Awas, Cara Duduk Yang Salah Ketika Hamil Boleh Bahayakan Janin! Posisi #3 Ini Paling Disarankan Fisioterapi
Waspada ibu jika tersalah cara duduk semasa hamil! Ia boleh mendatangkan risiko yang tak baik pada janin dalam kandungan.
Bukan hanya gaya tidur sahaja, tapi posisi duduk yang baik untuk ibu hamil juga sangat penting. Ini kerana ia boleh menyebabkan pelbagai perkara yang buruk jika ibu mengikut cara yang salah.
Semasa mengandung, ibu biasanya akan mengalami morning sickness seperti mual, muntah, pening kepala, badan yang tak bermaya dan lain-lain. Tak cukup dengan itu, cara duduk ibu juga rentan mengalami masalah.
Ini kerana dengan cara duduk yang salah boleh menimbulkan rasa sakit dan kurang selesa pada anda. Malah ia juga boleh mendatangkan bahaya pada janin.
Posisi duduk yang baik untuk ibu hamil sangat penting supaya aktiviti harian anda rasa selesa dan aman. Jadi berikut ini adalah gaya duduk yang betul semasa hamil.
3 Posisi Duduk Yang Baik Untuk Ibu Hamil
#1. Cara duduk di atas kerusi dengan tempat sandar
Perut membesar dan berat naik adalah salah satu sebab ibu hamil sukar untuk bergerak. Maka dengan itu, anda disarankan menggunakan kerusi yang boleh bersandar dengan punggung supaya lebih selesa. Ibu juga disyorkan untuk menggunakan maternity belt untuk membantu menyokong menampung berat kandungan yang semakin membesar sekaligus untuk tulang belakang ibu.
Adalah lebih baik jika anda menggunakan kerusi yang boleh adjust ketinggiaannya, tapi tapak kaki masih boleh menyentuh lantai.
Selain itu, duduk dengan posisi punggung tegak lurus, bahu ke belakang dan belakang badan menyentuh kerusi.
#2. Cara duduk dengan kerusi tanpa tempat menyandar
Jika ibu duduk atas kerusi tanpa bahagian penyandar, anda boleh menggunakan bantal untuk melapik punggung.
Namun, pastikan anda duduk tegak lurus dan punggung melengkung ke belakang. Tak dilupakan juga melebarkan jarak antara kaki dan tidak bertumpu pada perut semasa duduk.
#3. Posisi duduk bersila di atas lantai
Selain duduk atas kerusi, ibu juga boleh duduk bersila atas lantai malah ia adalah posisi yang paling direkomenkan oleh ahli fisioterapi.
Posisi ini dikatakan dapat membantu melonggarkan sendi punggung sehingga bersedia untuk lalui proses melahirkan, membaiki postur tubuh dan mengurangkan rasa kaku di bahagian bawah punggung.
Akan tetapi posisi ini tidak disarankan bagi ibu yang ada gangguan panggul seperti symphysis pubis dysfunction atau pelvic girdle pain.
4 posisi duduk yang dilarang semasa hamil
#1. Duduk dengan silangkan kaki terlalu lama kerana dapat membuatkan aliran darah semakin teruk, bengkak di area pergelangan kaki dan menyebabkan varises.
#2. Semasa duduk atas kerusi yang berpusing, jangan putar kerusi di bahagian pinggang dan membongkok ke depan kerana ia boleh memberi tekanan abnormal pada perut. Namun cara yang betul adalah pusing dengan menggunakan seluruh anggota badan.
#3. Jangan duduk terlalu lama dalam posisi yang sama. Cuba sesuaikan dan ubah cara duduk setiap 10 ke 15 minit.
#4. Hindari membongkokkan atau duduk dengan kaki terangkat. Ini kerana ia menyebabkan aliran darah ke bahagian kaki meningkat sekaligus mengakibatkan ia membengkak.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Erinintyani Shabrina Ramadhini dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan.
Baca juga: Awas Ibu! Posisi Tidur Ibu Mengandung Yang Salah Boleh Meragut Nyawa Bayi Dalam Kandungan
Baca juga: Jangan Biarkan Sesak Nafas Mengganggu Kehamilan Anda, Ini Punca & Cara Mengatasinya!
Baca juga: Hamil Anak Kedua Boleh Memberi Kesan Buruk Pada Kesihatan Mental Ibu – Kajian