Ketupat Palas Lemak Yang Enak & Lembut Untuk Raya, Ini Cara Penyediannya (VIDEO)

undefined

Ketupat palas antara hidangan popular hari raya yang sering menjadi pilihan. Berikut cara membuat juadah ini yang pasti enak!

Hidangan raya yang wajib ada di atas meja tak lain tak bukan adalah ketupat palas. Ia berbeza dengan ketupat nasi kerana berinti pulut dan rasa berlemak. Cara membuatnya pun tak susah mana. Sangat mudah sebenarnya untuk beginner pun boleh buat, ikut cara seperti di bawah.

Cara Buat Ketupat Palas Untuk Raya

Berikut adalah cara buat ketupat palas yang mudah tapi sangat sedap untuk hari lebaran nanti!

Bahan-bahan:

  • Daun palas
  • 1 kg beras pulut. Basuh dan rendam 1½ jam atau 2 jam
  • 400 ml santan pekat
  • 1½ sudu besar garam halus
  • 1 sudu besar gula

Cara-caranya:

  1. Campurkan garam dan gula dalam santan. Kacau sebati. Ketepikan.
  2. Toskan beras pulut. Sebelum kukus pasti pengukus dilapik dengan jaring.
  3. Bila letak beras pulut, buat lubang di tengah beras supaya wap tersebar dengan sekata. Sediakan air secukupnya untuk kukus.
  4. Bila air sudah mendidih, masukkan pulut selama 40 minit. Bila dah siap kukus, tuang ke dalam besen.
  5. Sementara pulut masih panas, boleh masukkan santan yang telah dicampurkan tadi. Gaul hingga sebati lebih kurang 3 minit.
  6. Rehat dalam 5 minit untuk santan meresap sepenuhnya ke dalam pulut.
  7. Kukus pulut sekali lagi. Biarkan selama 20 minit.
  8. Tuang pulut dalam besen. Gaul rata lebih kurang 3 minit. 
  9. Kemudian, tunggu pulut sejuk dalam 2 hingga 3 jam.
  10. Bila dah sejuk, baru boleh bungkus dengan daun palas.
  11. Selepas siap bungkus, boleh bekukan atau kukus terus untuk dimakan.

Cara Membalut Ketupat Palas Yang Mudah

@qaqtnieybakar Selain dari ketupat apa lagi ya Menu traditional page raya..#suasanadikampung #fypraya #raya2023 #jlfara ♬ Suasana Hari Raya (COVER) – MAZRO AKHIRO

 

Selamat mencuba resepi ketupat palas yang kami kongsikan. Ia adalah hidangan tradisional yang sangat popular semasa Hari Raya. Dengan rasa pulut yang lemak dan daun palas yang harum, ketupat ini pasti akan menambah meriah suasana Aidilfitri anda. Selamat menyambut lebaran!

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resipi Perapan Sate Ayam Yang Sedap & Juicy, Puas Hati Makan

Baca juga: Menu Raya Wajib Anda Cuba! Ini 5 Resepi Lemang Kukus Yang Sedap & Berlemak

Baca juga: Resipi Rendang Daging Sedap Untuk Hari Raya Ikut Cara Che Nom

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!