TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

8 Tanda Yang Suami Takkan Pernah Berhenti Mencintai Anda, Isterinya

4 min bacaan
8 Tanda Yang Suami Takkan Pernah Berhenti Mencintai Anda, Isterinya

Kadang kita tertanya, adakah suami ini amat mencintai kita? Kalau anda nak tahu jawapannya, kena tengok 8 tanda ini pada suami anda. Pasti terjawab nanti!

Suami, jangan berhenti mencintai isterimu

Setiap isteri mendambakan kasih sayang yang tak terhingga dari suami yang dicintainya. 

Kalau tidak, masakan kita sanggup mengahwini mereka, kan?

Kalau boleh, biarlah rasa cinta yang lahir sebelum kahwin itu berkekalan sampai anak cucu, walaupun muka pasangan sudah berkerut dimamah usia.

suami mencintai isteri

Si isteri mudah untuk menunjukkan rasa cintanya. Maklumlah, dalam bebelan kami itu, pasti kami tak lekang menunjukkan betapa kami mencintai si suami.

Tapi, suami pula sebaliknya. Ada suami yang tidak terlalu menunjukkan tanda yang mereka mencintai anda. Ada yang tunjuk pun, sekejap-sekejap saja.

Sampai si isteri boleh ragu-ragu. Suami ini sayang ke tak pada diri ini?

Ha… kalau anda nak tahu, ada 8 tanda yang menunjukkan suami takkan pernah berhenti mencintai anda, isteri yang tersayang.

Antara tanda-tanda berikut adalah:

#1 Dia mahu selesaikan masalah anda

suami mencintai isteri

Kredit: Flickr

Suami yang takkan berhenti mencintai anda tidak akan mahu anda susah hati. 

Kalau anda mengadu ada masalah di tempat kerja dan sebagainya, pasti si suami sibuk nak selesaikan masalah itu. 

Walaupun kadang-kala dia tak mampu pun nak menyelesaikan masalah itu, dia akan cuba sehabis baik untuk menolong dan memujuk anda.

Dia tak mahu isteri yang paling dia cinta ini terganggu dengan masalah yang dia tak mampu selesaikan.

2. Dia kongsi rahsia

Bukan mudah seorang lelaki ingin berkongsi rahsianya.

Tapi kalau suami anda berkongsi segala rahsia dia dengan anda, itu tanda dia mempercayai anda sepenuhnya. Jangan musnahkan kepercayaan yang diberi itu!

3. Dia peka dengan benda-benda kecil

suami mencintai isteri

Otak lelaki berfungsi secara berbeza dengan wanita. Wanita boleh ingat setiap perkara kecil, namun lelaki tak boleh!

Tapi kalau suami anda ingat benda-benda kecil seperti berapa banyak susu anda tambah dalam kopi anda, atau bagaimana anda suka lipat kain, itu tanda yang dia takkan berhenti mencintai anda.

Dia tahu benda kecil seperti itu mampu buat isteri tercinta rasa senang hati. Sebab itu dia sanggup teman anda tengok episod melodrama dekat tv tu pun!

4. Seks bukan perkara paling penting

Ya, bersenggama memberi dia kepuasan dan merapatkan hubungan kalian. 

Tapi seks bukan bermaksud untuk nafsu saja. Dia menghargai bila anda dekat dengannya, bergembira sama-sama dan berhubungan secara emosi dengannya.

Itu tanda dia benar-benar mencintai anda!

5. Dia bergurau dan tak mudah marah

suami mencintai isteri

Stories Rakan Kongsi
Bukan Sekadar Pam: Bagaimana Gerakan ‘Becoming Cozy’ oleh Momcozy Mendefinisikan Semula Dunia Keibuan di Asia Tenggara — Panduan Selepas Bersalin Terbaik untuk Ibu Moden
Bukan Sekadar Pam: Bagaimana Gerakan ‘Becoming Cozy’ oleh Momcozy Mendefinisikan Semula Dunia Keibuan di Asia Tenggara — Panduan Selepas Bersalin Terbaik untuk Ibu Moden
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
3 Easy Indoor Activities to Keep The Kids Entertained
3 Easy Indoor Activities to Keep The Kids Entertained
Sensitive Skin? Here Are 5 Laundry Tips & Tricks to Avoid Irritation
Sensitive Skin? Here Are 5 Laundry Tips & Tricks to Avoid Irritation

Walau sebesar mana pun kesalahan yang anda buat dan melukakan hatinya, dia takkan mengungkit hal itu.

Dia lebih suka bergurau dan ketawa bila bersama anda. Dia tak mahu perkara remeh seperti itu menjauhkan hubungan kalian.

6. Semua tentang anda istimewa buatnya

Ini tanda yang paling didambakan semua wanita bergelar isteri – dilihat sebagai wanita paling istimewa dalam hidup suami.

Dalam semua benda, hanya anda yang paling istimewa. Anda boleh lihat bagaimana layanan suami yang takkan berhenti mencintai anda. 

Semuanya sanggup dibuat demi isteri tercinta!

7. Dia beri respon dan mendengar

8 Tanda Yang Suami Takkan Pernah Berhenti Mencintai Anda, Isterinya

Apabila kalian bersama, semua benda kalian boleh cakap dan kongsi. Suami yang takkan berhenti mencintai isterinya akan selalu mendengar perkongsian dan celoteh isteri itu.

Dia takkan menghukum malah mengutuk masa lepas anda. Dia mahu dengar apa yang anda buat satu hari ini (waktu bekerja).

8. Mengharungi masa depan bersama

Tiada siapa tahu apa akan terjadi pada masa depan. 

Tapi buat seorang suami yang takkan berhenti mencintai suaminya, dia mahu mengharungi masa depan ini dengan isteri tercinta.

Sebab itu segala jadual dan rancangannya akan dikongsi dengan anda. Apa dia mahu semua pun dia akan beritahu anda.

Indahnya jika mahligai indah ini dilayari bersama-sama dengan suami, mekar penuh cinta hingga ke akhir hayat. 

Apa macam? Ada tanda-tanda ini pada suami anda tak? 

Jom kongsi tanda-tanda ini dengan suami! Barulah suami mula tunjuk yang mereka amat mencintai kita kan… 

Bukan apa, biarlah isteri tahu suami itu amat mencintai dirinya, hehehe!

Semoga perkahwinan anda dicucuri rahmat dan nikmat cinta hingga ke anak cucu.

Sumber rujukan: Daily Maze

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comsuami-makin-sayang-isteri/

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • 8 Tanda Yang Suami Takkan Pernah Berhenti Mencintai Anda, Isterinya
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham