Buah-Buahan Yang Elok Diamalkan Untuk Ibu Hamil, Anak Dalam Kandungan Juga Boleh Jadi Bijak!

undefined

Menurut kajian buah-buahan untuk ibu hamil sememangnya bagus, tidak kira apa jenis, cuma janganlah makan terlalu banyak dalam satu masa. 

Selalu kita dengari sepanjang kehamilan adalah nasihat daripada orang tua-tua ‘elok makan buah ni, sihat kandungan’, ada juga yang melarang ‘eh, jangan makan buah ini nanti bayi begitu dan begini’. Jadi ibu hamil kadang kala keliru dengan apa yang elok apa yang tidak. Sebenarnya menurut kajian buah-buahan untuk ibu hamil sememangnya bagus, tidak kira apa jenis, cuma janganlah makan terlalu banyak dalam satu masa. 

Menurut para saintis dari Universiti Alberta, mereka mendapati bahawa pengambilan buah-buahan ketika hamil dapat membantu perkembangan kognitif bayi. Yakni menjadikan anak lebih mahir berfikir, mengira, membaca dan sebagainya. Senang kata, anak bijaklah bila lahir nanti. 

Menurut artikel Science Daily pada tahun 2016 juga turut menyokong bahawa ibu yang makan buah-buahan ketika hamil dapat membantu perkembangan kognitif bayi di dalam kandungan. Namun tidak dinyatakan secara terperinci akan jenis buah. Perkembangan kognitif itu juga dikatakan mampu mempengaruhi bayi sehingga berusia satu tahun.

5 buah-buahan untuk ibu hamil

buah-buahan untuk ibu hamil

#1. Pisang
Mengungguli carta nombor satu buah untuk ibu hamil adalah pisang. Pisang mengandungi folat, vitamin C, B6, potassium dan magnesium. Folat berfungsi melindungi fetus daripada mengalami kecacatan tiub eural , vitamin B6 boleh membantu mengawal kadar garam anda. 

Ketidak seimbangan cecair dalam badan akan menyebabkan loya dan muntah-muntah kepada wanita mengandung. Tetapi pisang yang kaya dengan magnesium akan memastikan keseimbangan cecair dalam badan. Secara umumnya pisang disyorkan setiap hari untuk dimasukkan dalam diet trimester pertama anda.

Malah pengambilan pisang juga dikatakan boleh mengelakkan dari terjadinya keguguran kandungan!

#2. Kiwi
Kiwi menjadi buah kedua kerana kaya dengan vitamin seperti C,E,A, potassium, fosforus, magnesium, asid folik dan serat. Kiwi mempunyai kesan penyembuhan pada sistem pernafasan.

Kiwi juga membantu melindungi anda daripada selesema dan batuk. Ia mengurangkan risiko mengurangkan risiko pembekuan darah kerana mengandungi fosforus yang tinggi dan membantu menyerap zat besi.

buah-buahan untuk ibu hamil

#3. Jambu batu
Nutrien yang terdapat dalam jambu batu membuatkan ia menjadi antara buah wajib yang patut diambil oleh ibu hamil. Ia kaya dengan Vitamin C, E, iso-flavonoids, karotenoid dan polifenol.

Jambu batu juga membantu pencernaan dan memberi kekuatan pada sistem saraf bayi. Bagi ibu hamil yang rendah HB, eloklah amalkan pengambilan jambu batu.

#4. Epal
Epal juga menjadi antara buah penting untuk dimakan ibu hamil bagi meningkatkan sistem imun ibu dan bayi. Ia membantu mengurangkan bunyi desahan, asma dan ekzema ketika anak anda membesar. Epal kaya dengan nutrien dan mengandungi vitamin A, E dan D selain zink.

#5. Pir
Pir adalah hampir sama dengan epal dan ia mengandungi kadar asid folik yang tinggi. Ia juga kaya dengan vitamin C. Bagus untuk memperkuatkan sistem imunisasi bayi!

Jenis buah-buahan lain yang elok diambil ketika hamil

#1. Kaya dengan Vitamin C

Vitamin C merupakan nutrien yang cukup penting dalam badan manusia. Ia berupaya menyembuh dan melindungi badan daripada bahan kimia atau radikal bebas. Ia juga boleh meningkatkan sistem imun ibu mengandung. 

Antara buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C ialah Oren, limau, limau bali, limau mandarin, limau gedang, strawberi, beri biru, ceri dan kiwi. 

buah-buahan untuk ibu hamil

#2. Kaya dengan potassium

Sudah tentu buah yang terlintas di fikiran anda sekarang adalah pisang bukan? Selain pisang, buah-buahan yang kaya dengan potasium adalah avokado, aprikot, pic, kiwi, plum jambu batu dan buah markisa.

Potasium ini merupakan mineral makro yang penting dalam memastikan badan manusia tenaga, kandungan air, dan elektrolit yang mencukupi. Dan anda tahu tak elektrolit dapat membantu mengurangkan kekejangan yang dialami ibu hamil!

#3. Tinggi beta-karotena

Beta-karotena ini merupakan salah satu sumber Vitamin A yang mana cukup bagus untuk penglihatan serta menghasilkan kulit yang sihat. Apatah lagi kulit ibu hamil yang sentiasa glowing, ditambah pula dengan pengambilan Vitamin A lagilah cantik dan mulus kulit anda nanti.

Ia juga merupakan antioksida yang sangat kuat dan mampu melawan radikal bebas yang sering berlaku seiring dengan peningkatan usia. Antara buah-buahan untuk ibu hamil yang kaya dengan beta-karotena ini adalah mangga, betik, aprikot, melon, pisang kaki.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Jenis Buah-Buahan Boleh Kurangkan Penyebab Mual Saat Hamil, #5 Paling Berkesan!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!