Perbezaan Antara Ibu bapa Di Asia & Ibu Bapa Negara Barat Dalam Mendidik Anak-Anak

undefined

Mendidik anak-anak bukanlah perkara mudah. Benarkah ada yang kata ada perbezaan cara ibu bapa di negara Asia membesarkan anak dengan ibu bapa negara Barat?

Tidak dinafikan dalam dunia ini, ada pelbagai jenis kaedah yang diamalkan oleh ibu ayah dalam mendidik anak-anak. Sebab itu kalau kita lihat dengan lebih mendalam, sebenarnya banyak perbezaan antara ibu bapa negara Asia dan ibu bapa Barat.

Kebanyakan mereka yang bergelar ibu bapa mewarisi gaya keibubapaan daripada ibu ayah terdahulu, dari pengalaman orang dan cara kita dibesarkan. Oleh sebab kita merupakan salah satu negara Asia yang berpegang utuh kepada nilai-nilai kesopanan dan hormat orang lain.

Beza antara ibu bapa Asia dan Barat dalam mendidik anak-anak

Percaya tak?

Menurut kajian, kanak-kanak di Asia cenderung lebih tertekan. Bukan apa, orang Asia adalah antara salah satu bangsa terbesar di dunia. Jadi, persaingan kita pun lebih sengit.

Mungkin sebab itu orang kita semua lebih garang? Hehe

Berikut antara 3 beza antara ibu bapa orang Asia dan ibu bapa Matsaleh yang anda boleh lihat:

#1. Beza cara mendidik anak-anak oleh ibu bapa Asia dengan Barat: Hukuman yang diberi

beza antara ibu bapa

Bagi orang Timur, kita sudah biasa sangat dengan rotan. Rotan selalu digunakan di rumah dan di sekolah untuk mendisiplinkan kanak-kanak.

Rotan itu akan “hinggap” pada badan jika kita buat masalah atau melanggar peraturan yang ditetapkan.

Tapi ibu bapa Matsaleh berbeza. Hukuman anak biasanya dalam bentuk “denda time out“. Kanak-kanak yang dihukum akan diasingkan, mereka tak boleh keluar bermain dan kena berkurung bagi memberikan masa untuk “memikirkan kesalahan yang telah dibuat”. 

Ibu bapa Barat percaya kanak-kanak tidak sepatutnya dihukum dengan pukulan kerana rasa sakit boleh mengganggu perkembangan emosi anak.

Lagipun negara Barat telah menetapkan undang-undang yang mengatakan memukul anak adalah satu kesalahan!

#2. Beza antara ibu bapa Asia dan Barat- Pembelajaran anak

beza antara ibu bapa

Ibu bapa Asia memang sangat tegas tentang pendidikan anak-anak. Bagi kita, pendidikan tinggi bermaksud masa depan yang lebih cerah untuk anak.

Sebab itu kita menggalakkan persaingan dalam pendidikan pada adik-beradik, sepupu, kawan dan keluarga. Bukan itu sahaja, budaya masyarakat di Asia adalah suka membandingkan anak kita dengan orang lain!

Dari usia kecil lagi, kanak-kanak akan dihantar ke kelas tuisyen, kelas muzik, matematik dan sebagainya.

Ibu bapa di negara Barat pula berbeza. Mereka memandang pendidikan di sekolah yang terlalu tertekan sebagai menggangu perkembangan anak.

Mereka percaya kanak-kanak patut diberi peluang untuk menjelajah dan berkembang secara individu.

#3. Beza antara ibu bapa Asia dan Matsaleh mendidik anak-anak – Cara hidup di rumah

beza antara ibu bapa

Kalau di rumah orang-orang Timur, kita telah mendidik anak-anak untuk bijak membantu dalam buat kerja rumah.

Sebab itu kita pun sudah pandai mengemas, membasuh baju dan sebagainya sejak kecil lagi.

Kanak-kanak di Timur wajib membantu dan meringankan tugas ibu bapa di rumah. Malah, kajian mengatakan kerja rumah buat anak-anak kita lebih bertanggungjawab!

Tapi ibu bapa Matsaleh berbeza pula. Mereka jarang menggalakkan anak-anak membantu dalam kerja rumah. 

Ada yang menganggap tugasan di rumah ini umpama mengerah anak menjadi kuli!

Menurut Maryland Population Research Centre, kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun di Barat hanya meluangkan masa selama 24 minit setiap hari untuk buat kerja rumah.

Bila bercakap tentang gaya keibubapaan, semua harapan ibu bapa hanyalah mahu membesarkan anak yang berjaya dan bijak menyesuaikan diri.

Tiada bukti pun yang mengatakan mana-mana antara 2 gaya keibubapaan ini berjaya atau tidak dalam mendidik anak. Kesimpulannya, ibu bapa harus selalu belajar dan menganggap proses keibubapaan sebagai proses pembelajaran. 

Yang mana kita rasa salah, cubalah betulkan. Yang mana kita rasa sesuai, kita amalkan. Semoga anak membesar menjadi insan yang berguna untuk masyarakat, bangsa dan negara.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Di Jepun Tidak Marah-Marah Anak Pun, Tapi Anak Paling Berdisiplin! Ini 5 Rahsianya…

Baca juga: Ibu Ayah WAJIB Ajar Anak Solat Seawal Usia, Ini Tips Berkesan Mengikut Umur Mereka 

Baca juga: 9 Tips Berkesan Mengajar Anak Menjadi Seorang Yang Pemurah & Suka Berkongsi Barang

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!