X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Apa ibu bapa TAK PATUT BUAT jika nak guna stroller bayi dengan selamat

4 min bacaan
Apa ibu bapa TAK PATUT BUAT jika nak guna stroller bayi dengan selamat

Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa, walaupun hanya menolak stroller bayi. Pastikan ibu bapa sentiasa bersedia!

Walaupun membeli stroller sesuai untuk si manja adalah perkara yang perlu dipertimbangkan oleh ibu bapa, cara menggunakan stroller bayi dengan selamat sangatlah penting juga.

Ini kerana walaupun stroller itu stroller yang baik dan berjenama, penggunaan yang tidak selamat masih boleh membahayakan.

Tragedi apabila tidak menggunakan stroller bayi dengan selamat

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak berumur 1 tahun telah tercampak dari stroller selepas dilanggar oleh sebuah kereta. Menurut laporan tempatan ibu bapa bayi itu sedang menolak stroller sambil menyeberangi jalan di pusat bandar Houston pada pukul 1 pagi.

Pasangan tersebut didapati tidak memeriksa lampu isyarat sebelum menyeberangi jalan. Akibat kelalaian ini, anak mereka kini dalam keadaan kritikal. Menurut pihak berkuasa, pemandu kereta terbabit tidak mabuk.

Tetapi terdapat banyak faktor lain yang memainkan peranan penting apabila menggunakan stroller bayi dengan selamat. Adakah ibu bapa selalu memasangkan tali pinggang keledar lima titik untuk si manja?

Ataupun bayi anda hanya duduk dalam stroller tanpa dipasang tali pinggang langsung?

Tips cara memilih dan menggunakan stroller bayi dengan selamat

stroller pilihan ramai, stroller yang sesuai untuk travel, stroller ringan murah, stroller murah dan ringan untuk travel, stroller lipat kecil murah, jenama stroller terbaik, stroller baby lipat payung, menggunakan stroller bayi dengan selamat

Stroller yang selamat dan praktikal bagi bayi baru lahir mereka ialah jenis yang boleh berbaring sepenuhnya. Ini kerana otot-otot leher bayi baru lahir belum cukup kuat untuk menyokong kepalanya.

Selain itu, bayi baru lahir juga belum belajar cara untuk duduk lagi.

Kebanyakkan ibu bapa baru tidak tahu bahawa stroller bayi jenis jogger biasanya tidak mempunyai ciri ini. Ibu bapa kena tunggu sehingga bayi mereka berusia 6 bulan sebelum menggunakan stroller jenis jogger.

Ciri-ciri keselamatan yang penting:

  • Brek yang berfungsi dan mudah digunakan - Stroller bayi yang baik akan mempunyai brek yang mudah digunakan dan terletak jauh dari jangkauan anak.
  • Permukaan dasar yang luas - Ini memastikan stroller itu seimbangan dan tidak mudah terbalik.
  • Hanya mempunyai satu tempat tapak kaki -  Kaki kecil anak lebih senang terperangkap jika stroller itu mempunyai lebih daripada satu tempat tapak kaki. 

Cara untuk menggunakan stroller bayi dengan selamat untuk mengelakkan kemalangan

stroller pilihan ramai, stroller yang sesuai untuk travel, stroller ringan murah, stroller murah dan ringan untuk travel, stroller lipat kecil murah, jenama stroller terbaik, stroller baby lipat payung, menggunakan stroller bayi dengan selamat

  • Selalu ikut peraturan lalu lintas. Semak dulu sebelum menyeberangi jalan.
  • Pastikan penjaga lain turut rajin mengikut peraturan lalu lintas. Berhati-hati semasa menggunakan stroller di luar atau berhampiran persimpangan jalan.
  • Jangan tinggalkan anak dalam stroller tanpa pengawasan. Pastikan stroller sentiasa berdekatan sepanjang masa.
  • Apabila menggunakan stroller sambil membawa kanak-kanak yang lebih besar, pegang tangan mereka. Jangan biar mereka berjalan sendirian.
  • Tolong jangan bawa stroller naik eskalator.
  • Gunakan brek. Brek tu bukan hiasan semata-mata. Gunakan sebagai keselamatan tambahan.
  • Pasangkan brek ketika stroller tidak bergerak, contohnya apabila menggunakan LRT/Komuter/dsb.
  • Pastikan mainan anak dipasang dengan selamat pada stroller bayi, untuk mengurangkan risiko anak tercekik.
  • Guna dan semak tali pinggang 5 titik bayi anda. Pastikan tali pinggang dipasang dengan betul sebelum bertolak.
  • Simpan beg dan barang-barang di tempat yang betul. Jangan suka gantung banyak barang pada pemegang kerana stroller itu boleh terbalik.
  • Pastikan stroller dibuka sepenuhnya sebelum meletakkan bayi anda di dalamnya. Apabila tiba masa untuk membuka dan melipatkan stroller, pastikan anak tidak berdekatan supaya mereka tidak tercedera.
  • Jangan tinggalkan stroller anak di bawah sinar matahari untuk masa yang lama. Periksa tempat duduk dan permukaan stroller untuk memastikan ia tidak panas sebelum meletakkan bayi.
  • Semak kalau ada pengumuman stroller yang ditarik balik. Jika stroller itu diberi oleh orang lain. Semak dulu jenama atau stroller itu belum ditarik balik baru-baru ini. 
Semoga tips ini boleh dijadikan peringatan kepada semua ibu bapa cara memilih dan menggunakan stroller bayi dengan selamat. Apakah stroller yang paling praktikal untuk ibu bapa?
 
Apakah faktor yang mendorong ibu bapa untuk memilih stroller anak? Adakah ibu bapa suka yang ringan dan senang dibawa ataupun stroller yang lebih stabil dan berat? Kongsi bersama kami di ruang komen di bawah.

 

 

 

 

 

Sumber: KGNS TV, Mayo Clinic

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

my.theasianparent.com/car-seat-kesilapan-ibu-bapa/

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Apa ibu bapa TAK PATUT BUAT jika nak guna stroller bayi dengan selamat
Kongsikan:
  • Masih Keliru Nak Beli Stroller Yang Bagus? Jangan Risau, Pilih Saja Daripada 7 Stroller Terbaik Ini!

    Masih Keliru Nak Beli Stroller Yang Bagus? Jangan Risau, Pilih Saja Daripada 7 Stroller Terbaik Ini!

  • Mencari Stroller Kembar Untuk Anak-Anak? #3 Memang Sesuai Untuk Ibu Ayah Yang Suka Berjogging!

    Mencari Stroller Kembar Untuk Anak-Anak? #3 Memang Sesuai Untuk Ibu Ayah Yang Suka Berjogging!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Masih Keliru Nak Beli Stroller Yang Bagus? Jangan Risau, Pilih Saja Daripada 7 Stroller Terbaik Ini!

    Masih Keliru Nak Beli Stroller Yang Bagus? Jangan Risau, Pilih Saja Daripada 7 Stroller Terbaik Ini!

  • Mencari Stroller Kembar Untuk Anak-Anak? #3 Memang Sesuai Untuk Ibu Ayah Yang Suka Berjogging!

    Mencari Stroller Kembar Untuk Anak-Anak? #3 Memang Sesuai Untuk Ibu Ayah Yang Suka Berjogging!

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.