Mengapa Bayi Suka Pandang Atas & Menangis? Juga 6 Benda Pelik Anak Suka Buat, Ini Penjelasannya

Sebagai ibu bapa, pasti anda pernah tengok 7 benda pelik anak suka buat ini. Kadang sampai bingung kita fikir kenapa. Ini rupanya sebab mengapa mereka buat!

Sebagai ibu bapa, pasti kita mengalami sendiri bayi kita berkelakuan pelik atau buat benda pelik hingga kita tidak pasti mengapa mereka berbuat demikian. Ada yang kelihatan comel, tapi ada juga benda pelik anak suka buat yang membingungkan kita sebagai ibu bapa.

Percayalah, bukan anda seorang sahaja melaluinya. Hampir semua ibu bapa mengalaminya!

Laman sesawang Parenting telah mengongsikan beberapa benda pelik yang bayi suka buat dan mengapa mereka buat demikian. Mari kita lihat senarai benda tersebut:

Benda pelik anak suka buat

#1. Suka pandang atas

Orang tua-tua cakap bayi nampak hantu kalau selalu pandang siling, tapi sejauh mana kebenaran tu?

Menurut Puan Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi yang bertauliah, Bayi newborn 0-3 bulan hanya mampu melihat dalam jarak sekitar 8-15 inci sahaja. Iaitu sekitar jarak wajah ibu ketika ibu pangku anak semasa menyusu.

Warna yang dapat di lihat bayi newborn juga adalah dari kumpulan warna terang sahaja seperti merah, jingga ,kuning dan hijau. Bayi perlu lebih masa untuk melihat warna-warna yang kurang cerah seperti biru dan violet(ungu) kerana jalur gelombang warna-warna tersebut yang pendek sedangkan pengesan warna (color receptors) dalam retina bayi masih terhad.

“Maksudnya begini, kalau betul pun ada hantu tengah bertenggek di atas siling rumah, hantu tersebut perlu memakai baju ‘lip lap’ yang di penuhi labuci atau batu swarovski untuk lebih berpotensi di lihat bayi. Jika hantu tersebut memilih untuk memakai jacket pantul cahaya seperti pekerja buruh pembinaan itu lebih baik,” katanya.

#2. Tangan berkepak, adakah dia nak jadi kapal terbang atau burung?

benda pelik anak suka buat

Sebenarnya ini adalah refleks Moro yang berlaku secara automatik. Ini terjadi sekiranya bayi anda dirangsang seperti dia hampir terjatuh atau terkejut. Mereka akan mengepakkan tangan seperti mahu terbang.

Sekiranya anda sudah mula melihat refleks Moro pada bayi, ini tanda sistem saraf bayi anda sedang berkembang dengan betul. Ia memberi tekanan kepada bayi, pernafasannya dan degupan jantungnya akan meningkat.

Tapi jangan risau, selalunya ia akan berakhir dalam tempoh 3 bulan.

#3. Mudah terkejut/menggigil

benda pelik anak suka buat

Haba dari badan kita akan membantu mereka untuk tidak terlalu sejuk. Kredit foto mountain home air force base

Anda baru hendak menarik nafas lega melihat bayi anda terbaring lena dan tenang, sesaat kemudian dia terkejut dan menjerit seperti baru sudah disergah. Apa yang terjadi sebenarnya?

Sebenarnya ini juga adalah tindak balas sistem saraf yang sedang matang. Bayi anda belum lagi dapat menyesuaikan pergerakan mereka, jadi sedikit pergerakan sendiri cukup untuk membuatkan mereka terkejut.

Periksa kalau-kalau tangan dan kaki mereka terlampau sejuk kerana ini juga boleh jadi punca mereka menggigil. Mereka lebih mudah berasa sejuk dari kita. Sebab itu mereka lebih suka dipeluk lebih-lebih lagi oleh ibu mereka.

Mereka tidak ada lemak yang cukup untuk menyesuaikan suhu badan. Mereka juga tidak pandai membuat tindak balas, seperti berpeluk tubuh atau menarik selimut. Sebab itulah mereka menggigil, ia menghasilkan haba untuk mereka.

Jika bayi anda kerap menggigil, pakaikan mereka sedikit tebal. Atau jika berlarutan, jumpa dengan doktor mereka. Stress juga boleh menyebabkan mereka menggigil.

#4. Kerap batuk tiba-tiba

benda pelik anak suka buat

Selalu tiba-tiba bayi anda mula batuk seperti ada yang tidak kena. Dan bila anda berlari mendapatkannya, si kecil tersenyum atau tertawa gembira hingga terbatuk dan menunggu reaksi anda. Itu hanyalah lakonan, lakonan yang sungguh comel dan lucu!

Selalunya, perilaku ini berlaku sekitar usia 6 bulan. Ketika ini bayi anda sudah mula memerhatikan keadaan sekeliling dan apabila seseorang batuk atau membuat bunyi kuat, anda akan memandang mereka.

Itulah yang yang cuba dilakukan oleh si kecil, mendapatkan perhatian anda.

Jadi, berikan apa yang mereka mahu, agah mereka, ketawa di depan mereka. Ini cara mereka bersosial.

#5. Tangan merayap mahu menyentuh semua benda

benda pelik anak suka buat

Berikan mereka mainan untuk mengalih perhatian mereka.

Kalau anda perasan, sekitar usia 5 hingga 7 bulan, bayi anda tidak lagi duduk diam ketika anda menyalin lampinnya. Tangannya akan merayap memegang kemaluannya.

Nanti dulu, jangan terlalu risau, ini adalah normal bagi sesetengah bayi.

Bayi memegang bahagian pada tubuh mereka kerana rasa ingin tahu. Mereka ingin tahu dengan semua benda termasuklah tentang diri mereka sendiri.

Jika anda fikir semula, mereka tidak tertarik kepada kemaluan saja, mereka bermain dengan kaki dan tangan mereka sendiri juga.

Dia mungkin bermain dengan genitalnya kerana itu membuatkan mereka rasa lain. Jika anda tidak senang dengan perbuatan itu, berikan sesuatu untuk mereka alihkan perhatian seperti permainan atau kain.

#6. Sedu-sedu yang kerap

Mengapa Bayi Suka Pandang Atas & Menangis? Juga 6 Benda Pelik Anak Suka Buat, Ini Penjelasannya

Berikan susu untuk membantu menghentikan sedu-sedu

Benda yag paling kerap terjadi kepada si kecil adalah sedu-sedu (hiccups). Baru seminit yang lepas mereka berhenti sedu, sekarang ia bermula kembali. Dan sedu ini seperti tiada penghujung, kerap kali terjadi!

Bayi anda masih muda dan dia belum mampu mengiramakan kebolehan bernafas dan menelan lagi. Sedu terjadi apabila mereka menelan dan bernafas pada masa yang sama.

Mereka masih belajar untuk menangani situasi ini, jadi, ia kerap berulang.

Berikan susu boleh membantu menghentikan sedu-sedu ini. Kadang-kadang, suasana terlalu bising atau baru boleh menyebabkan mereka stress dan ini juga boleh menjadi punca terjadinya sedu-sedu.

Jadi, berikan mereka suasana tenang, aman dan selesa untuk mengurangkan kekerapan sedu-sedu mereka.

#7. Tidak menunjukkan perkembangan

benda pelik anak suka buat

Minggu lalu bayi anda sudah pandai meniarap. Tiba-tiba minggu ini, dia hanya baring dan tidak pandai meniarap. Anda tertanya-tanya, apa sedang terjadi?

Sama seperti anda selalu terlupa untuk melakukan sesuatu kerja seperti memasang meja mudah alih. Kadang-kala walupun kita sudah berjaya beberapa kali melakukan sesuatu tetapi memori tentang bagaimana kita berjaya melakukan sesuatu itu tidak lengkap.

Ini kerana ia sesuatu yang kompleks. Sama seperti meniarap untuk bayi anda, ia adalah sesuatu yang kompleks baginya ketika itu. Tapi jangan risau, dia akan belajar lagi untuk melakukan perkara itu.

#8. Meniti 

Lebih kurang di usia 10 bulan, bayi anda tiba-tiba sudah boleh menarik dirinya untuk berdiri dan meniti di perabot. Sehingga kadang-kala mereka terlupa bagaimana untuk duduk.

Jadi jangan terkejut jika di tengah malam anak anda menangis dan anda terlihat dia sedang berdiri sambil memegang tepi katil dan bukannya duduk.

Biarkan dia membuat perkara mengikut kemampuannya. Dia masih perlu mengasah skil duduknya. Jatuh terduduk itu tidak apa, tetapi sediakan ruangan selamat untuknya.

Macam mana? Ada banyak benda pelik anak suka buat yang anda sudah faham kenapa sekarang? Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

Sumber: Parenting

Foto: iStock

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 20 Milestone Anak-Anak Lalui Yang Menjadi Pengalaman Manis Pahit Buat Ibu Ayah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!