Bayi Menangis Keluar Air Mata & Tanpa Air Mata Apa Bezanya? Ini Penjelasan

undefined

Bayi menangis keluar air mata dan bayi yang menangis tanpa air mata, apa bezanya? Adakah ia tanda masalah serius? Ya, tanpa air mata mungkin punca dehidrasi

Bayi menangis keluar air mata dan tanpa air mata adalah perlu diambil berat oleh ibu bapa. Jika anak menangis tanpa air mata ia bukanlah bermakna anak itu hanya menangis mengada-ngada atau olok-olok. 

Ia sebenarnya adalah tanda dehidrasi!

Dehidrasi adalah satu kondisi yang sangat membahayakan bagi sesiapapun. Jadi, jika bayi menangis tanpa air mata, bayi mungkin bukan mengada-ngada tetapi sedang mengalami kondisi serius yang ibu bapa perlu ambil perhatian segera.

Tipulah jika anda sebagai ibu bapa tidak pernah berasa jengkel dengan si manja. Terutamanya, ketika hari-hari yang amat memenatkan dan si manja mula membuat perangai dan hendak menangis tanpa sebab. Namun, tangisan mereka tidak ditemani air mata. Mengada-ngada sahaja!

Pasti anda khuatir, kan? Bagaimana seorang bayi yang diet pemakanan mereka hanya mengandungi 90-100% air boleh mengalami dehidrasi? Ha, ini kerana badan bayi dan kanak-kanak yang kecil lebih cenderung untuk kehilangan air dengan lebih cepat oleh sebab mereka tidak dapat menggantikan air yang hilang dengan susu, mungkin kerana kekenyangan.

Tetapi, terdapat banyak lagi punca si manja mengalami dehidrasi. Di antaranya ialah:

Punca-punca Anak Menjadi Terhidrat

bayi menangis keluar air mata

Bayi baru lahir

  • Bayi tidak reti mencari puting
  • Susu badan yang kurang dari awal
  • Bayi tidak boleh menghisap susu dari puting atau botol dengan betul
  • Bayi banyak tmuntahkan semula susu

Bayi dan kanak-kanak kecil

  • Cirit-birit
  • Muntah
  • Berpeluh
  • Demam
  • Terlalu panas

Jadi, bagaimana ibu bapa boleh mengetahui jika anak sedang terhidrat supaya anda boleh mengambil langkah awal untuk merawat si manja anda?

Apakah Tanda-tanda Bayi Yang Mengalami Dehidrasi

bayi menangis keluar air mata

Sebelum itu, ibu bapa perlu faham bahawa tanda-tanda dehidrasi pada bayi mungkin berbeza mengikut kadar kandungan air yang telah hilang dari badan mereka.  Bayi menangis keluar air mata juga boleh jadi mengalami dehidrasi, tetapi, ini antara simptom-simptom biasa yang ibu bapa dapat teliti jika anak terhidrat:

Bayi baru lahir

  • Bahagian atas kepala kelihatan seakan-akan tenggelam
  • Tidur secara berlebihan bagi seorang bayi
  • Mata terbenam
  • Menangis tanpa air mata
  • Merengek
  • Tangan dan kaki berubah warna
  • Kulit kelihatan berkedut

Bayi dan kanak-kanak kecil

  • Kurang aktif
  • Sentiasa kelihatan penat/tidak semangat
  • Tidak membuang air selama 6 jam atau lebih
  • Bibir yang kering
  • Sembelit
  • Tangan yang sejuk
  • Pernafasan laju
  • Degupan jantung yang laju

Apa Yang Anda Boleh Lakukan?

  • Menyusu dengan kerap

Jika si manja anda masih menyusu tetapi tidak reti bagaimana untuk mencari puting, teruskan cubaan anda untuk menyuap bayi. Lama-kelamaan si manja pasti akan belajar cara yang betul untuk menghisap susu.

Sekiranya si manja masih tidak boleh menyusu dengan betul melalui puting dan botol, anda boleh mencuba cara lain untuk memberikan si manja susu iaitu dengan menggunakan penitis yang telah disterilkan atau menggunakan sudu bayi dengan saiz bersesuaian untuk menyuap mereka susu.

  • Mencuba susu formula berlainan

Sekiranya si manja sudah mula menyusu menggunakan susu formula, kebarangkalian anak anda tidak menyukai susu formula yang sedang diberikan lalu menyebabkan dia kurang minum susu. Cara terbaik bagi anda adalah untuk menggunakan kaedah percubaan-dan-kesilapan (trial and error) sehingga anda menjumpai susu formula yang kena pada selera si manja.

  • Memakaikan si manja baju yang nipis

Anak anda mungkin terhidrat disebabkan mereka berpeluh dengan banyak. Jika sebelum ini si manja memakai baju dengan kain yang tebal, tidak syak lagilah mengapa bayi boleh terhidrat disebabkan peluh. Cuba anda pakaikan si manja pakaian yang berkain nipis dan galakkan mereka meminum lebih air putih atau susu untuk menggantikan air yang telah mereka hilang.

bayi menangis keluar air mata

  • Menawarkan makanan yang mempunyai kandungan air yang tinggi

Apabila si manja menghadapi dehidrasi, tentulah badan mereka akan kekurangan air dan akan menyebabkan sembelit. Oleh itu, galakkan si manja makan lebih banyak buah-buahan untuk menambah kandungan air di dalam badan seraya memudahkan mereka untuk membuang air besar. Contoh buah-buahan yang bagus untuk diberikan kepada kanak-kanak yang terhidrat dan mengalami sembelit termasuklah tembikai, pisang (mempunyai kandungan fiber yang tinggi) dan buah oren yang juga mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi.

Bukan sahaja si manja dapat dirawat dari masalah dehidrasi dan sembelit, tetapi mereka juga dapat menikmati buah-buahan yang enak!

Ada juga kemungkinan bayi menangis keluar air mata pada awalnya kemudian apabila menangis terlalu lama, sehingga tiada air mata yang keluar. Jadi ibu ayah perlu peka ya!

Akhir kata dari kami, jika anda mendapati si manja mengalami dehidrasi yang teruk, segeralah berjumpa dengan doktor yang anda percayai untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Moga cahaya mata anda sentiasa sihat dan ceria!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Healthy Children, Healthline

Baca juga: 3 Doa Untuk Ibu Ayah Amalkan Jika Bayi Menangis

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!