Mencari Baby Car Seat Malaysia Yang Terbaik? Ini Pilihan Yang Boleh Pakai Dari Newborn Sampai Anak Masuk Tadika!

Mencari Baby Car Seat Malaysia Yang Terbaik? Ini Pilihan Yang Boleh Pakai Dari Newborn Sampai Anak Masuk Tadika!

Penggunaan car seat bukan sahaja memudahkan perjalanan keluarga, tetapi sangat penting untuk keselamatan si manja. Kalau nak anak selesa, pastikan parents mula membiasakan anak dengan carseat dari lahir.

Car seat bayi atau baby seat merupakan salah satu barangan bayi yang bukan sahaja satu keperluan, malah menjadi satu kewajiban di Malaysia. Hakikatnya memang banyak baby car seat Malaysia yang terbaik di pasaran, namun yang mana satu yang benar-benar mematuhi syarat wajib dan selamat untuk anak?

Selain isu keselamatan, kanak-kanak juga akan lebih selesa di dalam kenderaan jika dibiasakan duduk di tempat duduk sendiri.

Apatah lagi mulai tahun 2020, kerajaan Malaysia telah mewajibkan penggunaan car seat untuk kanak-kanak sedari lahir sehingga ketinggian mencapai 135cm.

Buat pengetahuan ibu bapa, bayi dan kanak-kanak bukan sahaja memerlukan car seat yang berbeda malah pemasangan juga tidak sama. Bagi bayi, sebaik-baiknya duduk menghadap belakang sehingga berusia 2 tahun manakala bagi kanak-kanak boleh duduk menghadap depan dengan pemakaian harness yang betul.

Sebab Anda Perlukan Baby Seat Dalam Kenderaan

car seat

Membawa anak anda berjalan ke luar dari rumah, sama ada ketika keluar untuk membeli barangan dapur atau sesi playdate bersama di taman, boleh jadi satu proses pengalaman merapatkan ikatan untuk anda dan anak anda.

Ada sesetengah orang percaya bahawa bayi hanya boleh dibawa keluar ke kawasan awam sekali sahaja apabila mencecah usia 6 minggu atau 2 bulan. Namun kebanyakan pakar pediatrik berpendapat bahawa adalah selamat untuk melakukannya lebih awal selagi ibu bapa mengikuti beberapa langkah keselamatan utama. 

Tidak kira bagaimana remehnya langkah itu, kepentingan memilih car seat bayi yang betul untuk kembara seharusnya tidak pernah terlepas pandang atau dipandang rendah. 

Umum tahu seperti mana yang telah diperkatakan di atas bahawa sejak 2020, Malaysia telah pun mewajibkan penggunaan car seat untuk kanak-kanak sedari lahir sehingga mereka mencecah ketinggian 135cm, jadi ia adalah satu item penting untuk ibu bapa melaburkan sedikit wang demi keselamatan anak. 

Untuk memastikan keselamatan dan keselesaan secara maksimum untuk anak anda, serta kemudahan bagi anda juga, kami telah mengumpulkan satu panduan komprehensif dan holistik dalam membeli car seat bayi yang paling sesuai untuk bayi anda.

Jenis Baby Seat Dalam Kereta

Mencari Baby Car Seat Malaysia Yang Terbaik? Ini Pilihan Yang Boleh Pakai Dari Newborn Sampai Anak Masuk Tadika!

Tidak semua car seat bayi sama dan anda patut pilih satu yang terbaik dan sesuai untuk anak serta kenderaan anda.

Sentiasalah beringat yang mana semua car seat perlulah mencapai tahap piawaian keselamatan yang sama dan sementara car seat bayi yang lebih mahal mungkin akan hadir tercipta dengan ciri-ciri yang lebih mewah, ia tidak semestinya selamat. 

Pelajari kunci perbezaan dan fungsi antara car seat akan dapat membantu anda untuk membuat satu pembelian yang lebih berinformasi untuk si kecil anda.

