Ketika membeli produk tempat tidur bayi, semua ibu bapa mengharapkan ia selamat digunakan dan memberi seribu kepercayaan kepada pengeluar untuk menguji serta teliti dengan sepenuhnya tentang produk tersebut.
Tapi, bagaimana jika produk tempat tidur bayi itu berbahaya tanpa kita pernah terfikir atau tahu?
Baru-baru ini, ramai ibu bapa lebih berhati-hati ketika mencari produk kerusi tidur bayi atau inclined baby sleeper kerana ada pihak pengeluar tidak meletakkan ciri-ciri keselamatan yang baik supaya dapat melindungi si kecil ketika tidur.
Dalam artikel Wall Street Journal, ada ibu bapa mengadu kepada pihak keselamatan yang mentadbir di sana mengatakan bayi berusia enam bulan mereka berguling di atas kerusi tidur bayi ini lalu meninggal dunia!
Lebih malang lagi, ia bukan kes pertama yang berlaku malah terdapat 30 aduan kematian bayi dan lebih 700 kecederaan dikaitkan dengan kerusi tidur bayi ini yang telah dilaporkan sejak tahun 2005.
Manakala separuh daripada kematian berlaku sejak 2016 lagi.
Tempat tidur bayi – Apa yang ibu bapa perlu tahu mengenai penggunaan kerusi tidur bayi ini?
Ahli pediatrik memberi ulasan, mengubah reka bentuk kerusi tidur bayi sepatutnya selamat digunakan.
Namun, pengilang dan Consumer Product Safety Commission (CPSC) mengatakan produk yang direka itu jauh lebih bahaya jika ibu bapa menggunakannya dengan cara yang betul.
Wall Street Journal menegaskan, ibu bapa harus membaca arahan sebelum menggunakan kerusi tidur bayi dan mematuhinya supaya dapat memastikan persekitaran tidur yang selamat bagi bayi mereka.
Selain itu, ibu bapa tidak boleh menggunakan bantal, mainan atau padding untuk digabungkan pada kerusi tidur bayi tersebut.
Pihak terbabit juga memberi amaran, jika bayi sudah boleh berguling atau meniarap, sebaiknya berhenti dari menggunakan produk tersebut kerana ia tidak sesuai lagi buat mereka.
Apa pula pandangan American Academy of Pediatrics tentang kerusi tidur bayi ini?
Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), tempat tidur terbaik adalah katil bayi yang ada penghadang beserta permukaan yang selesa.
Walau bagaimanapun, organisasi tersebut menasihatkan ibu bapa supaya tidak menggunakan “peranti duduk” untuk tidur bayi yang sudah boleh meniarap, merangkak dan sebagainya.
Produk bayi seperti baby car seat, stroller dan buaian boleh membahayakan keselamatan si kecil jika tidak dipantau oleh ibu bapanya.
Doktor mendesak pengeluar ubah reka bentuk tempat tidur bayi itu
Kredit : Amazon.com
Pakar perubatan menyuarakan kebimbangan mereka mengenai hal tersebut terutama bila membabitkan keselamatan bayi dan kanak-kanak.
Pada tahun 2013, Dr. Roy Benaroch memuat naik dalam blognya berkaitan jenama produk bayi popular.
Beliau menjelaskan kebimbangan tentang reka bentuk produk yang tidak baik untuk tidur bayi. Sebagai contoh, lekukkan pada kerusi tidur mungkin boleh menyebabkan bayi tidak selesa malah bertentangan dengan nasihat AAP.
Ahli pediatrik lain juga menyampaikan kebimbangan mereka tentang hal yang sama lalu menulis surat terbuka kepada syarikat produk bayi berkenaan supaya dapat mempertingkatkan pemasaran dan penjenamaan semula kerusi tidur mudah alih itu sebagai tempat rehat sementara waktu (bukan untuk tidur dalam tempoh masa lama).
Oleh itu, profesional perubatan telah menasihati ibu bapa supaya tidak menggunakan kerusi tidur bayi jenis ini kerana ia tidak selamat terutama jika tidak mematuhi arahan piawaian produk tersebut.
Kesimpulannya…
Jika ingin menggunakan kerusi tidur bayi ini, maka ibu bapa harus sentiasa menggunakan tali pinggang supaya si kecil tidak terjatuh atau berguling ketika tidur.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit gambar: Matt and Julee Turner
Sumber : Penulis asal Kevin Wijaya Oey. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Baca juga:
Ramai Ibu Baharu Susah Nak Tidurkan Bayi, Ini 26 Tips Berkesan Yang Boleh Anda Cuba!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!