X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Panduan Penggunaan Car Seat Bayi & Kanak-Kanak Ikut Umur, Berat Dan Ketinggian, WAJIB Untuk Tahun 2020

4 min bacaan
Panduan Penggunaan Car Seat Bayi & Kanak-Kanak Ikut Umur, Berat Dan Ketinggian, WAJIB Untuk Tahun 2020

Ini panduan penggunaan car seat Malaysia mengikut umur, berat dan ketinggian anak. Ibu bapa perlu peka dan patuh, ia untuk keselamatan anak juga!

Semua ibu bapa seluruh Malaysia sedia maklum bahawa kerajaan telah melaksanakan penggunaan wajib car seat bayi di Malaysia atau kerusi keselamatan dalam kenderaan bagi memastikan bayi dan kanak-kanak dilindungi dengan baik. 

Dengan perlaksanaan penggunaan car seat bayi ini mendapat pelbagai maklum balas dari ibu bapa di mana ada yang masih tidak tahu car seat yang sesuai untuk anak mereka mengikut umur, ketinggian dan sebagainya.

Manakan tidak, mungkin kerusi keselamatan yang digunakan semasa bayi tidak secocok lagi untuk usia anak yang lebih tua. Sekaligus, ibu dan ayah perlu mendapatkan yang lebih sesuai mengikut umur anak-anak pada masa sekarang. 

Penggunaan car seat bayi

car seat Malaysia

Seperti yang kita sedia maklum, harga sebuah car seat ini menelan belanja beratus ringgit dan tak kurang juga yang berharga beribu ringgit mengikut jenama dan pengeluarnya.

Oleh sebab itu, ibu bapa harus tahu ketinggian, berat dan umur anak terlebih dahulu semasa memilih car seat tersebut supaya tidak tersalah membeli dan urusan pertukaran mungkin menjadi rumit.

Walau bagaimanapun, usah khuatir kerana kami akan membantu dan memberi informasi yang jelas tentang car seat Malaysia mengikut umur dan kesesuaian kanak-kanak berdasarkan makluat dari Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR).

Jenis car seat mengikut umur, berat dan ketinggian

Berdasarkan garis panduan kerusi keselamatan yang dikeluarkan oleh pihak MIROS di mana kanak-kanak yang memiliki ketinggian bawah 135 cm diwajibkan menggunakan car seat semasa berada dalam kenderaan.

Bagi memenuhi kriteria tersebut adalah sangat penting untuk ibu bapa memilih berdasarkan ketinggian, umur dan berat anak.

#1. Car seat untuk bayi

car seat kanak-kanak

Berada dalam kategori umur 0 hingga 18 bulan. Manakala dari segi ketinggian pula, kurang daripada 83 sentimeter. Berat ideal antara 9kg sehingga 13kg.

#2. Car seat untuk kanak-kanak

Berada dalam kategori umur 15 bulan sehingga 4 tahun. Ketinggian di atas 71 sentimeter dengan berat antara 9 kg ke 18 kg.

#3. Booster dengan 5 poin harness

Kategori umur 4 tahun sehingga 7 tahun. Ketinggian pula antara 10 sentimeter ke atas dan berat 15 kilogram ke 25 kg.

#4. Booster seat (sokongan)

Sesuai untuk kategori anak umur enam tahun ke atas dengan ketinggian 135 cm. Manakala berat pula 24 kg hingga 36 kg.

Meskipun telah mengikut kategori namun pastikan juga car seat tersebut memenuhi ciri keselamatan yang telah disahkan oleh pihak berkuasa. Label piawaian yang mendapat kelulusan iaitu ECER44/04 atau ECE R129 yang perlu didapati pada produk tersebut.

Untuk tahun hadapan juga, kerusi keselamatan ini akan didatangkan dengan label QR Miros bagi menambahkan keselamatan yang lebih terkini.

Sebab mengapa perlu guna car seat

kerusi bayi

1. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS), kematian kanak-kanak dalam kenderaan dapat dikurangkan sebanyak 70% dengan penggunaan car seat yang betul.

Malah langkah ini juga dapat melindungi anak-anak daripada kecederaan yang serius sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini.

2. Sekiranya berlaku kemalangan, ada tiga perkara yang akan terjadi iaitu pelanggaran kenderaan, pelanggaran manusia dan organ dalaman.

Jika kanak-kanak tidak menggunakan car seat, mereka boleh melonjak ke hadapan dan berhenti jika ada objek yang menghalang. Malah ada juga yang tercampak keluar dan mengalami kecederaan yang serius.

Tapi dengan car seat, sekurang-kurangnya dapat melindungi badan kanak-kanak dengan tali keselamatan yang padat dan seterusnya menyerap hentakan.

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

3. Ciri kerusi keselamatan ini dapat melindungi dan menjauhi badan dari struktur kenderaan jika berlaku kemalangan, mengurangkan momentum dalam keadaan terkawal dan menyebarkan daya ke arah anggota badan yang lebih kuat dengan kecederaan minimum terhadap tisu dalaman yang lembut.

4. Ibu yang memandu dengan anak kecil dapat memberi fokus lebih kepada pemanduan kerana anak akan duduk diam tanpa melompat-lompat dalam kereta.

Oleh sebab itu, setiap kenderaan baru yang dikeluarkan kini wajib dilengkapi dengan ISOFIX iaitu kelengkapan untuk meletakkan kerusi bayi dalam kereta.

Maka tiada alasan lagi untuk ibu bapa melengahkan pembelian car seat ini di tahun hadapan kerana ia bakal wajib dilaksanakan.

Jadi, adakah ibu ayah sudah persiapkan kerusi keselamatan ini untuk anak- anak? Jika sudah syabaskan diucapkan. Jika belum ingatlah nyawa mereka cukup berharga berbanding wang ringgit yang anda keluarkan itu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan bantu anda membuat pilihan nanti!

Panduan Penggunaan Car Seat Bayi & Kanak-Kanak Ikut Umur, Berat Dan Ketinggian, WAJIB Untuk Tahun 2020

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Sirap Limau 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combaby-car-seat-terbaik

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Panduan Penggunaan Car Seat Bayi & Kanak-Kanak Ikut Umur, Berat Dan Ketinggian, WAJIB Untuk Tahun 2020
Kongsikan:
  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

    Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

  • 7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas

    7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

    Madu Untuk Bayi Bawah Usia Setahun Adalah Bahaya, Jika Tersalah Bagi Boleh Membawa Maut!

  • 7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas

    7 Langkah Penting Menjaga Keselamatan Anak Ketika Banjir, Elak Jangkitan Kuman Atau Jadi Mangsa Lemas

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham