Suami Pernah Jaga Anak Tanpa Bantuan Isteri Tak? Ini Cara Mudah Eratkan Hubungan Ayah & Anak!

undefined

Ayah mungkin akan rasa berdebar bila perlu menjaga anak tanpa bantuan ibu, namun kami di theAsianparent akan memberikan anda beberapa tips untuk menjaga si manja di rumah!

Membesarkan anak adalah tanggungjawab ayah dan ibu, dan kedua-duanya memainkan peranan besar. Malah sesi ayah dan anak seharusnya terjadi lebih kerap.

Tapi kini, ramai yang mengambil jalan mudah dengan menganggap tugasan menjaga anak perlu dilebihkan kepada si ibu!

Tanggapan ini salah sama sekali! Ini kerana ayah bukannya ‘membantu’ ibu menjaga anak, sebaliknya ayah merupakan co-parent yang seharusnya menggalas tanggungjawab yang sama rata dengan ibu.

Ayah dan Anak: Suami Jaga Anak Seharian Tanpa Isteri

Dalam satu poll di aplikasi theAsianparent, kami bertanyakan tentang pernahkah ayah menjaga anak seharian tanpa isteri. Seharian bermaksud, dari pagi hingga ke petang/malam ya!

ayah dan anak

174 orang telah memberi respon dan hasil undian poll mendapati lebih dari 50% ibu di Malaysia mengatakan suami tidak pernah menjaga anak seharian tanpa bantuan si isteri!

Manakala seramai 47% nampaknya telah melalui pengalaman bersama si manja yang tentunya menarik jika dikongsikan bersama.

Dalam hal ini, kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak juga. Ini kerana umum tahu anak mempunyai bonding yang lebih hebat bersama si ibu sejak bayi lagi, namun sekiranya ayah bijak menarik perhatian si kecil, hal ini pasti berjalan dengan lancar.

“Tak Pernah Buat Sebab Tak Reti Jaga Baby”

Ada sesetengah ayah tidak berani menjaga anak kecil dengan alasan tak tahu menguruskan bayi! Bagi yang lainnya pula, boleh saja menjaga anak-anak asalkan dalam had masa yang tertentu.

suami jaga anak

Pengguna Nisr Mikh memberi komen, 

“Sejam dua boleh lg…lps tu out of control da sume..ha3…kna la tlg gak…kesian pulak tgk ..😁😁”

Nuryesha pula menulis, 

“Harap2 lh suami tolong jga anak nnt..”

Macam-macam ragam pula ya!

Sebenarnya, apabila si ayah menjaga anak, anda bukan sahaja boleh mengeratkan hubungan antara ayah dan anak. Malah, si ibu dapatlah sedikit masa untuk melakukan aktiviti lain ataupun me-time selain membuatkan si ayah memahami apa yang dilalui pasangannya selama menjaga si kecil anda itu!

Mungkin selepas ayah cuba menjaga anak seharian, ayah akan lebih faham jika ibu pernah berkata, “Saya tak sempatlah basuh baju hari ini, minta maaf ya…” dan bukannya si ibu sengaja memberi alasan. Jaga anak seharian dan hanya sekadar beberapa jam ada bezanya tau!

Tips Ayah Jaga Si Manja Bersendirian Buat Kali Pertama

peranan ayah dalam keluarga

Anda mungkin sedikit gugup kali pertama bersendirian dengan bayi. Tambahan lagi sejak bayi tiba, dia dan isteri anda tidak dapat dipisahkan terutamanya jika si ibu menyusu badan sepenuhnya!

Janga risau ayah, anda pasti boleh melakukannya jika mempunyai ilmu yang cukup. Berikut adalah beberapa tip untuk mempersiapkan dan mengendalikan kali  pertama anda sebagai penjaga tunggal si manja buat hari ini.

#1 Sediakan Bekalan

Pastikan keperluan si manja sentiasa cukup seperti lampin, tisu basah, minyak bayi, susu anak, dan makanan (jika dia berusia 6 bulan ke atas).

#2 Jadual Susu

Jika bayi masih menyusu, pastikan anda menetapkan masa untuk memberi susu padanya. Bayi memerlukan susu setiap 2 jam, jangan biarkan si manja kelaparan ya!

#3 Jangan Rancang Lakukan Perkara Lain

Anda mungkin sudah merancang untuk menonton rancangan kegemaran, atau ajak kawan ke rumah. Satu perkara yang anda perlu tahu, bayi tidak mempunyai waktu yang tetap untuk menangis, tidur dan sebagainya, jadi anda mungkin tidak dapat melakukan perkara yang anda rancang pun!

Sebaiknya anda fokus pada si kecil, kerana mereka memerlukan perhatian dari si ayah. 

#4 Bersabar dan Tenang

ayah jaga anak

Bayi memerlukan perhatian dan tidak selalunya mudah dipujuk. Jadi sebagai penjaga, anda seharusnya melakukan dengan tenang dan jangan hilang sabar.

Anda perlu ingat, keseluruhan hari ini adalah tentang dia, bukannya anda. Si manja memerlukan ayah untuk mengharungi harinya, jadi bantulah si comel anda itu ya ayah.

#5 Tahu Cue Anak

Bila anak kelihatan tidak selesa, atau kerap menangis, pastikan anda tahu apa yang perlu dilakukan. Adakah dia ingin ditukar lampin? Tidak selesa? Ingin tidur?

Sekiranya dia inginkan ibunya, cuba untuk tenangkannya dan tunggu sehingga ibu pulang ke rumah. Tetapi jika anda tidak boleh melakukannya, jangan teragak-agak untuk meminta pertolongan dari nenek, saudara terdekat atau hubungi sahaja si isteri!

#6 Jangan Tinggalkan Anak!

Jangan sekali-kali tinggalkan anak anda berseorangan ya! Walaupun ibu sudah pulang ke rumah, jangan terus memberi anak kepadanya dan meninggalkan mereka.

Luangkan masa bersama-sama sebagai satu keluarga dan ceritakan pengalaman anda.

#7 Ingat Semula Pengalaman Anda

Anda rasa pengalaman anda sebentar tadi tidak terlalu baik? Apa kata anda fikirkan waktu yang positif, contohnya ketika si comel tersenyum atau tidur ketika berada dalam dakapan ayah.

Pastinya pengalaman ini hanyalah sementara sahaja, ayah. Apabila anak membesar, tugasan ini menjadi semakin mudah tambahan lagi apabila anak mulai terbiasa apabila ayah sering menjaganya.

Selamat berjaya, dan bagi ayah yang sering menjaga anak tanpa bantuan si ibu, terima kasih kerana bersama-sama dalam perjuangan ini!

Suami saya tidak mahu membantu jaga anak.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: berita.mediacorp.sg

Baca juga:

https://my.theasianparent.comajar-anak-bercakap

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!