Bersalin Kembar; Normal Atau Cesarean?

undefined

Bersalin kembar secara normal telah dikaitkan dengan lebih sedikit kadar morbiditi dan mortaliti neonatal berbanding bersalin secara cesarean.

Thomas Schimitz, seorang doktor perubatan dan doktor falsafah dari Servis Obstetik dan Gynekologi Hospital Robert Debré, Paris dan rakan seperjuangnya telah menerbitkan sebuah artikel tentang ‘bersalin kembar secara normal pada 32 hingga 37 minggu adalah lebih digalakkan berbanding cesarean’.

Bersalin kembar secara normal telah dikaitkan dengan lebih sedikit kadar morbiditi dan mortaliti neonatal berbanding bersalin secara cesarean. Dan wajar dijadikan pilihan cara bersalin utama apabila kembar menunjukan sudah berada diruang pelvik (posisi untuk keluar dari rahim ibu).

Bersalin kembar

Ini menunjukkan yang “bukan sahaja kadar yang lebih sedikit untuk wanita mengandungkan anak kembar bersalin secara caesarean boleh dicapai, malah lebih selamat bayi-bayi mereka,” menurut Dwight J. Rouse seorang medikal doktor di dalam editorial yang disertakan.

MenurutDr. Rouse, buat masa ini, 75% bayi kembar di Amerika Syarikat dilahirkan melalui pembedahan cesarean. Jika menurutkan angka itu kepada 50% sudah dapat membantu 17,000 wanita mengelak daripada pembedahan setiap tahun di mana ia disemestinya perlu dan berisiko buat bayi.

Risiko tambahan berkait dengan cesarean ialah apabila bayi berada di kurang dari 35 atau 37 minggu di dalam kandungan, bergantung pada tahap risiko kehamilan itu. Data ini diperoleh melalui kajian kebangsaan Jumeaux Mode d’Accouchement (JUMODA). Kajian ini merupakan kajian pemantauan, prospektif, kohot yang dijalankan terhadap populasi di Perancis dari 10 Februari 2014 hingga 1 Mac 2015 yang telah menjemput semua unit materniti yang telah mengendalikan lebih dari 1500 kelahiran tahunan.

Analisis ini termasuklah wanita yang bersalinkan kembar pada atau selepas 32 minggu dengan salah seorang kembar berada di dalam posisi cephalic. Mereka telah didaftarkan oleh pakar obstetrik sejurus selepas bersalin dan dikategorikan mengikut kaedah bersalin.

Kajian ini telah melibatkan  5915 wanita yang bersalinkan anak kembar di 176 unit materniti seluruh Perancis. Daripada jumlah itu, 1454 (24.6%) bersalin dengan kaedah cesarean yang dirancang, dan 4461 (75.4%) bersalin dengan kaedah normal yang dirancang. 61% daripada wanita di dalam kajian ini bersalinkan kedua anak kembar mereka secara normal, termasuk 1.7% yang dijadualkan untuk cesarean.

Hasil utama kajian ini merupakan komposit yang terdiri dari mortaliti intrapartum, mortaliti neonatal pada 28 hari pertama kehidupan, dan morbiditi neonatal, didefinisikan sebagai mempunyai karakteristik seperti markah Apgar skor 5 minit kurang dari 4, trauma kelahiran atau komplikasi pernafasan dan neurologikal.

Keseluruhannya, hasil ini menunjukan 5.2% bayi yang lahir dari kelahiran cesarean berbanding 2.2% bayi yang lahir dari kelahiran normal.

Punca utama kematian neonatal di dalam kedua kumpulan ialah kecacatan pelbagai atau sindrom genetik. 

Di dalam kumpulan analisis lain telah mengecualikan mereka yang berisiko tinggi, 14.2% telah merancang untuk cesarean dan 85.8% telah merancang untuk bersalin normal. Hasil kajian menunjukan kadar mortaliti dan morbiditi neonatal di antara 32 dan 34 minggu kehamilan adalah lebih tinggi.
 
Berdasarkan kajian ini, dua rumusan utama yang didapati ialah, bersalin normal mempunyai kadar mortaliti dan morbiditi neonatal lebih rendah dan ianya mustahil untuk mereka yang hamil bayi  kembar jika salah seorang bayinya berada di dalam posisi cephalic pada atau selepas 32 minggu.
 
Kedua, cesarean yang dirancang berkait rapat dengan kadar mortaliti dan morbiditi neonatal yang tinggi namun hanya pada kembar yang dilahirkan kurang dari 37 minggu. Bersalin secara cesarean berkait rapat dengan kesukaran bernafas sama ada bayi cukup terma tau akhir pra terma.

Untuk bacaan lebih terperinci mengenai kajian ini, anda boleh rujuk Twin Births.

Apakah itu mortaliti dan morbiditi neonatal?

Mortaliti neonatal

Mortaliti neonatal adalah kadar statistikal kematian bayi semasa berusia di bawah 28 hari. Ia dinyatakan mengikut spesifikasi kawasan geografi atau institusi pada sesuatu masa.

Morbiditi neonatal

Morbiditi neonatal ialah kadar statistikal kejadian atau kelaziman terjadinya sesuatu penyakit, apa-apa penyakit atau kecacatan.

Punca mortaliti dan morbiditi neonatal

Tiga punca utama mortaliti dan morbiditi neonatal ialah:

  • jangkitan ( 36%, termasuklah sepsis/pneumonia, tetanus dan cirit-birit)
  • lahir tidak cukup terma (28%, atau lahir sebelum usia kehamilan mencecah 37 minggu)
  • neonatal asphyxia (23%, keadaan medikal di mana bekalan oksigen tidak mencukupi hingga menyebabkan bahaya pada fizikal bayi terutamanya otak)

Perkongsian ini adalah lebih kepada menyebarkan ilmu hasil kajian yang telah dibuat. Mungkin ini dapat membantu anda merancang perancangan bersalin anda nanti.

Walaubagaimanapun, berbincang dengan doktor anda tentang pilihan yang anda ada. Pastinya pilihan yang anda buat adalah demi keselamatan bayi dan anda. Bersalin normal mahupun cesarean, anda tetap ibu yang hebat.

Sumber: medscape, who 

Baca juga: 

Mahu mengandung anak kembar? 3 posisi seks ini dapat bantu anda dapat anak kembar!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!