Sesi Persekolahan Dah Mula? Ini 15 Idea Sediakan Bekal/Bento Untuk Anak Kecil Ke Sekolah!

undefined

Menyediakan bekal atau bento untuk anak antara cabaran buat ibu. Kadang kala kering idea jadinya memikirkan makanan untuk mereka.

Selamat kembali ke sekolah anak-anakku! Mommies semua macam mana? Adakah anda masih boleh uruskan rutin pagi anak? Lagi-lagi bekalan ke sekolah mereka. Kami di theAsianparent ada beberapa idea menarik untuk ibu sediakan bento makanan sihat untuk anak.

Dalam menyediakan bekal ini kadang kala buat ibu bapa kering idea. Jadi mulalah nak bagi junk food saja sedangkan ia kurang berkhasiat untuk anak.

Dengan kekangan masa, kadang kala memang terpaksa beri saja anak makanan yang simple. Jadi mungkin perkongsian oleh seorang ibu, Nor Khaliza Wati Mohad Kholil, dapat membantu ibu-ibu lain di luar sana!

Menu bekal beto makanan sihat yang sedap & menarik!

Bawa bekal ke sekolah bukan saja menjimatkan malah ia bagi memastikan anak mendapat khasiat makanan yang secukupnya. Bukan mudah ya nak dapatkan idea sediakan makanan untuk anak. 

Jadi, jom lihat idea bento untuk anak yang boleh digunakan pakai ibu bapa dalam menyediakan bekal mereka ke sekolah.

15 idea bento makanan sihat untuk menu bekal anak

#1. Pasta carbonara, roti sosej dan buah limau

bento untuk anak, bento makanan sihat

Kredit foto: Nor Khaliza Wati Mohad Kholil

#2. Chicken chop, buah tembikai & biskut

bento makanan sihat

Kredit foto: Nor Khaliza Wati Mohad Kholil

#3. Nasi goreng, ayam goreng, buah limau

#4. Nasi minyak, ayam masak merah, telur dadar buah anggur

#5. Maggi Goreng, Roti Sandwich, Salad & Telur

bento untuk anak, bento makanan sihat

Kredit foto: Nor Khaliza Wati Mohad Kholil

#6. Bihun Goreng, Telur Dadar, Nugget & Buah Oren

bento untuk anak

Kredit foto: Nor Khaliza Wati Mohad Kholil

#7. Laksa Goreng, Telur Dadar

#8. Nasi, Telur Bungkus, Sosej, Salad, Buah Epal & Biskut

#9. Nasi Lemak, Ayam Goreng, Strawberi

bento

#10. Burger, Fries, & Buah Delima

#11. Maggi Goreng, Roti Prata Mini, Buah Epal & Manisan

#12.Pasta Carbonara, Roti Sosej, Salad & Buah-buahan

bento makanan sihat

#13. Spaghetti Bolognese, Nugget & Buah Oren

#14. Macaroni Cheese, Sosej, Udang Goreng Tepung, Salad & Buah Anggur

#15. Nasi Putih, Ayam Masak Kicap, Sosej, Telur Dadar, Salad & Buah-buahan

Berapa banyak kalori yang diperlukan oleh kanak-kanak setiap hari?

Kanak-kanak memerlukan sekurang-kurangnya 1000 kalori sehari untuk tumbesaran dan sebagai tenaga mereka.

Cara yang terbaik untuk memastikan anak anda mendapat keperluan kalori seharian mereka ialah dengan menghidangkan 3 sajian dan 2 snek sehari.

Makanan yang sesuai untuk kanak-kanak

Sesi Persekolahan Dah Mula? Ini 15 Idea Sediakan Bekal/Bento Untuk Anak Kecil Ke Sekolah!

Kanak-kanak memerlukan makanan dari kumpulan makanan yang sama seperti orang dewasa. Bezanya ialah, saiz hidangan mereka lebih kecil, iaitu dalam 2/3 dari hidangan dewasa.

Anak anda perlu mendapatkan khasiat daripada kumpulan makanan dalam saiz hidangan setiap hari seperti berikut:

  • Daging, ikan, ayam, telur (2 ke 3 hidangan)
  • Produk tenusu (3 hidangan bersamaan dengan 2 gelas susu setiap hari)
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran (3 hidangan setiap satu)
  • Bijirin, kentang, nasi, roti, pasta mee (6 hidangan)

Jadi dalam penyediaan bento makanan sihat, pertimbangkan senarai bahan-bahan bernutrisi di atas.

Kawal pengambilan gula yang telah diproses. Ini kerana ia boleh menyumbang kepada risiko berat berlebihan atau obesiti, kerosakan gigi dan hiperaktif.

Tetapi, jangan terlalu mengawal pengambilan kolesterol dan lemak di peringkat umur ini kerana kedua-dua nutrien ini diperlukan untuk perkembangan yang normal.

Bagaimana saya boleh memupuk tabiat pemakanan sihat kepada anak saya?

Anda tidak perlu untuk menunggu sehingga usia tertentu untuk memupuk tabiat pemakanan yang sihat.

  • Galakkan anak anda untuk mencuba makanan yang baru.
  • Segalanya bermula dari diri anda sendiri. Amalkan tabiat pemakanan yang seimbang dengan mengambil makanan yang sihat dan kurangkan manisan, snek masin dan minuman ringan.
  • Tetapkan waktu makan rutin setiap hari supaya anak anda tidak bergantung kepada makanan snek untuk menghilangkan rasa laparnya.
  • Makan bersama-sama keluarga. Berikan perhatian kepada anak kecil anda, dan pastikan waktu makan anda bebas dari segala jenis gangguan, TV mahupun telefon pintar anda.
  • Jangan benarkan anak anda membawa alat permainannya ke meja makan.
  • Jangan sajikan makanan yang menggunakan rempah ratus atau pedas. Ini kerana, kebanyakan kanak-kanak tidak menyukai rasa ini. Malah ini boleh menyebabkan dia menolak sesuatu makanan di masa hadapan sekiranya pengalaman pertamanya tidak menyeronokkan.
  • Elakkan makanan yang terlalu masin, terlalu banyak mentega ataupun terlalu manis untuk mengelakkan deria rasanya mula menggemari makanan yang kurang sihat.

Tips tambahan

Sesi Persekolahan Dah Mula? Ini 15 Idea Sediakan Bekal/Bento Untuk Anak Kecil Ke Sekolah!

i) Untuk menghias bento ini, mungkin lebih mudah jika ada acuannya. Beli saja di kedai peralatan rumah seperti MR DIY atau Daiso. Macam-macam pilihan bentuk ada. Kalau tak ada, gunakan acuan biskut atau cookie cutter pun boleh.

ii) Kalau nak kepal nasi bagi elok dan tak berderai, lebihkan sedikit air semasa memasak nasi. Barulah senang untuk dibentuk dalam acuan nanti.

iii) Bagi membuat bentuk mata, kebanyakannya menggunakan seaweed. Untuk melekatkannya, boleh sapukan dengan sedikit mayonis. Boleh juga gunakan lada hitam.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Bapa Disaran Sedia Bekal Anak Untuk Ke Sekolah, Ini Resipi SEDAP Buat Mereka!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!