Bertangas di rumah pun boleh dengan langkah mudah ini. Mari bertangas sendiri!

undefined

Bertangas dikatakan boleh membersihkan vagina malah meningkatkan kesuburan dan merawat haid tak teratur. Bertangas di rumah rupanya lebih senang!

Pernah dengar kan kaedah mengewap muka untuk membersihkan lebih lagi kulit muka? Ha… jangan tidak tahu! Anda juga boleh melakukan perkara yang sama pada vagina anda. Teknik ini dipanggil sebagai bertangas. Bertangas boleh dilakukan di spa atau bertangas di rumah.

Walaupun teknik bertangas ini sudah lama dipraktikan secara turun temurun, ia baru menjadi popular di Hollywod kerana artis, Gwyneth Paltrow, bekas isteri penyanyi Coldplay itu.

Menurut perkongsian beliau di laman web Goop, bertangas bagus sebagai stim herba yang membersihkan uterus. Ia turut membebaskan tenag lalu menyeimbangkan hormon wanita.

Tetapi selain dari membersihkan dalaman wanita, apa lagi kelebihannya? Dan lebih penting, adakah ia bagus untuk kesihatan seksual anda? Teruskan bacaan anda untuk ketahui lebih lanjut.

Bertangas di rumah – bertangas itu apa?

Bertangas merupakan teknik di mana anda menghalakan stim herba ke vagina. Stim dari herba ini akan membantu vagina lebih sihat. Namun terdapat beberapa pakar yang tidak setuju dengan teknik bertangas.

bertangas di rumah, rawatan bertangas, bertangas, rawatan vagina, vagina, vagina steaming, di rumah, bertangas sendiri, bertangas diy, buat sendiri bertangas

Imej ehsan Spring Moon Fertility

Dr Anna McNulty, pengarah  Sydney Sexual Health, memberitahu The Sydney Morning Herald apa yang terbaik ialah tidak membuat apa-apa pada vagina. Vagina sudah mempunyai fungsi baik yang tersendiri untuk sentiasa sihat.

Bertangas di rumah, apa herba yang diperlukan?

Sebenarnya proses bertangas di rumah ini sangat mudah. Anda hanya perlu bercangkung di atas bekas yang berisi herba yang distim. Untuk herba, Paltrow telah mencadangkan daun ketumbar dan kebanyakkan spa akan menggunakan herba berikut:

  • daun ketumbar
  • daun selasih
  • kamomil
  • wormwood 
  • oregano
  • calendula

Setiap herba yang disenaraikan mempunyai kelebihan yang tersendiri. Contohnya menurut perubatan Cina, mugwort atau daun ketumbar yang dibakar bagus untuk bahagian bermasalah di badan dan dipercayai dapat membantu bahagian peranakan.

Sebab itulah ia banyak digunakan di dalam bertangas.

Menurut  Dr Rosita Arvigo, seorang naprapathic dan pakar herba, anda juga boleh menggunakan lavender, rosemary, chamomile, yarrow, dandelion root, calendula, oregano, jasmine, peppermint, thyme, sage dan rose untuk ramuan sendiri.

bertangas di rumah, rawatan bertangas, bertangas, rawatan vagina, vagina, vagina steaming, di rumah, bertangas sendiri, bertangas diy, buat sendiri bertangas

Imej ehsan NicoleJardim,com

Bertangas di rumah, bagaimana cara melakukannya? 

Setelah mengumpulkan herba-herba ini, siapkan ia untuk distim. Berikut adalah proses yang biasa diamalkan:

  • Letak air panas dalam bekas dan campurkan satu cawan campuran herba tadi
  • Biarkan herba tadi terendam dalam air tadi selama seminit atau dua
  • Tanpa memakai apa-apa dari pinggang ke bawah, diri atau mencangkung di atau bekas tadi. Anda juga boleh meletakkan dalam tandas dan duduk.
  • Letakkan tuala di atas kaki (sepertimana anda stim muka anda). Ini akan mengelakkan dari stim terkeluar.
  • Secara purata, satu sesi ialah 30 hingga 60 minit.

Seperti yang telah disebut Paltrow, bertangas bukanlah sekadar membersihkan vagina, malah ia juga mengimbangkan hormon. Ia mempunyai banyak manfaat.

Bertangas di rumah, ini antara 11 kelebihan lain

Image result for bertangas

Selain dari membersihkan vagina dan membantu perut kejang dan kembung, Dr Arvigo menyenaraikan ini kelebihan bertangas

  • mengurangkan kembung dan tidak selesa akibat haid
  • mengurangkan aliran laju haid dan mengurangkan darah keunguan dan coklat di akhir kitaran haid
  • membantu haid yang tidak teratur
  • meningkatkan kesuburan terutamanya jika digabungkan dengan urutan Mayan di abdomen
  • membantu mempercepatkan penyembuhan pada bahagian vagina selepas bersalin normal
  • membantu merawat fibroid, rahim jatuh dan cysts
  • merawat pendarahan
  • membantu merawat jangkitan pada vagina
  • mengurangkan hormon tidak seimbang
  • membantu sistem pencernaan
  • mengurangkan sakit badan

Walaupun bertangas sangat popular di Asia dan sebahagian Afrika dan Amerika tengah, pakar tidak jelas dengan proses. Ini kerana tiada bukti saintifik yang membuktikan ia menyembuhkan apa-apa.

Contohnya,  Dr Manny Alvarez, pengurusi Jabatan Obstetrics dan Gynecology dan Reproductive Science di Hackensack University Medical Center di New Jersey, berkata, “Ilusi bahawa mana-mana udara panas yang distim dengan beberapa rempah herba akan menembusi halangan vagina badan anda dan meningkatkan kesuburan, mengatur hormon tidak logik bagi saya.”

“Iritasi vagina ialah benda betul yang boleh terjadi. Jika terdapat sebarang kecederaan atau luka di bahagian vagina, stim hanya akan menjadikan ia lebih teruk.”

Bertangas di rumah, adakah ia selamat?

Memandangkan tidak terdapat bukti saintifik yang mencadangkan kita memerlukan proses bertangas, lebih-lebih lagi bertangas di rumah, mencuba bertangas mungkin hanya berdasarkan rasa ingin tahu.

Namun dapatkan nasihat pakar sebelum mencuba kerana kulit dibahagian vagina anda sangat sensitif. Jadi, bertangas hanya jika anda perlu rasa dan ingin membersihkan vagina anda.

Dan sama seperti mana-mana rawatan tradisional, pastikan anda berhati-hati dengan haba. Jika mempunyai kecederaan atau luka, elakkan proses ini. Malah , bertangas mungkin boleh mengubah keseimbangan antara bakteria baik dan jahat.

Jika anda ingin tahu lebih, dapatkan nasihat mereka yang pakar. Tontoni video berikut untuk melihat bagaimana bertangas di rumah.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent SingaporeHealthlineThe Sydney Morning HeraldHarvard Health PublishingFox News

Baca juga:

Meruang – Amalan Yang Doktor Sakit Puan Tak Pernah Belajar Atau Ajar!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!