Berapa Lama Masa Yang Normal Untuk Meneran? Bilakah Ibu Patut Bimbang? Ini Jawapannya

undefined

Berapa lama masa yang diperlukan untuk meneran sebelum tiba masanya untuk bimbang? Dan bagaimana cara cepatkan bukaan rahim?

Sekiranya ini kehamilan pertama anda, anda pasti mempunyai banyak soalan mengenai saat bersalin nanti. Yang sering didengar: Berapa lama masa yang diperlukan untuk meneran sebelum tiba masanya untuk bimbang? Dan bagaimana cara cepatkan bukaan rahim?

Jawapannya adalah bergantung. Sekiranya Ibu telah meneran selama beberapa jam, dan menunjukkan perubahan serta masih mempunyai cukup tenaga dan bayinya tidak menunjukkan tanda-tanda bahaya kebanyakan doktor atau bidan akan menyokong untuk terus meneran.

American College of Obstetricians & Gynecologists menyatakan 3 jam atau lebih (terutamanya dengan ibu pertama kali atau ibu yang mengambil epidural) adalah normal.

Sekiranya ibu mula rasa keletihan, berhenti rehat dari meneran adalah jalan terbaik, selagi bayi dalam keadaan baik-baik saja. Ibu dengan epidural kadang-kadang digalakkan untuk “labor down” yang bermaksud, bukan terus meneran secara aktif, mereka membiarkan rahim dan kontraksi melakukan sebahagian kerja untuk mereka semasa mereka berehat.

Ia lebih sukar bagi wanita yang tidak mengambil epidural kerana mereka sakit dan “labor down” akan menambahkan masa kelahiran dalam mereka kesakitan. Sekiranya ibu hamil terlalu penat dan bayi juga masih tiada tanda untuk keluar, maka prosedur mungkin dibawa ke bilik pembedahan. 

Bagaimana jika bayi menunjukkan tanda-tanda stres?

cara cepatkan bukaan rahim

Akan banyak pemantauan jantung bayi dilakukan pada peringkat kedua (tahap meneran) kerana sesetengah bayi akan mengalami masa yang sukar. Sekiranya jantung bayi menjadi laju atau perlahan dan memberi tanda dia sedang stres, maka si ibu akan dibedah dengan segera.

Bagaimana jika Ibu masih cuba meneran, mencuba beberapa kedudukan dan teknik dan bayi masih tidak mahu keluar? Apabila bayi tidak mahu keluar di ‘pintu utama’ maka perlulah keluar di ‘pintu sebelah.’

Kekurangan oksigen adalah situasi yang sangat membimbangkan saat bersalin. Itulah banyak pemantauan dilakukan waktu ini. Sekiranya degupan jantung bayi merosot (denyutan perlahan) dengan cara tertentu (para jururawat dan doktor telah dilatih untuk mengetahui perbezaan antaradenyutan perlahan berbahaya dan yang tidak).

Ia mungkin memberi maksud bayi sudah tidak mahu bekerjasama untuk keluar. Dan ia juga mungkin petanda tali pusat sedikit terbelit. 

Ada banyak yang boleh dilakukan untuk memperbaiki situasi itu tanpa memberitahu ibu untuk ke prosedur pembedahan. Mengubah posisi si ibu untuk mengelakkan tekanan pada tali pusat dengan memberi si ibu cecair IV adalah antara langkah mudah untuk memberikan bayi oksigen yang cukup.

Selalunya juga ibu akan diberi oksigen melalui mask muka untuk memastikan si ibu boleh memberi 100 peratus oksigen kepada bayi melalui darahnya sendiri. 

Sekiranya semua itu tidak berkesan dengan cepat, maka ibu perlu dibawa ke bilik pembedahan dengan segera untuk melakukan c-section.

Doktor selalunya tidak akan mengambil ringan hal ini, dan akan melakukan prosedur seterusnya bagi memastikan bayi dilahirkan dengan selamat. Disebabkan itu jugalah, peratusan wanita bersalin secara c-section cukup tinggi. 

Cara cepatkan bukaan rahim

cara cepatkan bukaan rahim

Makanan pedas
Anda mungkin perlu keluar untuk makanan pedas malam ini. Makanan pedas menyebabkan badan untuk melepaskan prostaglandin sepanjang proses penghadaman.

Hormon-hormon ini boleh menyebabkan pengecutan dalam rahim. Sekurang-kurangnya, anda akan menikmati hidangan yang lazat tanpa perlu membasuh pinggan mangkuk!

Evening Primrose Oil (EPO)
Walaupun EPO tidak boleh mempercepatkan proses bersalin, ia boleh melembutkan serviks anda. Anda boleh menyapu minyak atau masukkannya ke vagina untuk hasil yang terbaik.

Walaupun penyedia penjagaan kesihatan telah lama mencadangkan pengambilan EPO untuk mencetuskan kelahiran, terdapat sedikit bukti bahawa ia berkesan.

Teh daun raspberri merah
Bidan sering mengesyorkan minum teh daun raspberry merah dengan kombinasi evening primrose oil apabila tarikh bersalin anda semakin hampir.

Pasukan di OBGYN Utara di Austin, Texas, berkongsi bahawa teh ini boleh mengecutkan rahim dan membantu kontraksi.

Seks

cara cepatkan bukaan rahim
Seks adalah antara salah satu cara cepatkan bukaan rahim yang dipercayai berkesan dalam tiga cara: pertama, seks boleh membantu untuk merangsang rahim ke dalam pengecutan.

Kedua, seks boleh mencetuskan pembebasan oxytocin, dan ketiga, air mani mengandungi kepekatan tinggi prostaglandin yang boleh membantu untuk melembutkan serviks.

Seks selamat selagi air ketuban anda tidak pecah. Apabila ini berlaku, seks boleh meningkatkan risiko jangkitan.

Anda perlu mengelakkan seks jika anda mempunyai plasenta (plasenta previa) yang berkedudukan rendah atau mempunyai pendarahan faraj.

Membrane Swape
Sesetengah doktor akan menawarkan untuk melakukan “membrane swape” untuk menggalakkan proses bersalin. Walaupun prosedur itu dilakukan di hospital, tiada ubat-ubatan yang terlibat.

Doktor akan menggunakan jari yang bersarung getah untuk memisahkan pundi amnion dari dinding rahim. Tindakan ini mengeluarkan prostaglandin.

Sudah tentu, sebelum mencuba apa-apa yang mungkin mencetuskan kelahiran, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor anda berbincang tentang risiko atau komplikasi.

Walaupun beberapa kaedah ini adalah popular di kalangan wanita hamil, terdapat sedikit bukti saintifik untuk menyokong keberkesanan mereka.

Sumber: Parents

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

13 Gerakan Mudah Untuk Lebih Cepat Bersalin, Ibu Sarat WAJIB Cuba!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!