1. Tempat Duduk Untuk Bayi Sahaja (Infant-only seat)

Car seat untuk bayi sahaja, juga dikenali sebagai tempat duduk bayi menghadap belakang, adalah pilihan yang paling selamat untuk bayi.

Perlindungan maksimum terjamin dengan memastikan car seat bayi anda menghadap ke belakang di tempat duduk belakang kenderaan, dan ia disarankan yang mana mereka kekal menghadap ke belakang sehingga usia 2 tahun.  Jika anda tidak mempunyai sebuah kereta, anda masih perlu membeli sebuah tempat duduk untuk kegunaan bayi sahaja kerana ia hadir dengan pemegang untuk kemudahan membawa si kecil.

2. Tempat Duduk Boleh Tukar (Convertible seat)

Bersifat benar pada namanya, car seat bayi boleh tukar adalah direka untuk pertukaran yang mudah. Apa yang mulanya sebagai satu tempat duduk menghadap ke belakang boleh pada akhirnya ditukar menghadap ke depan pabila bayi anda sudah membesar.

Ia boleh jadi satu pelaburan yang terbaik untuk memilih car seat boleh tukar, menganggap akan ketahanannya. Walaubagaimanapun, sentiasa ingat yang car seat boleh tukar adalah pada umumnya lebih berat dan tebal daripada car seat bayi sahaja, dan boleh jadi yang tidak terlalu ringan untuk diangkut.

3. Tempat Duduk Kombinasi (Combination seat)

Satu penambahbaikan daripada tempat duduk boleh tukar, tempat duduk kombinasi adalah diperbuat untuk kanak-kanak di atas usia 1 tahun, yang mana telah membesar untuk kerusinya menghadap ke hadapan. Tempat duduk kombinasi hanya menghadap ke depan kereta dan boleh ditukarkan kepada tempat duduk penggalak kedudukan tali pinggang pabila anak anda telah membesar.

4. Tempat Duduk Booster (Booster)

Tempat duduk booster merupakan pertukaran di antara tempat duduk kombinasi kepada tempat duduk biasa dengan tali pinggang. Ia disyorkan untuk kanak-kanak yang lebih usia 5 tahun sehingga mereka membesar lebih 1.4meter pada ketinggian. Kemudian, mereka telah sedia untuk tempat duduk biasa dengan tali pinggang.

Bagaimana Memilih Baby Seat Terbaik?

Mencari Baby Car Seat Malaysia Yang Terbaik? Ini Pilihan Yang Boleh Pakai Dari Newborn Sampai Anak Masuk Tadika!

Mungkin ada di kalangan ibu bapa yang masih keliru tentang ciri-ciri car seat yang bagus untuk anak. Pemilihan car seat baby tidak boleh diambil ringan ya, kerana ini akan memastikan keselamatan anak jadi sebaik-baiknya ibu bapa pilihlah yang terbaik mengikut bajet anda.

Bagi membantu ibu bapa mendapatkan car seat yang bagus, ini adalah ciri-ciri yang penting dalam pemilihan car seat terbaik seperti berikut:

  1. Keselamatan: Pilihlah car seat yang diperakui oleh MIROS
  2. Mudah dijaga: Car seat sebaik-baiknya menggunakan material yang mudah dibersihkan, selain selesa untuk si manja.
  3. Sesuai untuk kereta anda: Tidak semua car seat baby sesuai untuk kenderaan. Sesetengah kereta tidak mempunyai kemudahan isofix yang ada di sesetengah car seat baby.
  4. Fungsi: Car seat bayi adalah mahal dan anda akan lebih jimat dalam jangka masa panjang mika anda memilih tempat duduk boleh tukar  yang boleh membesar dengan anak anda yang menyediakan beberapa fungsi.

8 Baby Car Seat Malaysia Terbaik Pilihan Kami

Memandangkan anda sudah mendapat sedikit info berkenaan pemilihan car seat, kami ingin membantu anda lagi dengan menyenaraikan babyaq seat anak dengan jenama yang dipercayai ramai. 

Baby Seat Terbaik
Maxi-Cosi Magellan Max
Terbaik 5 Dalam 1 Untuk Kegunaan Sehingga Anak Berusia 10 Tahun
more info icon Beli di Shopee
JOIE Every Stage
Terbaik Dengan Ciri-ciri Keselamatan Tip-top
more info icon Beli di Shopee
GRACO Extend2Fit
Terbaik Dari Segi Rear-Facing Paling Lama Dan Selamat
more info icon Beli di Shopee
Doona Infant Carseat Stroller
Terbaik Penuh Gaya Dan Praktikal
more info icon Beli di Shopee
Britax Baby-Safe i-Size
Terbaik Paling Mudah Dipasang Dan Selesa
more info icon Beli di Shopee
Koopers Lavolta
Terbaik Harga Mampu Milik
more info icon Beli di Shopee
Sweet Cherry Convertible Baby Car Seat
Terbaik Paling Dipercayai Di Malaysia
more info icon Beli di Shopee
Mamakiddies ULTIMO 360 Spin Isofix Carseat
Terbaik Dengan Isofix
more info icon Beli di Shopee

Maxi-Cosi Magellan Max

Baby Car Seat Malaysia Terbaik 5 Dalam 1 Untuk Kegunaan Sehingga Anak Berusia 10 Tahun

Mencari Baby Car Seat Malaysia Yang Terbaik? Ini Pilihan Yang Boleh Pakai Dari Newborn Sampai Anak Masuk Tadika!

Apa yang kami suka :

Maxi-Cosi merupakan pelindung hebat yang pada yang sama memberikan kelembutan yang selesa kepada si manja. Ibu bapa tidak perlu bertukar-tukar carseat sepanjang anak membesar kerana produk ini boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang. Melihatkan pada harganya, pasti anda tahu yang kualitinya terjamin beserta dengan kebolehannya dalam keselamatan dalam kenderaan.

Keselamatan:

  • Direka dengan kejuruteraan Eropah dan melebihi semua standard persekutuan, termasuk FMVSS 213.
  • Air Protect yang dipatenkan direka di kepala tempat duduk untuk mengurangkan hentakan, dan memberikan rasa bantal yang lembut.
  • Spring-assist EZ Out harness system membuatkan strap sentiasa terikat dan tidak  bergumpal di bawah punggung anak.
  • Boleh digunakan di atas kapal terbang, jadi ia sangat sesuai buat keluarga yang gemar melancong.

Fungsi:

  • Magellan® XP Max boleh ubah lima mod sesuai dengan si manja sedari lahir hingga 10 tahun
  • Mempunyai pelbagai ciri mudah disesuaikan dengan kedudukan 7 barisan dan
  • 14 ketinggian sandaran kepala yang boleh dilaras naik dengan tali pinggang keselamatan.
  • Hideaway harness di mana carseat boleh diubah menjadi booster apabila anak semakin besar.

Mudah dijaga:

  • Fabrik yang mudah dialihkan dan dibersihkan dengan menggunakan mesin basuh.
  • 2 tempat letak cawan yang boleh dibasuh dengan mudah.

JOIE Every Stage

Baby Car Seat Malaysia Terbaik Dengan Ciri-ciri Keselamatan Tip-top

Mencari Baby Car Seat Malaysia Yang Terbaik? Ini Pilihan Yang Boleh Pakai Dari Newborn Sampai Anak Masuk Tadika!

Apa yang kami suka :

Carseat JOIE Every Stage merupakan pelaburan yang sangat baik kerana ia boleh digunakan pada setiap usia anak, sehinggalah ke 7 tahun! Ini bermakna ia boleh diubah kedudukan menghadap ke belakang, depan dan menjadi seat booster.

Tambahan lagi, JOIE mempunyai ciri-ciri keselamatan yang sangat bagus bagi menjaga anak anda semasa di dalam kereta. Namun fabrik kerusi ini sukar untuk ditanggalkan jadi ibu bapa perlu mencari alternatif lain untuk membersihkannya.

Keselamatan:

  • Panel Guard Surround Safety menambah lapisan pelindung hentaman sisi, sementara rangka bertetulang keluli menyerap tenaga semasa hentaman
  • Perlindungan hentaman sampingan membuktikan keselamatan tambahan bagi kepala, badan dan pinggul
  • Grow Together Headrest multi-ketinggian dan sistem harness disesuaikan secara serentak dan tidak memerlukan penyambungan semula tali pinggang keledar
  • Sarung kerusi dalaman keluli bertetulang meningkatkan integriti struktur
  • 5 point harness untuk keselamatan anak.

Fungsi:

  • JOIE Every Stage boleh dipakai pada setiap peringkat usia, sedari baru lahir sehingga berusia 7 tahun
  • Boleh diletakkan dalam pelbagai kedudukan bersesuaian dengan umur anak.
  • Mempunyai kerusi yang beralas pad lembut bagi membuatkan anak lebih selesa.
  • 5 harness keselamatan boleh dilaras hanya dengan satu tarikan.

GRACO Extend2Fit

Baby Car Seat Malaysia Terbaik Dari Segi Rear-Facing Paling Lama Dan Selamat

Mencari Baby Car Seat Malaysia Yang Terbaik? Ini Pilihan Yang Boleh Pakai Dari Newborn Sampai Anak Masuk Tadika!

Apa yang kami suka :

Dikatakan sebagai car seat bayi dengan tempat duduk menghadap ke belakang yang paling baik. Ia bercirikan 4 posisi panel tambahan yang menyediakan lebih sehingga 5" ekstra ruang kaki untuk menghadap ke belakang, membolehkan anak anda duduk dengan selamat di dalam kenderaan sambil menghadap ke belakang dengan jangka masa yang lama. 

Kanak-kanak adalah jauh lebih selamat pabila duduk di dalam car seat yang menghadap ke belakang dan seeloknya lebih panjang jangka masanya, sehingga mereka mencecah maksimum ketinggian tempat duduk menghadap ke belakang atau berat untuk car seat itu. 

Keselamatan:

  • Bahagian depan, sisi dan belakang yang diuji supaya selamat dari sebarang hentakan.
  • 5 points harness bagi memastikan anak selamat dan sentiasa dalam carseat dalam sebarang kejadian tidak diingini.
  • Frame besi yang dijamin lasak untuk 10 tahun seterusnya.

Fungsi:

  • Posisi rehat kepala dengan 10 kedudukan boleh laras 
  • 6 posisi boleh laras untuk membaringkan kerusi bersesuaian dengan usia anak.
  • Tali pinggang keselamatan yang boleh dibuka dengan mudah dan pantas oleh ibu bapa.

Mudah dijaga:

  • 2 pemegang cawan yang mudah dibersihkan.
  • Pad dan kanopi yang mudah dibersihkan.

Doona Infant Carseat Stroller

Baby Car Seat Malaysia Terbaik Penuh Gaya Dan Praktikal

Mencari Baby Car Seat Malaysia Yang Terbaik? Ini Pilihan Yang Boleh Pakai Dari Newborn Sampai Anak Masuk Tadika!

Apa yang kami suka :

Doona merupakan produk yang menunjukkan yang ia mempunyai gaya dan fungsi praktikal. Donna Infant Carseat Stroller bukan sahaja bertindak sebagai carseat, malah ia boleh dijadikan stroller yang sangat selesa untuk bayi. Ini merupakan satu pelaburan yang hebat kerana anda tidak perlu mendapatkan produk yang berlainan, malah masih boleh bergaya!

Keselamatan:

  • Mendapat pengiktirafan 5 bintang terhadap beratus-ratus ujian perlanggaran termasuklah ujian terhadap cuaca dan rempuhan dalam kenderaan yang laju.
  • Bar anti-rebound yang membekalkan perlindungan tambahan kepada anak.
  • 5 point harness bagi menjamin keselamatan anak.

Fungsi:

  • Boleh diubah dari carseat ke stroller dalam masa beberapa saat.
  • TUV dan FFA approved di mana ia boleh digunakan di atas kapal terbang.

Mudah dijaga:

  • Tekstil yang mudah dibuka dan dibasuh.
  • Menggunakan material yang selamat untuk bayi, dengan sistem pengudaraan yang baik.

Britax Baby-Safe i-Size

Baby Car Seat Malaysia Terbaik Paling Mudah Dipasang Dan Selesa

Mencari Baby Car Seat Malaysia Yang Terbaik? Ini Pilihan Yang Boleh Pakai Dari Newborn Sampai Anak Masuk Tadika!

Apa yang kami suka :

Car seat ini kelihatan tahan lasak dan tahan lama.  Produk ini juga mudah untuk dipasang dan selesa untuk  si manja. Jika diperhatikan pun kita tahu yang bayi pasti akan duduk dengan selesa dan pastinya tempat duduk yang empuk!

Keselamatan:

  • Patented lie-flat technology yang membolehkan bayi baru lahir berbaring dengan  selesa dan selamat.
  • SICT Superior Side Impact Protection yang membuatkan anak sentiasa selamat dan bergerak dalam keadaan yang betul walaupun dalam impak yang kuat.
  • 5 point harness bagi menjamin keselamatan anak.

Fungsi:

  • Boleh digunakan sehingga anak berusia 15 bulan.
  • Boleh diubah kepada carrier bayi.
  • Mempunyai kanopi pelindung matahari dengan SPF 50 untuk melindung si manja dari cahaya matahari dan angin.

Mudah dijaga:

  • Cover kerusi yang boleh dialihkan dan dicuci dengan mudah.

Koopers Lavolta

Baby Car Seat Malaysia Terbaik Harga Mampu Milik

Mencari Baby Car Seat Malaysia Yang Terbaik? Ini Pilihan Yang Boleh Pakai Dari Newborn Sampai Anak Masuk Tadika!

Apa yang kami suka :

Koopers Lavolta bukan sahaja kelihatan bergaya, malah harganya juga mampu milik. Produk ini boleh digunakan sedari bayi baru lahir sehingga 6 tahun bergantung kepada berat si manja. Car seat baby terbaik ini walau bagaimanapun tidak ada ISOFIX dan ketinggian harness boleh diubah secara manual mengikut keselesaan si manja.

Keselamatan:

  • 5 point harness bagi menjamin keselamatan anak.
  • Sokongan tambahan untuk badan dan kepala.
  • Build-in lock-off dalam untuk memastikan pemasangan tali pinggang terjamin!

Fungsi:

  • Kedudukan carseat boleh diubah mengikut usia si manja, sama ada menghadap ke belakang atau ke hadapan.
  • Fabrik lembut dengan material airmesh yang menjamin anak kurang berpeluh!

Mudah dijaga:

  • Fabrik yang mudah dialihkan dan dibersihkan.

Sweet Cherry Convertible Baby Car Seat

Baby Car Seat Malaysia Terbaik Paling Dipercayai Di Malaysia

Mencari Baby Car Seat Malaysia Yang Terbaik? Ini Pilihan Yang Boleh Pakai Dari Newborn Sampai Anak Masuk Tadika!

Apa yang kami suka :

Sweet Cherry merupakan jenama yang dikenali dan dipercayai di Malaysia. Sweet Cherry Convertible  dilengkapi dengan sistem keselamatan yang mempunyai pad yang empuk untuk perlindungan si manja sepanjang berada di dalam kenderaan.

Keselamatan:

  • Mematuhi cari keselamatan ECE R44/04
  • 5 point harness bagi menjamin keselamatan anak.
  • Padding lembut untuk keselesaan si manja.

Fungsi:

  • Boleh digunakan untuk bayi baru lahir sehingga 18kg.
  • Boleh diubah kedudukan untuk kanak-kanak dengan berat 9-18kg.
  • 3 laras tempat duduk dengan alas kepala yang boleh dilaras ikut keselesaan anak.
  • Padding tempat duduk yang boleh ditanggalkan untuk disesuaikan dengan anak yang sedang membesar

Mudah dijaga:

  • Alas kerusi yang mudah ditanggalkan dan dibersihkan.

