

Dan mama sangat berbangga menjadi ibumu walau hanya seketika.

Awak berjaya mengharungi ubatan kuat yang mampu membunuh, namun masih kuat walau terdedah pada radiasi. Awak sunguh kuat!

Terima kasih kerana hadir di dalam hidup mama #mylilparasite

Awak telah membuka mata mama untuk buat banyak perkara.

Awak telah tunjukkan yang mama mampu pergi lebih jauh dan tiada apa yang boleh menghalang mama. Mama belajar erti kesabaran (masih belajar).

Terasa seperti ia tugas mama untuk terus menulis kepadamu walaupun badan fizikalmu sudah tiada di dunia ini. Biar dunia tahu namamu “Gadis yang tidak berpeluang membesar“.

Siapa tahu mungkin satu hari papamu akan sedar juga. Inilah beban yang kita perlu bawa hingga ke liang lahad, kerana kami berdua membuatmu.

Mama bersyukur, berterima kasih dan selamat malam anakku sayang.

Awak akan sentiasa menjadi satu-satunya anak mama.

Dan terima kasih semua kerana menyayangi Mariko

Ini lagu kegemaranmu, mama ingat senyum manismu setiap kali mama menyanyikan lagu ini. Awak seorang sahaja di dunia ini yang rasa suara mama sedap :’)

Yang sangat merinduimu, mamamu, 

Arissa Chow

Sumber: arissa chow

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ajaib – Bayi Angel Selamat Lahir Walaupun Ibunya Telah Mati 54 Hari Lalu!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner