Bayi Mirip Tengku Mahkota Pahang, Telatah Lucu Arshaka Idraki Mencuit Hati Netizen

Wajah bayi mirip Tengku Mahkota Pahang yang baru berusia 8 bulan meraih perhatian warganet apabila dikatakan pelanduk dua serupa.

Orang dulu-dulu kata kalau mengandung tengok yang indah-indah sahaja biar terkenan pada bayi. Namun, lain pula yang berlaku pada ibu ini apabila wajah bayi mirip Tengku Mahkota Pahang walaupun tidak melihatnya semasa hamil.

Tular satu video di Tiktok memaparkan telatah lucu anaknya, Arshaka idraki yang tersipu-sipu malu apabila dipuji mirip Tengku Hassanal mencuri tumpuan ramai.

Bayi Mirip Tengku Mahkota Pahang, Pelanduk Dua Serupa

Persamaan itu disedari oleh warganet selepas video Muhammad Arshaka Idraki dikongsi oleh ibunya, Nurul Intan Fadzlyana Mahat, 28, di TikTok.

Berkongsi kisah itu, dia dan suami hanya perasan apabila ramai warganet tinggalkan komen mengatakan anaknya yang baru berusia lima ke enam bulan dalam video yang dikongsikan ketika itu mirip Tengku Hassanal, putera kegilaan ramai.

“Saya memang tak perasan persamaan itu kerana yang saya nampak, wajah anak mirip bapanya. Jadi perasaan itu biasa saja cuma adalah sedikit teruja orang samakan dengan Tengku Hassanal,” katanya.

Menurut Nurul Intan Fadzlyana, setakat ini, rata-rata komen yang diterima adalah positif dengan ramai yang mengatakan wajah anaknya comel dan kacak.

@intanfadzlyanaa Replying to @aleea zulaikha oky nampaknya Arshaka nak jadi Tengku dah 🤣🤣 #LearnOnTiktok #masukberanda #fyp #zyxcba #fakesituation⚠️ #Hello2024 #arshakaidraki #babytiktok #trendingsound #tengkuhassanal ♬ Gemoy – Febri Handika

Tengku Ampuan Pahang Tinggal Komen Setuju

Apa yang lebih mengejutkan, bonda Tengku Hassanal iaitu Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meninggalkan komen di video turut bersetuju wajah anak mereka memang seiras.

Sejujurnya, di sudut hati kecilnya, dia dengan suami berharap dapat bertemu Tengku Hassanal, kalau boleh nak bergambar sama untuk kenangan cuma belum ada kesempatan,Siapa tahu mungkin ada tuah bayi mirip Tengku Mahkota Pahang  rezeki berjumpa, bukan?

Dalam pada itu, ibu Arshaka Idraki tidak lupa untuk berterima kasih kepada yang mendoakan anaknya walaupun tidak mengenali dengan dekat dan hanya mengikuti perkembangan di media sosial serta mendoakan yang baik juga berbalik semula kepada mereka yang mendoakan.

Akhir kata, sebagai ibu, sudah tentu mahukan yang terbaik buat anak, semoga dia berjaya dunia akhirat dan kalau boleh mahunya menjadi hafiz apabila dewasa nanti.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kajian: Jika Wajah Bayi Mirip Bapa, Dia Lebih Sihat dan Jarang Jatuh Sakit!

Baca juga: Ini Fakta Tentang Tanda Lahir Di Muka Bayi Yang Ibu Ayah Perlu Tahu. Comel Pula!

Baca juga: Menurut Kajian, Baby Suka Pandang Orang Cantik – Wow, Untungnya Ibu Jika Si Manja Tidak Terkebil Tengok Anda

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!