Mamakiddies ULTIMO 360 Spin Isofix Carseat

Baby Car Seat Malaysia Terbaik Dengan Isofix

Mencari Baby Car Seat Malaysia Yang Terbaik? Ini Pilihan Yang Boleh Pakai Dari Newborn Sampai Anak Masuk Tadika!

Apa yang kami suka :

Car seat Bayi Mamakiddies ULTIMO 360 Spin Isofix dilengkapi dengan ISOIFIX dan mempunyai ciri putaran 360 darjah bagi memudahkan memasukkan bayi ke dalam car seat.

Selain itu, car seat ini juga dilengkapi dengan kusyen sokongan bayi yang boleh dikeluarkan, dan perlindungan dari bahagian sisi untuk keselamatan tambahan. 

Baby car seat ini juga boleh disesuaikan mengikut ketinggian kepala bayi dan mudah digunakan.

Walaupun mempunyai pelbagai ciri dan fungsinya harganya masih murah dan disebabkan itu ramai ibu bapa di Mlaaysia memilih kerusi bayi daripada jenama ini.

Keselamatan:

  • Lulus MIROS
  • Lulus JPJ CTA
  • ECE certified
  • Pemasangan isofix dan tali pinggang
  • Mematuhi cari keselamatan ECE R44/04
  • Perlindungan kesan sampingan untuk keselamatan tambahan.

Fungsi:

  • Kategori: 0+/1/2/3
  • Beban maksimum: 36kg
  • Umur: Sehingga umur 12 tahun
  • Jenis tempat duduk: Rearward and forward facing
  • Pemasangan: ISOFIX/ seatbeltBerat: 15kg 
  • Mekanisme putaran 360 darjah memudahkan untuk menukar antara kedudukan menghadap belakang dan menghadap ke hadapan.
  • Kedudukan berbilang baring dan kusyen sokongan bayi baru lahir yang boleh ditanggalkan.
  • Sandaran kepala berbilang ketinggian dan ketinggian abah boleh laras.
  • Satu gerakan tarik dengan mudah mengetatkan 5 point harness.

Mudah dijaga:

  • Sarung kerusi kereta mudah tanggal dan boleh dibasuh (cuci tangan sahaja)

Perbandingan Harga Baby Car Seat Malaysia Terbaik

Produk Usia bayi Ukuran (LxWxH dalam cm) Jenis Berat (kg) Harga Pasaran (RM)

Maxi-Cosi Magellan Max

0 – 10 tahun 74 x 58 x 56 Convertible & Booster Seat 11.3 RM2,749.00

JOIE Every Stage

0 – 7 tahun 54.5 x 58 x 76 Convertible seat 8.86 RM1070.00

GRACO Extend2Fit

null 55 x 50 x 60 Convertible seat 8.6 RM999.00

Doona Infant Carseat Stroller

0 – 15 bulan 72.3 x 46.5 x 40.2

Infant-only & stroller seat

7

RM1,918.00

Britax Baby-Safe i-Size

0 – 15 bulan 67 x 44 x 58 Infant-only seat 4.8 RM1,327.00

Koopers Lavolta

0 – 6 tahun 54 x 48 x 67 Convertible seat 6 RM404.00

Sweet Cherry Convertible Baby Car Seat

0 – 4 tahun 42 x 58 x 62 Convertible seat 7.1 RM529.00

Mamakiddies ULTIMO 360 Spin Isofix Carseat

0 – 12 tahun Convertible seat RM429.00

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Carseat Baby Kena Curi, Penyangak Dah Mula Buat Kerja Sejak Carseat Wajib 2020 Ini!

Baca juga: Penggunaan Car Seat Bayi Mengikut Umur, Berat & Ketinggian Anak

Baca juga: Jenis-jenis Car Seat Yang Bagus Untuk Bayi & Kanak-kanak Di Malaysia