X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi 8 Hari Maut Kerana Dipegang & Dicium, Ibu Merayu Semua Ambil Pengajaran

4 min bacaan
Bayi 8 Hari Maut Kerana Dipegang & Dicium, Ibu Merayu Semua Ambil Pengajaran

Seorang bayi baru lahir meninggal dunia selepas dicium pelawat yang mempunyai virus yang biasa dihidapi oleh orang dewasa! Ketahui risikonya di sini.

Bayi baru lahir adalah insan yang mudah terdedah dengan penyakit kerana sistem imunisasi mereka masih lemah. Baru-baru ini, seorang bayi baru lahir meninggal dunia kerana pelawat yang datang memegang dan menciumnya bawa virus selsema!

Bayi baru lahir meninggal: “Dia baru berumur 8 hari”

Aliza Rose lahir ke dunia sebagai seorang bayi yang sihat pada Mei 2018 lalu. Akan tetapi, satu insiden telah berlaku hingga meragut nyawanya hanya lapan hari selepas dia dilahirkan.

Sedih dengan kehilangan anaknya, ibu Aliza, Abigail Rose Friend telah memuat naik status di Facebook tentang tragedi yang menimpa keluarganya ini.

“Saya tak akan berhenti berkongsi cerita sedih, menyayat hati dan menghancurkan jiwa tentang anak kami Aliza Rose,” kata Abigail.

Aliza telah dijangkiti virus HSV-1 yang biasanya dikenali sebagai virus selsema biasa.

Menurut Abigail, Aliza mendapat virus ini dari seseorang yang “memegangnya tanpa membasuh tangan dan mencium mukanya sambil membawa virus tersebut.”

Ia mungkin dijangkiti dari ciuman.

bayi baru lahir meninggal, melawat bayi baru lahir, selsema, virus hsv-1, bayi meninggal, bayi meninggal kerana dicium, risiko cium bayi baru lahir

Facebook: Abigail Rose

Dia mula sakit sehari setengah selepas virus HSV-1 itu melekat pada tulang belakangnya dan memakan paru-paru dan otaknya. 

Aliza mula menunjukkan simptom selepas 36 hari dia dilahirkan. Dia kurang bermaya, tak nak minum susu dan gula dalam darahnya rendah.

Keadaanya tak kelihatan semakin pulih dan pada penghujung hari kedua, dia mula sakit sehingga perlu dipindahkan ke hospital lain.

Bayi baru lahir meninggal: Menghadapi kebenaran

Si kecil ini mula mempunyai masalah untuk bernafas, jadi mereka perlu meletakkan banyak mesin dan tiup hanya untuk berikannya oksigen.

“Anda tak boleh nampak yang dia seorang bayi,” kata ibu ini. “Saya sangat sedih lihat keadaanya seperti itu.”

Virus tersebut mengambil masa hanya enam hari setengah untuk menghancurkan badan si kecil tidak bersalah ini.

Lama kelamaan, ubat yang bayi ini perlu ambil menyebabkan dia mengalami sawan kronik sehingga otaknya berhenti berfungsi. Pada usia lapan hari, mesin sokongan hidup Aliza terpaksa dicabut.

Bayi baru lahir meninggal: Amaran ibu kepada semua orang

bayi baru lahir meninggal, melawat bayi baru lahir, selsema, virus hsv-1, bayi meninggal, bayi meninggal kerana dicium, risiko cium bayi baru lahir

Facebook: Abigail Rose

Abigai berharap yang dia boleh menyampaikan mesej ini kepada semua ibu bapa.

“BASUH TANGAN ANDA DAN JANGAN CIUM BAYI BARU LAHIR!”

Dia memberi amaran pada semua orang awan tentang bahaya yang boleh terjadi kerana membenarkan keluarga dan rakan untuk mencium bayi baru lahir.

Kalau bukan kerana insiden ini, Abigail tak akan tahu tentang virus selsema tersebut dan tak tahu yang ia boleh membawa maut.

Apa yang lebih membimbangkan, ibu bapa juga boleh menjangkiti bayi mereka dengan virus ini.

“Ia boleh membawa maut sehingga bayi sekurang-kurangnya berusia dua minggu. Bayi yang lebih berusia juga boleh dijangkiti virus ini kadang-kadang.”

Dia tak tahu siapa dalang di sebalik kejadian ini. Sesiapa saja boleh membawa virus ini dan tak menunjukkan apa-apa tanda!

Selain ibu ini, hanya suaminya Tyler dan beberapa kawan rapat yang menyentuh Aliza pada dua hari pertamanya.

Tak ada cara untuk tahu siapa yang berikannya virus ini kerana ia adalah virus yang biasa dialami oleh sesiapa saja.

Bila dikenang kembali, ibu ini merasakan yang dia perlu bersuara dan tegas beritahu pelawat untuk tak mencium anaknya.

Tapi dia tak kata apa-apa kerana tak mahu kecilkan hati sesiapa. “Saya rasa ramai ibu bara merasakan perkara yang sama”.

Tapi dia menasihatkan ibu bapa untuk bersuara kerana ia boleh membawa maut. Biar selamat dari menyesal.

Ibu ini juga menambah: “Tak ada satu saat pun yang saya tak fikirkan tentang Aliza. Dia sangat tembam, gembira dan manja. Dia dalam doa saya setiap hari.”

Tip melawat bayi baru lahir

cara penjagaan bayi baru lahir, penjagaan bayi baru lahir, tips penjagaan bayi baru lahir, penjagaan anak kecil, cara menjaga anak kecil, cara menjaga bayi, cara menjaga si manja, cara menjaga bayi, tips penjagaan bayi, mitos penjagaan bayi, mitos cara penjagaan bayi, mitos menjaga bayi kecil, mitos menjaga si kecil

HSV-1 boleh dijangkiti melalui mulut atau permukaan kulit yang kelihatan normal dan simptomnya tak kelihatan. Walau bagaimanapun, risiko terbesar boleh berlaku bila ada bengkak yang aktif.

Ini adalah beberapa tip untuk ibu bapa atau orang lain perlu tahu ketika melawat bayi baru lahir:

  • SENTIASA basuh tangan anda
  • Jangan melawat jika anda atau anak anda sakit
  • Tunggu sehingga ibu bapa tawarkan anda untuk pegang bayi mereka. Jangan ambil bayi dan cium bayi baru lahir. Mereka sangat mudah dijangkiti kuman walaupun anda sihat.
  • Jangan merokok sebelum melawat. Bayi baru lahir boleh terkesan dengan asap rokok yang melekat pada baju.

Keselamatan dan kesihatan bayi baru lahir adalah keutamaan anda, jadi jangan risau untuk bertegas bagi melindungi mereka.

 

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel asal ditulis oleh Jia Ling dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga:

Kalau tak sihat, JANGAN lawat atau cium bayi baru lahir — ini padahnya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Bayi 8 Hari Maut Kerana Dipegang & Dicium, Ibu Merayu Semua Ambil Pengajaran
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

    Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

    Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham