Elak Anak Moody Ketika Bercuti, Ini Tips Mudah Bawa Bekal Bayi Yang Sedap & Berkhasiat!

undefined

Bekal makanan bayi perlu disediakan secukupnya ketika anda dan seisi keluarga pergi bercuti. Biasanya anak yang lapar akan mudah meragam & buat ibu stres!

Apabila tibanya musim cuti sekolah atau hujung minggu, ibu ayah mungkin rasa cukup teruja untuk membawa seisi keluarga keluar bercuti. Namun jangan dilupa untuk bawa bekal makanan untuk si manja anda!

Kebiasaannya perkara yang ibu ayah perlu rancang lebih awal ialah aspek pemakanan bayi. Adalah tidak adil buat si manja apabila hanya melihat anda seronok menikmati pelbagai hidangan dan dia pula hanya makan nestum, roti dan susu sahaja.

Tips bawa bekal makanan anak ketika keluar bercuti

bekal makanan bayi ketika bercuti

foto: irine nadia

Sebenarnya ada beberapa tips untuk memudahkan kerja ibu ketika makan angin bagi mengelakkan anak meragam akibat rasa lapar atau stres.

Menurut pengalaman dan tips dikongsikan oleh seorang ibu, Puan Catherin, dia telah merancang terlebih awal tentang bekal makanan bayi memandangkan itu adalah pertama kali membawa anaknya, Jayden berjalan jauh ke Hatyai, Thailand selama 3 hari tahun lalu.

Walaupun percutian secara mengejut, namun dia berjaya menyediakan makanan berkhasiat seperti di rumah. Berikut adalah persediaan solid food yang dilakukan olehnya:

#1.  Tetapkan menu makanan

makanan bayi masa travel

Menu makanan Jayden sudah dirancang secara awal agar tidak kelam-kabut ketika berada di tempat bercuti nanti. Ini contoh menu untuk sarapan pagi, makan tengah hari, snek dan makan malam.

#2. Menyediakan peralatan yang diperlukan

Selain bahan-bahan untuk waktu makan si manja, anda juga perlu menyediakan beberapa senarai peralatan memasak. Ibu boleh bawa periuk nasi elektrik jenis kecil untuk memudahkan proses membuat bubur apabila tiba di hotel nanti.

Sekiranya percutian di luar negara, jangan lupa bawa bersama universal adaptor supaya nanti tidak kalut.

#3. Makanan dibungkus mengikut portion

Apabila ibu sudah memilih menu makanan bayi, bolehlah bungkuskan siap-siap bahan mentah yang diperlukan mengikut saiz hidangan. Pastikan anda meletak label menggunakan kertas bagi setiap pek.

bekal bayi ketika travel

Lebih mudah buat seperti ini supaya nanti boleh terus masak mengikut kuantiti yang sudah ditetapkan setiap hari.

Makanan untuk hari pertama

Hari Jumaat setelah siap urusan check-in hotel, saya terus bersedia untuk merebus pasta jenis spiral. Ketika proses merebus, anda boleh taburkan sedikit mixed herbs dan kemudian simpan ke dalam bekas.

Kemudian, masa ingin suap makanan kepada bayi, boleh campurkan bersama dengan susu jenis full cream tanpa meletakkan sebarang perasa tambahan ya! Hidangan simple tapi tetap sedap.

Menu untuk hari kedua

Sarapan pagi: oat dengan susu

Makan tengah hari dan malam: Bubur nasi (Untuk makan malam, saya hanya simpan lebihan lunch dalam peti sejuk hotel. Kemudian saya hanya perlu memanaskannya semula)

Bagi bungkusan sayuran, ibu-ibu dinasihatkan membawa sayuran jenis kering dan tidak berdaun kerana ia boleh tahan lebih lama tanpa dimasukkan dalam peti ais. Misalnya bunga kubis, lobak merah, hirisan bawang putih, halia dan lobak putih.

Menu hari ketiga

Bangun lebih awal untuk menyiapkan bubur sebab check out dari hotel. Menu pagi adalah oat dan susu.

Makan tengah hari dan malam bubur nasi. Untuk hidangan dinner berkenaan, saya hanya letak dalam thermos dan menyuapkan ke mulut Jayden masa petang kerana takut basi.

#4. Finger food yang berkhasiat

Selain makanan yang dimasak, saya juga bawa finger food untuk Jayden dengan menggunakan roti sahaja. Ketika berada di luar, saya akan beli buah segar yang sudah dipotong kecil.

makanan bayi ketika travel

Resepi roti bakar rangup

#1. Roti wholemeal dipotong secara memanjang dan susun di atas tray.

#2. Bakar selama 20-30 minit guna api atas bawah menggunakan suhu 170 darjah celsius.

#3. Bila keluar dari ketuhar, ia akan menjadi seperti biskut rangup. Jika masih lembut, teruskan bakar untuk beberapa minit lagi.

#4. Untuk rasa lebih sedap, anda juga boleh sapukan sedikit unsalted butter atau buat macam garlic bread mengikut selera si manja.

#5. Bila dah siap, simpan dalam bekas kedap udara. Biasanya boleh tahan lebih seminggu.

Meskipun roti bakar rangup ini sangat simple, tetapi ia sangat membantu untuk bayi duduk diam dan lebih behave kerana ada makanan dipegang pada tangan.

Sumber: Happy Baby Food Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Berkhasiat Fluffy Egg Rice, Sesuai Untuk Si Manja Yang Tak Suka Makan Nasi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!