JANGAN Tanya Jika Ibu Menyusu Badan Atau Tidak, Sebaliknya Cuba Tanya Soalan Ini...

undefined

Perjalanan ibu yang mahu menyusukan anak itu ada ketikanya berliku terutama apabila orang sekeliling asyik bertanyakan soalan yang sama seperti "adakah anda menyusukan bayi?"

Apabila bayi selamat dilahirkan, jururawat akan meletak si kecil itu di atas dada ibu dan meminta bayi menyusu badan. Pada saat itu, tentunya ibu yang tiada pengalaman akan rasa sedikit kekok dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Bayi menyusu badan satu ke dua minit dan mulai timbul rasa tidak selesa pada ibu. Kemudian pulang saja ke rumah diri, rasa tidak yakin untuk bayi menyusu badan.

Ini dilema yang dirasai seorang ibu baru apabila diri tidak yakin untuk menyusukan bayi kecilnya. Ikuti perjalanan kisahnya di sini.

Pengalaman pertama ibu memberi bayi menyusu badan

bayi menyusu badan, bayi menyusu susu ibu, bayi menyusu, bayi kerap menyusu, penyusuan susu ibu, penyusuan susu badan, penyusuan, susu badan, susu formula, susu ibu, kebaikan susu ibu, kebaikan susu badan, kebaikan susu formula

***

Saya terasa sangat penat dan risau untuk menyusukan bayi sehingga saya menangis dalam beberapa minggu. Bukan itu saja, saya juga mengalami kesukaran untuk tidur dan berat bayi juga semakin susut.

Akhirnya doktor memberitahu saya untuk memberi bayi minum susu formula. Saya rasa sangat terkilan dan rasa bersalah malah saya tidak mahu sesiapa tahu saya tidak menyusu secara eksklsusif. Ramai sangat yang busy body bertanya, adakah saya menyusukan bayi saya dan berapa kerap sehari?

Terpaksa tipu orang lain dengan mengatakan beri bayi minum susu badan

Saya akan tersenyum dan mengangguk dengan mengatakan bayi menyusu badan dan tidak memberitahu mereka yang bayi saya juga minum susu botol.

Kesedihan dan rasa malu melanda hidup saya. Kenapa saya tidak dapat memberikan susu badan kepada bayi saya sepenuhnya? Setiap kali orang tanya soalan yang sama, setiap kali itu saya rasa diri gagal.

***

Untuk anda yang belum faham, seorang ibu memang pasang niat dan bergelut untuk menghasilkan susu yang cukup. Namun, ada pelbagai sebab tertentu yang mungkin menyebabkan ibu sukar menyusukan bayinya secara terus dari payudara.

Lebih menyedihkan, apabila tidak dapat menyusukan bayi, ibu akan mengalami trauma dan kemurungan. Sebab itu kadang-kadang soalan anda itu boleh mengganggu jiwa dan merosakkan emosi para ibu ini.

Jadi, sebaiknya jangan tanya tentang perkara sensitif ini kepada para ibu. Tanyalah soalan yang yang tidak terlalu melukakan hati ibu tersebut. Contohnya:

Adakah bayi anda sihat?

Berapa berat bayi sekarang?

Adakah bayi anda aktif?

Cara mengatasi masalah tersebut 

bayi menyusu badan, bayi menyusu susu ibu, bayi menyusu, bayi kerap menyusu, penyusuan susu ibu, penyusuan susu badan, penyusuan, susu badan, susu formula, susu ibu, kebaikan susu ibu, kebaikan susu badan, kebaikan susu formula

Kredit: Hello Sehat

Menjadi seorang ibu bukan perkara mudah, terutama apabila perlu menguruskan perasaan hiba, kemurungan dan stress kerana ia jauh lebih mencabar.

Jangan biarkan diri rasa bersalah, cemas dan takut untuk bertanya kepada mereka yang arif tentang penyusuan susu ibu. Semoga artikel ini menjadi pengganti dan luahan rasa di hati ibu yang mengimpikan untuk menyusukan anak dengan susu ibu.

Buat anda yang masih berpeluang da  struggle menyusukan anak, teruskan misi tersebut sehingga mencapai sasarannya, selagi anda terdaya. Semoga anak-anak membesar dengan sihat, cergas dan pintar!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Scary Mommy

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsusu-untuk-ibu-menyusu-badan/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!