Parut selepas bersalin czer sebabkan wanita ini mandul dan tak subur!

Bukan tujuan untuk menakutkan anda tapi ia adalah hakikat yang harus ditelan pada sebilangan ibu yang pernah bersalin czer. Namun dengan bantuan pakar, ia boleh dirawat

Benarkah dakwaan mengatakan ibu yang bersalin secara pembedahan atau czer mempengaruhi keupayaan mereka untuk hamil pada masa akan datang?

Seorang ibu, Catherine Woulfe berkongsi kesengsaraan itu apabila tidak berupaya untuk mempunyai bayi kedua lagi selepas ini.

Hal ini sebab, setelah melakukan ujian MRI mengesahkan bahawa wanita ini mengalami kecacatan parut caesarean atau sindrom parut Caesar.

Bersalin secara pembedahan: Mandul selepas bersalin czer

bersalin secara pembedahan, bersalin secara czer, bersalin secara caesarean, czer, caeserean, pembedahan caeserean, risiko czer, risiko bersalin bedah, risiko bersalin pembedahan, risiko bersalin, risiko bersalin induce,

Menurut Catherine, pada pertama kali hamil, beliau bersalin secara pembedahan. Namun selepas anak sulungnya itu berumur dua tahun, Catherine dan suami ‘cuba’ untuk mendapatkan bayi kedua.

Malah, tidak lama lagi anak sulungnya itu akan berumur empat tahun. Namun menurut doktor yang merawatnya, dia tidak dapat hamil lagi. Disebabkan itu, dia sanggup berkonsultasi dengan ramai doktor tapi tetap tidak berjaya.

“Mereka (doktor) melakukan ujian dan bertanyakan banyak soalan dan meletakkan kami dalam kategori ketidaksuburan yang tak dijelaskan”.

Demi mendapat anak kedua, dia juga sudah mencuba IVF. Namun, ketika melakukan ultrasound, doktor mendapati terdapat cecair dalam rahimnya.

“Doktor yang merawat saya mendapati ada cecair dalam rahim saya yang sepatutnya tidak terjadi. Kemudian, beberapa hari selepas itu, mereka melakukan ultrasound sekali lagi. Setelah itu, pakar menasihatkan kami untuk mengumpul telur dan membekukan embiro sehingga cecair itu dapat dikenalpasti serta dapat merawatnya.  Selepas bersalin secara pembedahan, anda perlu tahu bahawa luka yang sembuh dengan cara tidak normal akan membuatkan seseorang wanita itu tidak subur.

Apatah lagi, hasil MRI mengesahkan saya mengalami kecacatan parut Caesar!”

Apakah penyebab ketidaksuburan selepas bersalin secara pembedahan?

bersalin secara pembedahan, bersalin secara czer, bersalin secara caesarean, czer, caeserean, pembedahan caeserean, risiko czer, risiko bersalin bedah, risiko bersalin pembedahan, risiko bersalin, risiko bersalin induce,

Wanita yang telah bersalin secara pembedahan boleh mengalami parut yang menyebabkan mandul atau ketidaksuburan. Ia berlaku disebabkan pendarahan yang tidak normal.

Ini menyebabkan tisu parut tidak sembuh dengan betul dan membentuk kantung di bahagian bawah lapisan uterus yang dipanggil isthmocele. Disebabkan itu, terdapat cecair dalam rahim lalu haid jadi tertangguh.

Keadaan ini dipanggil sebagai kecacatan parut caesarean. Apabila darah haid lama terperangkap dalam isthmocele dan rongga rahim, ia membentuk tindak balas pada keradangan rahim yang kemudiannya merosakkan implan embrio.

Risiko kemungkinan berlaku selepas bersalin secara pembedahan czer

bersalin secara pembedahan, bersalin secara czer, bersalin secara caesarean, czer, caeserean, pembedahan caeserean, risiko czer, risiko bersalin bedah, risiko bersalin pembedahan, risiko bersalin, risiko bersalin induce,

  • Bilangan atau berapa kali ibu tersebut bersalin secara pembedahan
  • Kedudukan uterus
  • Ibu tersebut menjalani tempoh untuk menunggu bersalin normal sebelum jalani bersalin czer.
  • Teknik pembedahan untuk menutup kawasan rahim yang dibedah

Simptom sindrom parut bersalin czer yang teruk

  • Kesakitan di bahagian punggung
  • Pendarahan yang tidak normal
  • Masalah keputihan
  • Sakit ketika haid
  • Ketidaksuburan
  • Kesukaran prosedur untuk memasang IUD atau pemindahan rahim
  • Kehamilan ektopik pada bahagian parut czer

Justeru, ibu yang mengalami sindrom parut czer ini harus berunding dengan pakar reproduktif.

Pembedahan laparoscopic dapat menyembuhkan masalah ini yang telah berjaya merawat kira-kira 75% pesakit.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Jaya. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga:

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Parut Pembedahan Caesar

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!