TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Anak Ini Meninggal Dunia Akibat Tercekik Rantai 'Teething' Untuk Gigi

3 min bacaan
Anak Ini Meninggal Dunia Akibat Tercekik Rantai 'Teething' Untuk Gigi

Malang tak berbau. Bayi yang baru tumbuh gigi ini maut kerana tercekik rantai teething. Anda tahu apa yang boleh mencetuskan risiko anak tercekik?

Bayi tumbuh gigi maut kerana rantai teething

Seorang kanak-kanak berusia 18 bulan yang baru tumbuh gigi meninggal dunia di pusat jagaan kanak-kanak akibat tercekik rantai ‘teething’nya. 

bayi tumbuh gigi

Foto kredit: LoveThisPic

Dunia si ibu hancur berkecai selepas bayi baru tumbuh gigi ini maut

Danielle Morin pergi mengambil anaknya di Pusat Jagaan Kanak-kanak Little Impression di mana dia ternampak ada paramedik di luar.

Dia rasa seoalah-olah dunianya hancur berkecai apabila terlihat anak lelakinya yang sedang diselamatkan oleh paramedik!

Anaknya digesa ke hospital sejurus selepas alat bantuan pernafasan dipasang. Malangnya, anaknya tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bangun, jadi dia terpaksa membuat keputusan yang sukar.

Membuka alat bantuan anaknya….

Dia juga telah mendermakan organ anaknya supaya walaupun anaknya itu sudah tiada, beliau masih mampu membantu orang lain.

Punca bayi tumbuh gigi ini maut kerana gigit rantai teething masih disiasat

Image result for amber necklace teething

Menurut satu perkongsian di Facebook, Danielle berkata –

“Pertama sekalinya, Pusat Jagaan Little Impressions di Fontana tidak tahu dan kurang memberi perhatian ketika Deacon tercekik rantai ambernya.“

Dia kemudian menambah – 

“Deacon telah dicekik di pusat jagaan ini. Sama ada manik dari rantai amber itu terlibat atau tidak, ia masih di dalam siasatan.“

Menurut Jabatan Servis Sosial California, pusat penjagaan kanak-kanak Little Impression telah diletakkan dalam tempoh percubaan pada tahun 2015.

Danielle juga mahu menutup pusat jagaan itu dengan tuduhan kurangnya perhatian daripada pusat terbabit hingga menyebabkan anaknya meninggal dunia.

Sebuah GoFundMe telah ditubuhkan untuk Deacon.

Anak Ini Meninggal Dunia Akibat Tercekik Rantai Teething Untuk Gigi

Gofunme yang ditubuhkan untuk Deacon yang meninggal dunia akibat tercekik.

Adakah rantai ‘teething’ amber untuk bayi tumbuh gigi selamat?

Rantai ‘teething’ amber merupakan salah satu kepercayaan yang menjadi semakin popular.

Rantai ini dikatakan mampu membantu mengurangkan sakit ketika bayi tumbuh gigi serta membantu bayi tidur lebih lena di waktu malam.

Walaubagaimanapun, belum terdapat apa-apa bukti saintifik tentang kenyataan ini.

Sebelum ini, seorang bayi telah keracunan kerana menggigit rantai teething. 

Ramai bayi sebenarnya ada risiko tercekik kerana ibu bapa membiarkan anak mereka tidur sambil memakai rantai ini.

Ini bukan sahaja boleh menyebabkan insiden tercekik, tetapi jika talinya terputus, dan anak-anak cuba memakan maniknya, satu lagi risiko tercekik!

Bagaimana ingin pastikan anak saya selamat dari tercekik?

Berikut adalah beberapa tip yang anda harus ingat untuk memastikan anak anda selamat dari tercekik:

  1. Tahu bila untuk kenalkan makanan – Untuk bayi, selalunya anda harus menunggu sekurang-kurangnya berusia 6 bulan sebelum memberi makanan puri.
  2. Elak beri makanan yang boleh tercekik – Jangan bagi anak anda makanan bersaiz besar walaupun mereka sudah boleh makan. Potong dan berikan mereka di dalam saiz yang kecil untuk mengelak dari tercekik.
  3. Sentiasa awasi anak anda ketika dia sedang makan – Jangan biarkan mereka makan sendirian terutamanya anak yang masih kecil.
  4. Periksa mainan anak anda – Pastikan tidak terdapat bahagian kecil yang boleh tertelan dan tercekik.
  5. Jauhi anak anda dari objek yang boleh menjadi hazad tercekik – terlalu banyak benda yang berpotensi menjadi hazad tercekik. Contohnya syiling, ubat, skru, bateri malah penutup pen. Jadi anda perlu pastikan kawasan anak anda bermain bebas objek-objek ini.

Sumber: theAsianParent Singapore, mayoclinic.org, yahoo.com, alphamom.com

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Bayi Keracunan Kerana Gigit Rantai Teething – 3 Perkara Ibu Bapa Harus Tahu!

Stories Rakan Kongsi
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Keselamatan & Kesihatan Anak Memang Sama Penting, Ini Caranya Untuk Tingkatkan Keselamatan & Kesihatan Anak Sepanjang Duduk Di Rumah
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Membawa Pulang Bayi Dari Hospital Menggunakan Car Seat Untuk Newborn, Ini Caranya
Beware of chemicals that can harm your children
Beware of chemicals that can harm your children

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Keselamatan anak
  • /
  • Anak Ini Meninggal Dunia Akibat Tercekik Rantai 'Teething' Untuk Gigi
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

    Keselamatan Kanak-Kanak Di Rumah Yang Ada Balkoni: Jauhkan Perabot, Pasang Grill & Simpan Alat Bahaya

  • Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

    Ibu Ayah Wajib Letak Anak Dalam Carseat & Pakaikan Tali Pinggang Keledar, Elak Tragedi Meragut Nyawa

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham