Risau BERAT BADAN NAIK Mendadak Ketika Hamil? Buat 5 Perkara Ini Dari Awal Kehamilan!

undefined

Risau berat badan naik mendadak ketika hamil? Ini yang patut anda lakukan jika mahu elak berat badan naik mendadak dan bahayakan anda serta bayi.

Berat badan naik adalah isu paling popular ketika mengandung. Memang berat badan patut naik, jika tidak naik, itu yang patut anda risau.

Bagaimanapun, kenaikan berat badan itu mestilah berpada-pada dan tidaklah terlalu mendadak kerana ia akan mendatangkan kesan kepada kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan pula.

Berat badan naik sewaktu mengandung bukanlah sesuatu yang pelik, malah ia memang sepatutnya berlaku berikutan anda sedang membawa satu lagi nyawa bersama anda.

Berat badan naik sewaktu mengandung tak pelik, tapi perlu berpada

Berat badan naik

Kredit: klikdokter

Berat Badan ketika mengandung selalunya ditentukan dengan menggunakan indeks jisim tubuh (BMI) pra-kehamilan. Ia dikira mengikut berat badan dan tinggi. Ini merupakan berat badan ideal semasa mengandung:

#1. Berat badan ideal

Berat badan ideal (BMI 18.5 hingga 24.9) Perlu naik antara 11 hingga 16 kilogram

#2. Kurang berat badan

Kurang berat badan (BMI bawah 18.5) Perlu naik antara 13 hingga 18 kilogram

#3. Lebih berat badan (BMI 25.0 hingga 29.9)

Perlu naik antara 7 hingga 11 kilogram

#4. Obes (BMI 30.0 keatas)

Perlu naik antara 5 hingga 9 kilogram

#5. Kehamilan kembar. Perlu naik antara:

  •  17 hingga 24 kilogram jika berat yang sihat
  • 14 hingga 23 kilogram jika terlebih berat badan
  • 11 hingga 19 kilogram jika obes

Jika berat badan naik berlebihan, lakukan 5 tips ini dari awal

Seronoknya bila disahkan mengandung! Tapi yang tak seronoknya bila berat badan naik berlebihan masa mengandung sampai ibu jadi stres dan susah hati.

Kadangkala ada bakal ibu jadi teruja dan berselera sampai tak sedar dia makan apa sahaja yang diinginkan ketika mengandung. Lebih-lebih lagi jenis makanan yang tinggi kalori, lemak dan gula.

Tak kira sama ada anda berada di trimester pertama atau ketiga, kena ikut tip ini kalau tidak mahu berat badan naik berlebihan sepanjang kehamilan.

Berikut kami kongsikan tips elak penambahan berat badan berlebihan ketika mengandung:

#1. Mulakan fasa kehamilan dengan berat badan yang sihat

Jangan jadikan alasan mengandung untuk anda makan apa sahaja sampai berat badan naik mendadak sedangkan sebelum hamil anda mempunyai berat badan yang ideal.

Jadi tiada alasan untuk anda jadikan kehamilan sebagai alasan untuk berat badan anda naik dengan berlebihan. Pastikan anda tetap menjaga berat badan ketika kehamilan dengan mendapatkan berat badan yang ideal.

#2. Makan secara bersederhana dan kerap

Memang normal ibu hamil cepat rasa lapar. Sebaiknya lapar makan secara bersederhana tetapi kerap. Pastikan hanya makanan atau snek yang berkhasiat sahaja dimakan.

Makanlah dengan kerap, tetapi jangan biarkan perut anda terlalu penuh. Ia boleh menyebabkan anda rasa tidak selesa dan perut terasa penuh sentiasa. Jika terlalu kenyang ia akan membuatkan anda rasa mengah pula nanti.

#3. Banyak minum air kosong

Berat badan naik

Kredit: pinterest

Walaupun anda akan kerap pergi ke tandas membuang air kecil tetapi sentiasa pastikan ibu minum banyak air kosong untuk mengelakkan masalah sembelit.

Elakkan minum minuman manis dan banyakkan minum air kosong untuk elak dehidrasi dan pastikan anda sentiasa bertenaga. Gula yang banyak tidak baik untuk anak.

#4. Jika mengidam sesuatu makanan (kurang berkhasiat) cukup sekadar merasa sedikit sahaja

Tak salah ibu teringin makan sesuatu tetapi kalau yang diinginkan adalah makanan kurang berkhasiat, cukuplah sekadar rasa sedikit sahaja bukannya makan sebanyak-banyaknya.

Kadangkala anda akan terasa untuk makan makanan yang kurang berkhasiat. Tetapi jika anda teringin cuba juga, rasalah sedikit untuk elakkan rasa kempunan.

#5. Mulakan rutin senaman ringan seperti berjalan kaki setiap hari

Walapun hamil, bakal ibu pun kena juga buat sedikit senaman. Paling mudah senaman berjalan kaki di sekitar rumah yang dilakukan secara konsisten dan perlahan-lahan mengikut kemampuan diri sendiri.

Jangan duduk saja, cuba lakukan senaman yang ringan. Ia membantu dalam proses bersalin anda nanti. Senaman yang sesuai untuk ibu mengandung amat membantu dalam proses bersalin.

Jadi ibu, jangan risau jika berat badan naik ketika hamil, tetapi pastikan ia ideal dan sihat untuk anada dan kandungan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: pantangplus, momtobe

Baca juga: Penipuan Tentang Menyusu Badan: Bagaimana Menyusu Badan Menaikkan Berat Badan Saya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!