9 Cara Hilangkan Sedu Bayi Mengikut Saranan Pakar Yang Ibu Boleh Cuba Di Rumah

undefined

Bayi mengalami sedu sering dikaitkan dengan tanda dia sedang membesar. Namun adakah ia benar dan apakah cara hilangkan sedu yang boleh ibu cuba di rumah?

Bagi bayi yang berusia bawah 6 bulan, anda mungkin akan menyedari si manja kerap mengalami sedu. Ia bukanlah masalah yang serius, namun kebanyakan ibu ayah berasa risau apabila anak semakin keletihan sehingga mencuba pelbagai cara hilangkan sedu.

Mengikut kata orang tua-tua dahulu, ia adalah tanda bayi ingn membesar, namun sejauh mana kebenarannya, kami tidak dapat pastikan. 

Baca juga: Doktor Kongsi Cara Mencegah Demam & Batuk, Ibu Perlu Mandikan Anak 3 Kali Sehari 

Cara hilangkan sedu dengan mudah di rumah

cara hilangkan sedu bayi

credit to sources

Ada beberapa cara yang boleh anda cuba bagi hilangkan sedu bayi dengan selamat dan cepat. Antaranya ialah:

#1. Letak tisu basah atas dahi

Sebenarnya, ia adalah mitos sahaja dan tiada kajian yang membuktikan keberkesanannya. Walaupun begitu, tidak salah untuk ibu mencuba kerana ramai mengatakan cara ini berkesan kepada bayi mereka.

#2. Beri susu dengan kerap

Tip hilangkan sedu yang seterusnya ialah ibu hendaklah memberikan susu bayi dengan jumlah sedikit namun secara lebih kerap. Sebenarnya, masalah sedu boleh terjadi apabila bayi minum, makan terlalu banyak atau cepat.

Menurut pakar pediatrik University of Texas, Dr. Lynnette, sedu yang berlaku pada bayi sebenarnya berkaitan dengan susu badan atau susu formula. Justeru adalah penting untuk memastikan si manja anda minum secara perlahan-lahan.

#3. Kedudukan bayi selepas menyusu

tips hilangkan sedu bayi

credit to sources

Bagi mengelakkan masalah sedu, ibu hendaklah memastikan bayi berada dalam posisi terbaik selepas selesai menyusu. Caranya adalah dengan pegang bayi anda secara berdiri dan tegap selepas 20 minit dia minum susu. 

Ini adalah untuk membolehkan susu diproses turun ke perut. Jika ia masih berada di tekak atau dada, kebarangkalian sedu mudah berlaku kerana proses pengaliran susu belum selesai.

#4. Sendawakan anak selepas minum

Menurut saranan Dato Dr Azizon Othman, ibu perlu mengeluarkan angin (burp) sebaik sahaja bayi selesai menyusu. Hal ini kerana menyusu terlalu banyak dan cepat boleh menyebabkan perut si manja mengembang, ia sekaligus mendorong masalah sedu. 

Ibu juga tidak semestinya perlu menunggu sehingga bayi habis menyusu. Anda boleh sendawakan si manja setiap 2 atau 3 minit bagi memastikan pengaliran susu berjalan lancar.

#5. Elakkan bayi tertelan udara berlebihan

Semasa menyusu, bayi cenderung menelan terlalu banyak udara. Jadi, perkara yang ibu perlu lakukan ialah tegakkan sedikit badan bayi. Kemudian, pastikan seluruh puting dan areola masuk ke mulut si manja.

Ketika minum susu formula, anda hendaklah memastikan sebahagian besar puting telah masuk ke dalam mulut bayi. Sengetkan botol susu sedikit sahaja agar tiada ruang udara pada puting.

#6. Mengubah kedudukan bayi serta merta

Sekiranya bayi sedu, ibu hendaklah menukarkan kedudukan yang lebih selesa. Mungkin anda boleh mendukung si manja secara tegak dan selesa berbanding membiarkan bayi tidur. Selain itu, bayi juga boleh dibiarkan meniarap.

#7. Beri minum air masak

petua hilangkan sedu

credit to sources

Ibu jangan risau, beri bayi minum air masak sedikit sahaja menggunakan botol susu. Cukuplah sekadar satu atau dua teguk sahaja. Ia adalah untuk mengurangkan perut bayi yang ‘terkejut’ menerima susu yang banyak dan sekaligus menghilangkan sedu bayi

#8. Elakkan persekitaran yang sejuk

Cuaca yang sejuk akan meningkatkan risiko bayi mengalami sedu. Hal ini kerana bahagian perut dan dadanya berasa tidak begitu selesa. Justeru, seeloknya pakaikan baju tebal pada hari hujan.

#9. Buat urutan di bahagian belakang

Ketika ibu berdepan bayi sedu, angkat dan letakkannya pada bahu anda. Kemudian, urutlah belakang si manja secara perlahan-lahan. Cara ini dapat membantu bayi mengeluarkan angin dalam badan, melegakan pernafasan dan memulihkan urat bayi akibat angin.

Bukan itu sahaja, ibu ayah juga diingatkan agar tidak menganggu bahagian wajah bayi. Seperti masyarakat zaman dahulu, mereka akan menekan mata dan wajah bayi. 

Tindakan sebegini sebenarnya tiada kena-mengena. Paling teruk lagi  boleh menjejaskan kesihatan si manja anda!

Secara umumnya, masalah sedu terjadi akibat pengecutan secara mengejut pada otot-otot diafragma apabila terdapat stimulasi dan iritasi. Apabila ia menguncup, peti suara akan serta-merta tertutup dan menghasilkan bunyi sedu.

Ia kerap berlaku pada bayi kerana otot badan mereka masih belum matang. Ia berlaku secara berima, tidak lama sekitar 5 hingga 10 minit sahaja.

Sumber: Bidadari, Mingguan Wanita

Kredit foto: shahnun ag

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!