Suami Jangan Lari, Bantu & Teman Isteri Dalam Dewan Bersalin Barulah Proses Melahirkan Jadi Lancar

undefined

Isteri menahan kesakitan untuk melahirkan? Jadilah suami penyayang, tunjuk bukti cinta anda kepadanya untuk menemani setiap saat di dewan bersalin!

Melahirkan anak adalah bukti cinta isteri yang sanggup berkorbankan nyawa bagi melahirkan seorang zuriat.

Ia menjadi detik yang penuh debaran sekiranya anda pertama kali menerima ahli baru dalam keluarga. Seorang ibu akan berjuang habis-habisan untuk melahirkan anak secara selamat tanpa sebarang masalah.

Saat getir inilah isteri sangat memerlukan sokongan dari suami. Kesakitan yang dirasai tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Bukti cinta suami terhadap isteri

bukti cinta suami terhadap isteri

Melalui perkongsian seorang Instafamous & ahli perniagaan kosmetik dari Kelantan, Syima Eima, dia meluahkan rasa bersyukur kerana dikurniakan suami setia menemani setiap saat sepanjang dirinya dibawa masuk ke hospital.

Video pendek yang dikongsi menunjukkan Syma menahan sakit kontraksi. Jelas terlihat bukti cinta suami terhadapnya kerana dia sentiasa berada di sisi Syima memberikan sokongan tanpa henti.

‘’Terima kasih B kerana selalu ada dengan Syma. Dari anak pertama sampai anak ketiga, B tak pernah tiada saat Syma memerlukan,’’ katanya.

Dia juga ada menyatakan bahawa suaminya begitu mengambil berat terhadapnya ketika dia tidak sihat dan selalu ringan tulang untuk membantu dalam apa jua keadaan.

Di samping itu, pengasas produk kecantikan ini turut berkongsikan tips buat ibu ayah semasa berhadapan dengan saat-saat kelahiran.

‘’Suami, hilangkan sakit bersalin dengan pegang tangannya erat-erat. Bukannya keluar dari bilik bersalin, mengambil angin luar dengan menghisap rokok,’’ pesannya.

Syma juga menasihati para ibu agar tidak menghabiskan tenaga dengan mengeluarkan suara biarpun anda sedang merasakan kesakitan untuk melahirkan yang begitu teruk.

Tangisan atau kata-kata tidak akan memberikan membantu anda apa pun kecuali hanya akan memenatkan badan dan menganggu proses untuk anda meneran bayi untuk keluar.

Tips suami menemani isteri  bersalin

tanda cinta suami

Bagi anda yang baru menjadi seorang ayah buat kali pertama, pastinya anda berasa sedikit gementar untuk berhadapan dengan isteri yang bakal melahirkan bayi.

Namun, saat-saat getir inilah isteri anda sangat memerlukan bukti cinta anda bagi mendapatkan kata-kata sokongan.

#1. Pastikan anda mengetahui apa yang isteri perlukan

Ambil sedikit masa untuk berbincang dengan isteri tentang perkara yang dia mahu atau tidak mahu semasa dalam proses bersalin.

Ketika dalam dewan bersalin, andalah orang yang perlu memaklumkan perkara ini kepada pihak hospital atau bidan terlatih.

Kebiasaannya isteri masih dapat berfikir dengan baik ketika belum merasai sakit kontraksi. Namun hati-hati, anda jangan lupa pula perkara yang telah isteri anda pesan awal-awal!

#2. Sediakan keperluan anda sendiri

Ketika air ketuban telah pecah, pastinya anda akan kelam kabut dan perhatian hanya untuk keperluan isteri untuk dibawa ke hospital.

Jika anda bermalam di hospital, pastikan anda sediakan satu beg khas yang diisi dengan keperluan harian anda seperti beberapa helai pakaian, keperluan mandi dan selipar jepun.

Yang paling penting, jangan lupa membawa sedikit makanan ringan seperti snek dan minuman. Jangan pula anda menahan lapar sehingga proses bersalin selesai.

#3. Buat persiapan awal

lambang cinta suami

Foto: shutterstock

Bila ada sahaja waktu yang terluang ketika di rumah, gunakan telefon pintar anda untuk membuat pencarian di Google mengenai panduan kelahiran.

Terima ilmu-ilmu yang dipaparkan dengan fikiran yang terbuka dan bukannya terpaksa.

Melalui cara ini, anda akan menjadi lebih bersedia menghadapi hari tersebut kerana sudah memperoleh maklumat mengenai proses kelahiran dan bersalin.

Barulah anda tidak terpinga-pinga ketika doktor menerangkan keadaan isteri ketika dalam dewan bersalin.

#4. Bijak mengalihkan perhatian isteri

Proses kelahiran biasanya memakan masa yang agak panjang.

Ketika isteri berhadapan dengan sakit melahirkan, pastikan anda memainkan peranan untuk mengalihkan perhatiannya supaya dia tidak mudah berputus asa.

Buat sedikit lawak jenaka yang sopan atau mengingatkan dia untuk berselawat dan ingat kepada Allah.

#5. Mengetahui batas

Bilik bersalin adalah tempat yang sibuk dan banyak pesakit lain sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anak.

Pastikan anda tidak kelam kabut sehingga menganggu pihak hospital untuk melakukan yang terbaik untuk isteri anda.

Serahkan kepercayaan mereka yang lebih tahu dan bertauliah.

#6. Bersedia membuat keputusan

Ketika isteri dimasukkan ke dalam dewan pembedahan, lazimnya doktor akan menerangkan kepada anda mengenai keadaan isteri.

Namun jika berlaku masalah yang tidak diingini, pastikan anda bersedia untuk memilih keputusan rawatan terbaik mengikut nasihat doktor.

#7. Menanti dengan penuh sabar

Perlu anda ingati bahawa proses melahirkan bayi tidak berlaku dalam waktu yang singkat.

Anda perlu sentiasa bertenang dan sabar bagi menunggu bayi lahir dan tidak menggesa pihak hospital untuk mempercepatkan kelahiran kerana penat menuunggu lama.

Patuhi setiap prosedur di dewan bersalin agar anda tidak mudah naik angin sehingga menyalahkan setiap kakitangan yang bertugas.

Dalam mengharungi detik melahirkan ini,  setiap suami tidak sanggup melihat isteri berada dalam kesakitan.

Namun kelahiran orang baru dalam keluarga adalah sesuatu yang dinanti-nantikan dan menjadi penyeri kehidupan berumahtangga.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Suami Jangan Lari, Bantu & Teman Isteri Dalam Dewan Bersalin Barulah Proses Melahirkan Jadi Lancar

Baca juga: 8 Tanda Yang Suami Takkan Pernah Berhenti Mencintai Anda, Isterinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!