5 Manfaat Kubis & Timun: Selain Tingkatkan Sistem Imun Juga Mampu Turunkan Berat Badan

undefined

Sayur kaya dengan pelbagai nutrisi, tetapi jika anda nak turun berat badan, mungkin boleh cuba masukkan kubis dan timun dalam diet harian anda!

Sayur kaya dengan pelbagai nutrisi, tetapi jika anda nak turun berat badan, mungkin boleh cuba masukkan kubis dan timun dalam diet harian anda!

Mudah bukan? Kubis dan timun memang terkenal sebagai ulam ulaman yang paling mudah didapati, mudah disediakan selain harganya juga sangat berpatutan dan mampu milik.

Kedua-dua sayuran ini juga ada ditanam di Malaysia, jadi tiada alasan lagi untuk anda mendapatkannya kerana ia sangat mudah didapati.

Berat badan turun dengan kubis, timun

berat badan

Pelbagai khasiat dua sayuran ini yang anda boleh dapat jika anda memasukkannya dalam diet seharian. Tidak percaya? Anda patut cuba dulu dan lihat hasilnya jika anda konsisten.

Selain menurunkan berat badan anda, pelbagai lagi manfaat kesihatan kubis dan timun yang baik untuk anda terokai dan rugi jika ia diabaikan begitu saja.

#1. Elak sembelit

Salah satu yang sering menganggu kita dalam menurunkan berat badan adalah masalah pencernaan dan sembelit. Kubis dan timun terbukti membantu mengurangkan masalah pencernaan yang dialami ramai orang.

Kandungan serat dalam timun dan kubis membantu menyelesaikan masalah pencernaan seperti gastrik. Kandungan serat dalam kedua-dua sayur ini dapat mengusir racun daripada sistem pencernaan sekaligus meningkatkan proses pencernaan yang sihat.

Oleh itu, dengan pengambilan timun dan kubis dalam diet anda akan mengurangkan masalah sembelit. 

#2. Antikanser

Sayuran daripada keluarga Brasicca seperti kubis mempunyai ciri-ciri antikanser kerana ia mengandungi kandungan glukosinolat yang tinggi.

Berdasarkan kajian, pengambilan sayuran daripada keluarga Brasicca dapat mengurangkan risiko menghidap kanser.

#3. Baik untuk kesihatan kulit

berat badan

Timun dan kubis terkenal dengan kebaikannya untuk kesihatan kulit. Kedua-dua sayuran ini kaya dengan antioksida dan vitamin C serta antiosanin. Antioksida memainkan peranan penting untuk kesihatan kulit dan badan. 

Vitamin C, menggalakkan penghasilan kolagen. Selain itu vitamin C juga dapat meneutralkan atau membuang pengoksidaan yang berpunca daripada pencemaran alam sekitar dan keadaan sekeliling serta sinaran UV.

Timun membekalkan mineral pada kulit seperti potassium, magnesium dan silikon yang tinggi. 

#4. Kaya antioksidan

Antioksidan berperanan meneutralkan radikal bebas daripada terus merosakkan sel dalam sistem badan kita. Radikal bebas boleh membawa ancaman penyakit kepada tubuh badan termasuklah risiko kanser dan masalah penyakit berkaitan kardiovaskular.

Antiosianin adalah pigmen larut berwarna merah, biru dan ungu dalam buah-buahan dan sayuran. Kajian mendapati antiosianin berpotensi dalam mengurangkan penyakit berkaitan kardiovaskular, kanser, kolestrol tinggi dan penyakit kronik lain.

#5. Mampu kurangkan kolestrol, kawal tekanan darah

Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan sel-sel pankreas bagi menghasilkan insulin untuk manfaat kepada pesakit kencing manis.

Sebatian sterol dalam timun boleh membantu dalam penurunan tahap kolestrol dalam badan. Timun mengandungi banyak serat seperti kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah.

Sebab itu timun adalah baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.

Tidak semua kolestrol dalam badan adalah tidak baik untuk kita, kolestrol turut diperlukan badan bagi memastikannya ia dapat berfungsi dengan baik. Ada kolestrol baik dan kolestrol jahat dalam badan.

Kandungan serat yang tinggi dalam kobis membantu merendahkan kadar kolestrol jahat dan mengikat kolestrol ini ke dalam perut seterusnya menghalangnya daripada menyerap ke dalam darah. 

Cara kekalkan khasiat sayur 

Sayur kaya nutrisi dan mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin C yang berfungsi menguatkan sistem imunisasi badan, awet muda dan melawan kanser.

Sayangnya, vitamin B dan C mudah rosak apabila terdedah kepada oksigen, air, haba dan cahaya matahari. Terdapat pelbagai cara mengekalkan khasiat sayur-sayuran antaranya:

#1. Makan sayur segar

Kandungan nutrisi pada sayur mulai berkurang apabila dipetik. Jangan simpan sayur terlalu lama dalam peti sejuk. Jika boleh, masak selepas dibeli bagi mengekalkan khasiatnya. Jika ingin menyimpan sayur dalam peti sejuk jangan dibasuh atau dipotong. Jika sudah dipotong, simpan dalam bekas yang tertutup rapat dalam peti sejuk.

#2. Potong dan basuh sayur dengan betul

Vitamin B dan C mudah larut dalam air. Oleh itu, pastikan anda tidak merendam atau membasuh sayur terlalu lama. Ia akan menyebabkan kehilangan lebih banyak vitamin. Sayur yang mempunyai kulit seperti timun, petola dan peria tidak akan kehilangan vitamin apabila dibasuh sebelum dipotong kerana kulit melindungi bahagian dalam sayur yang kaya dengan khasiatnya.

Oleh itu, anda dinasihatkan membasuh sayur sebelum memotongnya kepada potongan kecil. Sayur yang dipotong kecil akan menyebabkan bahagian dalamnya terdedah. Apabila dibasuh dalam keadaan sudah dipotong kecil, vitamin pada bahagian dalam sayur akan terkena air dan larut serta hilang.

#3. Kukus sayur

berat badan

Cara terbaik memasak sayuran adalah dengan mengukus, tetapi jangan terlalu lama. Dengan mengukus, vitamin yang ada dalam sayuran tidak larut dalam air. Selain itu, ia juga tidak merosakkan rasa asli dan nutrisi sayuran itu.

Untuk menumis, masukkan sayur apabila minyak sudah panas dan angkat sebaik sayur nampak layu. Jangan tunggu hingga sayur terlebih masak (lembik).

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Republika, Harian Metro, jiwasihat, maskulin

Baca juga:

Suruh Makan Sayur, Mulalah Wajah Anak Berkerut! Ini 7 Cara Berkesan Didik Si Kecil Makan Sayur

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!