"Emosinya Bila Mengandung Ni!"- Ini 5 Cara untuk Bakal Ibu Kawal Emosi

undefined

Seronok menjadi ibu ini. Tetapi pada masa yang sama begitu banyak perasaan pada waktu yang sama sehinggakan emosi ibu mula terganggu.

Bila bercakap pasal mengandung ni, cepat betul emosi. Malah, semua cara ibu kawal emosi tidak menjadi. Pernahkah ianya terjadi kepada anda?

“Rasa nak mengamuk je time mengandung ni! Itu tak kena ini tak kena.”

Semua benda tak kena sampaikan benda kecil pun rasa nak mengamuk. Tak pasal-pasal orang lain yang kena. Jika anda ada anak, sila-silap anak anda yang menjadi mangsa. 

Jika anda seorang yang cemas, bila anda mengandung ini anda akan menjadi bertambah lagi cemas. Malah, anda juga akan menjadi cepat stress. Emosi wanita mengandung ini sememangnya sentiasa tidak menentu. Kadang-kadang nak marah, kadang-kadang nak menangis dan ada kalanya anda rasa gembira sangat. 

Anda mesti tertanya-tanya kenapa sifat dan perwatakan anda berubah dengan mendadak setiap kali mengandung. Seolah-olah anda jadi seperti orang lain pula. Nak tahu mengapa?

Kenapa wanita mengandung senang rasa emosi?

cara ibu kawal emosi

Kredit: Pexels

Sewaktu mengandung, wanita akan mengalami dan merasai seribu satu perasaan. Ini adalah antara faktor kenapa wanita mengandung senang rasa emosi.

Emosi adalah sesuatu yang normal sewaktu anda mengandung dan setiap wanita merasai perubahan emosi yang berbeza. Ia bukanlah sesuatu yang perlu anda khuatiri, ya para ibu!

#1 Perubahan hormon sewaktu mengandung

Emosinya Bila Mengandung Ni!- Ini 5 Cara untuk Bakal Ibu Kawal Emosi

Kredit: Pexels

Badan anda melalui suatu perubahan yang besar sewaktu mengandung yang mana ia akan melindungi dan menyediakan satu ruang yang selamat untuk kehamilan anda. Oleh sebab itu, anda akan mengalami perubahan hormon pada awal kehamilan anda. 

Pada awal peringkat trimester anda, anda akan mendapat kesan sampingan akibat kenaikan hormon oestrogen dan progesterone dalam darah anda. Ia adalah sesuatu yang normal tetapi kesan sampingannya akan menyebabkan anda mengalami emosi secara berlebihan seperti kesedihan yang melampau, sensitif terhadap semua perkara, sentiasa menangis dan bermacam lagi. 

Apabila anda masuk peringkat trimester kedua dan ketiga, perubahan hormon akan berterusan. Namun, ianya berbeza bagi setiap wanita. Sama ia akan berterusan ataupun tidak. Ianya turut bergantung sama ada badan anda boleh menangani perubahan hormon ini ataupun tidak. Mood swing, keletihan dan sebagainya juga boleh berlangsung sepanjang masa kehamilan.

#2 Perubahan emosi sewaktu kehamilan

cara ibu kawal emosi

Kredit: Pexels

Sememangnya banyak perkara yang anda boleh risaukan sewaktu mengandung. Perubahan emosi ini ada kalanya tidak dapat dielakkan. Kadang, ianya boleh jadi lebih teruk sehingga menyebabkan anda boleh mendapat stress yang melampau sewaktu kehamilan. Anda mempunyai terlalu banyak kerisauan sampaikan benda-benda sebegini mengganggu anda. 

  • Adakah saya boleh jadi ibu yang baik untuk anak saya?
  • Takut bila nak pergi buat checkup untuk bayi.
  • Perasaan takut bila teringat waktu bersalin.
  • Takut keadaan anak sewaktu mereka lahir.

Walaupun emosi dalam kalangan ibu mengandung ini adalah merupakan sesuatu yang biasa tetapi kalau tidak dikawal semerta, boleh jadi parah jawabnya. Bukan anda sahaja boleh tertekan, bahkan orang disekeliling anda pun boleh jadi begitu.

Tapi jangan risau, ada caranya!

Cara untuk bakal ibu kawal emosi

Buat bakal-bakal ibu, anda boleh cuba untuk kawal emosi dengan mengikut beberapa cara dibawah. Selamat berjaya!

#1 Relaks dan banyakkan rehat

Emosinya Bila Mengandung Ni!- Ini 5 Cara untuk Bakal Ibu Kawal Emosi

Kredit: iStock

Banyak punca ibu stress adalah disebabkan oleh tidak cukup rehat. Jadi, buat wanita yang sedang mengandung, enjoylah dengan kehamilan anda dan jangan buat kerja-kerja berat. Banyakkan rehat ya!

#2 Terima saat dan waktu kehamilan ini adalah sementara

Emosinya Bila Mengandung Ni!- Ini 5 Cara untuk Bakal Ibu Kawal Emosi

Kredit: Pexels

Apa jua yang anda rasa sekarang ini akan berakhir. Itu anda kena semat dalam kepala anda kerana ianya bersifat sementara. Semuanya akan rasa berbaloi apabila anda menatap wajah si kecil. Ini semua adalah untuk anak anda juga.

#3 Kekalkan hidup aktif 

Kehamilan bukanlah alasan untuk anda tidak menjalani hidup aktif. Apa yang penting, anda makan makanan yang berkhasiat, sentiasa bersenam dan hirup udara segar dan anda perlu tidur yang cukup. Cubalah hari ini, anda pasti akan rasa berbeza!

#4 Minta sokongan dari suami dan keluarga

Ada masanya anda perlu meminta pertolongan orang lain terutama sekali apabila anda mula berasa tertekan dan memerlukan sokongan emosi. Jangan simpan seorang diri, cari sokongan daripada orang lain terutamanya suami anda. Luahkan apa yang terpendam dan jangan rasa seperti anda melaluinya sendiri kerana anda masih mempunyai sokongan dan kasih sayang orang lain.

#5 Lakukan aktiviti yang menenangkan

Kalau anda tak larat, tak payah dah buat kerja rumah. Apa kata anda manjakan diri anda dengan melakukan aktiviti yang menenangkan seperti yoga atau meditasi. Atau anda boleh berjalan di taman dan menenangkan fikiran anda. Jangan fikir apa-apa dan tarik nafas sedalam-dalamnya. Katakanlah kepada diri anda sendiri yang anda okay dan anda boleh buat!

Sumber: Myhealth

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: Kenapa ibu mengandung selalu mengidam 10 makanan ini? Berikut kata pakar…

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!