X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Awas Ibu! Posisi Tidur Ibu Mengandung Yang Salah Boleh Meragut Nyawa Bayi Dalam Kandungan

3 min bacaan
Awas Ibu! Posisi Tidur Ibu Mengandung Yang Salah Boleh Meragut Nyawa Bayi Dalam Kandungan

Susahnya nak tidur! Ibu yang sarat mengandung pasti akan mengadu kata-kata apatah lagi apabila kandungan mencecah trimester ketiga. Namun ada satu posisi tidur ibu mengandung perlu elak sebaik-baiknya!

Posisi tidur ibu mengandung

Antara masalah yang dihadapi wanita-wanita hamil ialah sukar dapat posisi tidur ibu mengandung yang selesa. Memang terkebil-kebil melihat pasangan tidur nyenyak. Sampai timbul rasa cemburu pada mereka kerana kita juga ingin tidur lena dan selesa.

Dalam mencari posisi tidur yang selesa, ada satu posisi tidur ibu mengandung yang wajar dielak terutamanya ketika sudah masuk ke trimester ketiga.

Kenyataan ini adalah berdasarkan hasil kajian yang menunjukkan bahawa ibu hamil trimester ketiga mempunyai 2 kali ganda risiko bayi meninggal dalam kandungan kerana posisi tidur terlentang.

Apa itu bayi maut dalam kandungan atau ‘stillbirth‘?

Awas Ibu! Posisi Tidur Ibu Mengandung Yang Salah Boleh Meragut Nyawa Bayi Dalam Kandungan

Kredit: Shutterstock

Menurut WHO, atau Persatuan Kesihatan Sedunia, ‘stillbirth‘ ialah bayi yang dilahirkan tiada tanda bernyawa pada atau selepas minggu ke 28 kehamilan.

Manakala menurut CDC, atau Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit, ‘stillbirth‘ ialah kematian atau kehilangan bayi sebelum atau semasa bersalin. Ia berbeza dengan keguguran yang merupakan kehilangan bayi di usia sebelum 20 minggu kehamilan.

Baca juga: Remedi Untuk Ibu Hamil Yang Susah Tidur

‘Stillbirth‘ juga di kelaskan kepada 3, iaitu:

  • Kematian awal bayi dalam kandungan (early stillbirth) yang berlaku di antara 20 minggu dan 27 minggu kehamilan
  • Kematian lewat bayi dalam kandungan (late stillbirth) yang berlaku di antara 28 dan 36 minggu kehamilan.
  • Kematian bayi di dalam kandungan pada masanya yang berlaku pada 37 hingga cukup tempoh kehamilan.

Apa kata kajian tentang posisi tidur ibu mengandung yang selamat?

posisi tidur ibu mengandung

Kredit: Shutterstock

Borang kaji selidik tentang corak tidur sebelum hamil, dan 4 minggu sebelum beranak atau kes bayi meninggal dunia dalam perut (stillbirth) telah diagihkan ke lebih 1,000 wanita di wad materniti seluruh United Kingdom.

Ibu hamil yang tidur dalam posisi terlentang ada 2.3 kali lebih risiko bayi meninggal dalam kandungan berbanding ibu hamil yang tidur mengiring. Selain itu, bayi meninggal dalam perut juga lebih cenderung terjadi kepada ibu yang tidur kurang dari 5.5 jam pada waktu malam.

Mengapa posisi tidur ibu mengandung – baring terlentang tingkatkan risiko bayi maut dalam kandungan?

Awas Ibu! Posisi Tidur Ibu Mengandung Yang Salah Boleh Meragut Nyawa Bayi Dalam Kandungan

Kredit: netdoctor.co.uk

Kajian menunjukkan posisi tidur ibu mengandung mempengaruhi kadar ritma jantung bayi. Apabila ibu hamil baring terlentang, bayi menjadi lebih ‘senyap’ atau kurang aktif.

Malah terdapat penemuan yang menunjukkan apabila ibu baring terlentang, berat bayi menekan saluran darah ke uterus.

Saluran darah ke uterus sangat penting buat bayi dalam kandungan. Ini kerana saluran ini bukan saja membekalkan ‘makanan’ buat bayi, malah ia juga membekalkan oksigen kepada bayi dalam kandungan.

Jadi ibu-ibu hamil di luar sana, anda mungkin mahu lebih berhati-hati dengan posisi tidur anda selepas ini. Dan para suami, ingatkan isteri anda tentang posisi tidur yang wajar dielak ini, ya.

Sumber: dailymail, WHO, CDC

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Awas Ibu! Posisi Tidur Ibu Mengandung Yang Salah Boleh Meragut Nyawa Bayi Dalam Kandungan
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham