Anggur Berada Dalam Kategori Buah Berbahaya Bagi Anak 4 Tahun Ke Bawah - AAP

undefined

Tahukah anda bawa walaupun buah anggur memiliki banyak khasiat namun ia sebenarnya berada dalam kategori buah yang berbahaya bagi kanak-kanak.

Seronok bila tengok anak-anak makan buah anggur malah ia menjadi salah satu buah-buahan kegemaran mereka kerana rasanya manis, lembut, kecil dan mudah untuk dimakan.

Bahkan kelebihan buah anggur ini selain khasiatnya adalah ia tidak perlu dipotong atau dibuang kulitnya tapi ibu ayah kena pastikan membersihkan anggur dengan air terlebih dahulu sebelum memberinya pada anak.

Ini bertujuan agar dapat memastikan buah anggur bersih dan bebas daripada bakteria jahat.

Bahaya buah anggur pada kanak-kanak

buah anggur

Walaubagaimanapun, kita tidak dapat menafikan ada sesetengah ibu bapa yang terlepas pandang tentang bahaya anggur terhadap anak kecil terutama jika ia tidak dipotong dalam saiz yang kecil.

Lebih menakutkan ada ibu bapa atau penjaga hanya meletakkan buah ini dalam pinggan dan membiarkan anak makan seorang diri tanpa pengawasan daripada orang tuanya.

Tidakkah anda terfikir ia boleh menyebabkan mereka tercekik atau tersedak sewaktu menikmati buah sekecil ini?

Ya mungkin anda fikir saiznya yang kecil lantas merasakan ia selamat untuk dimakan oleh kanak-kanak.

Namun sebenarnya anggur merupakan jenis buah yang berisiko untuk membuatkan anak kecil tercekik.

Seharusnya hal ini menjadi kepekaan bagi setiap ibu bapa dalam memastikan jenis dan bentuk buah yang anak makan.

Cara menyediakan buah anggur untuk anak kecil

anggur

Menurut perkongsian daripada Dr. Ahmad Luqman Bukhari, beliau sangat bimbang jika anaknya yang berumur tiga tahun makan buah anggur.

“Saya paling takut kalau anak saya yang tiga tahun itu, namanya Maryam Nafisah minta nak makan anggur.

“Sampaikan isteri juga pelik melihat kenapalah saya asyik duk perhatikan semasa Maryam dari mula makan sampai habis anggur itu.

“Bukan sebab apa tapi sejak ada kes budak meninggal gara-gara tercekik buah anggur, terus saya jadi tak berani nak tinggalkan dia untuk makan seorang diri.

Dr Ahmad menambah, rupanya American Academy of Pediatrics (AAP) memang sudah senaraikan anggur yang belum dipotong termasuk dalam kategori makanan yang ada risiko tercekik untuk kanak-kanak bawah usia 4 tahun.

“Jadi kalau setiap kali nak memberi anak makan buah ini, ibu bapa kena usahakan untuk menghiris buah berbentuk memanjang dan hiris nipis-nipis.

“Tapi bukan potong secara melintang sebab bentuk itu masih berisiko untuk buatkan saluran pernafasan tercekik atau tersumbat.

Apa patut buat bila anak tercekik dan tersedak?

buah anggur manis

Ingat ibu ayah, jangan pandang ringan setiap kali melihat anak tersedak sewaktu minum susu atau menjamah makanan kegemarannya. Apatah lagi kanak-kanak berumur tiga tahun ke atas juga turut berisiko untuk mengalami masalah ini.

Bahkan banyak kejadian yang menimpa anak kecil hingga menyebabkan kematian selepas berlakunya tercekik makanan dan tersedak susu ini.

Jadi, apakah langkah awal yang boleh anda buat sekiranya mendapat anak tercekik? Ini cara-caranya.

#1. Menghalakan kepada anak ke bawah

Langkah pertama yang ibu ayah boleh buat untuk bayi bawah setahun adalah dengan cara menepuk di bahagian belakang badan menggunakan tapak tangan sehingga lima kali hingga bayi mengeluarkan sendawa.

Kemudian, dengan menggunakan lengan dan paha, posisikan kepala dan muka bayi dengan menghala ke bawah dan tepuk sebanyak lima kali.

#2. Elak mengeluarkan objek

Jika anak mengalami tercekik, tapi masaih boleh bercakap atau bernafas, ini maksudnya laluan pernafasan masih ada.

Semasa ini jangan sesekali mengeluarkan objek atau makanan yang tersekat itu kerana mungkin ia akan menolaknya lebih dalam lagi.

Apa yang anda boleh buat adalah cuba untuk buat anak batuk dengan sendirinya sehingga dia pulih dan biarkan dia bernafas semula seperti biasa.

#3. Tekan perut anak

Sekiranya kanak-kanak tersebut masih dalam keadaan sedar tapi tak boleh bernafas, malah mukanya juga bertukar kebiruaan, apa yang anda boleh buat adalah menggunakan teknik tekan perut dan harus lakukan dengan cara yang
betul.

#4. Bantuan kecemasan

Walaubagaimanapun, sekiranya mendapati anak tidak boleh bernafas segeralah meminta bantuan kecemasan.

Apapun, pastikan anda sentiasa simpan nombor talian kemasan seperti nombor hospital yang terdekat atau ahli keluarga yang dirasakan mampu untuk membantu anda sewaktu insiden berlaku.

Ini kerana mungkin anda boleh menggunakan kaedah CPR sebelum ambulans atau bantuan kecemasan tiba.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membuatkan ibu bapa lebih alert terhadap bentuk makanan yang berisiko membuatkan anak tercekik atau tersedak.

Jangan lupa untuk kongsikan maklumat ini bersama ibu bapa yang lain.

Anggur Berada Dalam Kategori Buah Berbahaya Bagi Anak 4 Tahun Ke Bawah - AAP

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Dr Ahmad Luqman Bukhari 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.commakan-buah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!