Disahkan Mati 54 Hari Lalu, Tapi Ibu Ini Berjaya Melahirkan Bayi "Ajaib"! Apa Terjadi?

undefined

Karla Perez mengeluh sakit kepala sebelum dia masuk tidur. Namun, dia tidak bangun lagi selepas itu. Jom baca dan ketahui bagaimana Angel, bayi wanita ini berjaya diselamatkan!

Kelahiran Angel; bayi istimewa

Pasti tak pernah terlintas di fikiran anda yang… bayi boleh lahir walaupun ibunya telah meninggal dunia. Tapi, percayalah – kes ini pernah terjadi!

Satu pasukan perubatan di Nebraska telah berjaya membantu mengeluarkan seorang bayi lelaki yang sihat daripada ibunya yang telah mati 54 hari lalu!

Ceritanya begini – bayi yang diberi nama Angel Perez itu terpaksa dikeluarkan dari rahim ibunya yang telah disahkan “mati otak“, iaitu kegagalan fungsi otak.

Akan tetapi, jantung wanita hebat itu masih berdenyut sepanjang 54 hari itu! Maka, doktor mengambil keputusan yang tak pernah dibuat mereka sebelum ini. Mereka akan menyelamatkan Angel!

Bayi lelaki itu akhirnya berjaya dikeluarkan dengan selamat pada tanggal 4 April 2015. 

Dr. Brady Kerr, pakar neonatologi di Jabatan ICU Neonatal Hospital Methodist menjelaskan walaupun bayi tersebut lahir dari ibunya yang telah mati otak, tapi beliau tidak mengalami sebarang komplikasi parah.

Bayi ajaib yang sungguh istimewa!

Dr. Kerr dipetik dari Buzzfeed berkata –

Ini kes yang amat luar biasa buat kami. Namun kami percaya bayi Angel akan sihat sepenuhnya.”

 Gambar bayi istimewa ini ada kami sertakan di bawah. Comelnya!

Disahkan Mati 54 Hari Lalu, Tapi Ibu Ini Berjaya Melahirkan Bayi Ajaib! Apa Terjadi?

Kredit gambar: Methodist Women Hospital

Wanita hebat yang bertarung sepanjang hidupnya

Ibu Angel bukanlah calang-calang wanita. Beliau wanita hebat yang tak mudah tunduk pada cabaran.

Ketika masih kecil, Karla Perez telah disahkan menghidap penyakit juvenile rheumatoid arthritisIa adalah sejenis penyakit artritis yang melibatkan sakit sendi, bengkak dan kekejangan. 

Doktor mengesahkan Karla mungkin tidak boleh hamil. Namun, beliau pantang menyerah kalah! Beliau kuat mengharungi cabaran ini hingga anak perempuan pertamanya lahir.

Anak comel itu diberi nama Genesis, dilahirkan pada tahun 2012. 

Disahkan Mati 54 Hari Lalu, Tapi Ibu Ini Berjaya Melahirkan Bayi Ajaib! Apa Terjadi?

Karla dan Genesis, tiga tahun. Kredit gambar: Keluarga Jimenez

“Karla sangat gembira. Bayi kecil itu segala-galanya buat dia,” ucap ibu Karla dalam People.

Selepas menimang Genesis, Karla ingin mengandung sekali lagi. 3 tahun kemudian, beliau hamil akan Angel.

Malam terakhir buat dirinya

Namun, pada tanggal 9 Februari 2015, detik hitam ini bermula. Karla mengadu sakit kepala. Lalu dia masuk ke dalam bilik tidur untuk berehat sebentar.

Tapi, Karla tidak bangun lagi buat selama-lamanya! Ambulans pantas membawa Karla ke hospital berdekatan. Setibanya di sana, Karla diberi pemeriksaan imbasan CT.

Beliau didapati mengalami pendarahan dalam otak yang parah!

Pakar kemudiannya mengesahkan yang Karla telah “mati otak”. Akan tetapi, tubuhnya masih berfungsi dengan baik. Cuma Karla tidak akan bangun lagi.

Keluarga wanita ini menerima berita tersebut dengan berat. 

Doktor ingin menyelamatkan Angel, bayi yang dikandung Karla. Jadi, mereka mengambil keputusan untuk memberi life support pada Karla hingga kandungannya mencapai usia yang cukup sihat untuk dilahirkan.

Mengikut pelan asal, Angel harus dikeluarkan dari rahim Karla pada usia 32 minggu. Tapi masuk minggu ke 3o, keadaan Karla tidak mengizinkan. Doktor terpaksa melakukan pembedahan c-seksyen dengan segera!

Disahkan Mati 54 Hari Lalu, Tapi Ibu Ini Berjaya Melahirkan Bayi Ajaib! Apa Terjadi?

Berta Jimenez mengendong cucunya, Angel.

Berkat usaha bersama, akhirnya Angel berjaya diselamatkan dengan hampir 100 orang doktor pakar dan jururawat menguruskan kes jarang berlaku ini. Angel merupakan bayi pertama yang lahir dari ibu yang mati otak, di hospital tersebut.

Kehilangan Karla adalah duka hitam yang harus diharungi keluarga Jimenez. Namun, dengan kehadiran Angel dan Genesis, keluarga ini nekad untuk menjaga mereka berdua dengan sehabis baik.

Semoga kau tenang di sana, wahai wanita hebat! Anak-anakmu pasti amat berbangga dengan ibu mereka.

Sumber rujukan: Buzzfeed, Mayo Clinic dan People

Artikel diterjemah daripada theAsianparent Indonesia.

Baca juga:

Kes 1-Dalam-625-Juta: Ibu Kehamilan Ektopik Berjaya Melahirkan Anak Cukup Umur

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!