X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Ramai Parents Keliru Nak Pilih Stroller Jenis Belakang @ Depan, Mana Satu Lebih Selamat?

4 min bacaan
Ramai Parents Keliru Nak Pilih Stroller Jenis Belakang @ Depan, Mana Satu Lebih Selamat?

Kerusi tolak bayi depan dan belakang, mana satu yang lebih baik untuk si kecil?

Sekarang ini boleh dikatakan ramai ibu bapa memilih kerusi atau kereta tolak baby yang jenis depan dan belakang bagi memudahkan mereka membawa anak keluar ke pusat membeli-belah, taman permainan dan sebagainya.

Namun begitu, ada yang mengatakan kerusi tolak baby menghadap belakang mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding kereta tolak pandang ke depan. Akan tetapi, tiada bukti sahih yang dapat menyokong kenyataan ini.

Kereta tolak baby, arah mana yang lebih baik?

kerusi tolak baby

Kajian telah mendapati, ibu lebih mudah bercakap dan ketawa dengan bayi jika kerusi tolak itu menghadap ke belakang.

Maksudnya di sini, ia dapat memberi peluang kepada si kecil untuk melihat wajah ibunya seterusnya menghilangkan rasa debaran mereka semasa keluar di tempat yang mempunyai ramai orang. Ia sekaligus dapat menjalinkan ikatan mesra antara ibu dan bayi.

Bahkan dalam kajian yang sama, kerusi tolak baby yang menghadap hadapan boleh meningkatkan tahap stres si manja sekaligus ia membuatkan bayi merasa pelik apabila melihat orang yang tidak dikenali.

Adakah saya patut risau jika menggunakan kereta tolak baby menghadap depan?

Sebenarnya, ibu bapa tak perlu bimbang sangat jika memilih kerusi tolak jenis depan kerana ia mungkin tidak memberi kesan pada perkembangan anak.

Namun, jika ingin tahu secara lebih terperinci, mungkin banyak kajian yang perlu dilakukan bagi menjawab segala persoalan yang bermain di minda anda.

Salah satu masalah dengan kajian yang sedia ada ialah kaedah pengukuran stres kerana ada banyak sebab mengapa degupan jantung seseorang kanak-kanak boleh berubah misalnya teruja atau terlampau seronok dengan sesuatu perkara.

Hal ini kerana, bayi yang duduk menghadap hadapan mungkin akan berpeluang melihat lebih banyak benda seterusnya membuatnya rasa lebih seronok dan teruja. Bahkan, mungkin peningkatan degupan jantung mereka adalah kerana keterujaan ini bukannya sebab stres.

Selain itu, bayi yang duduk dalam kerusi tolak belakang lebih banyak tidur dan menangis jika dibandingkan dengan kerusi yang menghadap depan. Ia mungkin disebabkan kerusi belakang tidak selesa atau tak menarik.

Perlu atau tidak pilih kerusi menghadap belakang? 

kerusi tolak

Sebenarnya tidak kira kerusi tolak belakang atau depan, semuanya terpulang kepada penerimaan anak dan pilihan ibu bapa itu sendiri. Asalkan si kecil selesa semasa berada di dalamnya.

Bagi bulan pertama, ramai ibu bapa lebih suka memilih kerusi tolak yang menghadap belakang supaya dapat memudahkan mereka memeriksa keadaan bayi sama ada menangis, tak selesa, tidur dan sebagainya.

Kerusi tolak jenis menghadap belakang ini pula mungkin mempunyai tempat duduk yang lebih rata bagi menyokong kemampuan leher dan kepala anak.

Tapi, bila si kecil sudah menginjak ke umur dua tahun ke atas mungkin sikap ingin tahu semakin menebal dalam diri mereka sekaligus anda boleh tukar kapada penggunaan kerusi tolak hadapan pula.

Bahkan kini, ada banyak jenama kerusi tolak yang boleh diubah kedudukannya sekaligus ia memudahkan anda untuk memilih posisi mana yang paling sesuai.

Cara memilih kerusi tolak yang terbaik

kereta tolak

Ini beberapa perkara yang patut anda fikirkan semasa memilih kerusi atau kereta tolak baby: 

  • Bajet dan kewangan anda mencukupi
  • Semasa membeli, try test tengok bayi menangis atau tidak semasa duduk dalam kedua-dua posisi.
  • Kerusi mudah dilipat, selesa dan ada ruang yang besar.
  • Berat atau ringan
  • Tempat anda selalu pergi untuk menggunakan kerusi tarik
  • Jenis kenderaan yang digunakan bagi memudahkan kerusi disimpan dalam kereta 

Faktor di atas ini harus anda fikirkan supaya tidak merasa rugi jika sudah membelinya nanti kerana harga sebuah kerusi tarik ini menelan belanja sekurang-kurangnya RM200 ringgit ke atas mengikut jenama masing-masing.

Diharap perkongsian ini dapat bantu anda buat pilihan yang tepat. Semoga bermanfaat.

Ramai Parents Keliru Nak Pilih Stroller Jenis Belakang @ Depan, Mana Satu Lebih Selamat?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Baby Center

Kredit gambar: Maxi cosi 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysi

Baca juga

Sebelum Meluru Beli Stroller Baby Yang Sempurna, Semak 9 Benda Ini Dulu Ya Parent!

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Ramai Parents Keliru Nak Pilih Stroller Jenis Belakang @ Depan, Mana Satu Lebih Selamat?
Kongsikan:
  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham