5 cara untuk hilangkan lemak di perut yang terbukti berkesan, mana patut anda cuba?
5 cara kempiskan perut ini berkesan untuk menghilangkan lemak lemak degil di perut menurut sains tanpa perlu menjalani rutin senaman yang intensif.
Siapa yang tak nak kempiskan perut? Memang kita hargai setiap inci tubuh kita, tapi kadang-kadang geram juga bila tengok lemak di perut ni!
Kempiskan perut: 5 cara untuk hilangkan lemak di perut yang terbukti berkesan
Lemak di perut memang sangat degil untuk hilang. Memang tak mustahil untuk mengikuti program hilangkan lemak. Tapi nak kempiskan perut itu memerlukan senaman yang ekstrem serta perlu betul-betul menjaga diet anda juga.
Nasib baik ada beberapa cara yang terbukti berkesan yang boleh menolong anda untuk kempiskan perut. Jom tengok apakah ia!
Kempiskan perut #1: Jangan berhenti bergerak
Jika anda ingin memulakan program untuk mengurangkan berat badan, senaman dan aktiviti fizikal patut menjadi keutamaan. Anda boleh bakar kalori dengan berlari, berjalan, jogging, berbasikal atau bersenam.
Aktiviti ini dapat membantu anda untuk melancarkan perjalanan darah dalam jantung anda.
Anda tak perlu untuk paksa diri untuk melakukan kardio selama berjam-jam. Senanan mudah seperti berjalan laju dapat mengurangkan risiko masalah kesihatan akibat lemak berlebihan.
Dr. William Kraus, M.D., profesor perubatan di Universiti Duke, menerangkan “senaman berat cenderung untuk membakar glukos dari lemak, manakala senaman ringan akan membakar lemak lebih banyak dari glukos.”
Kempiskan perut #2: Cuba dapatkan tidur selama 8 ke 9 jam
Tidur adalah sama penting dengan bersenam, lebih-lebih lagi untuk kempiskan perut. Jika anda tidak mendapat 8 ke 9 jam masa tidur atau sebanyak yang badan anda perlukan, ia boleh menyebabkan pembentukan lemak di organ-organ badan.
Kajian dari Universiti Perubatan Wake Forest membuktikan bahawa, “tidur kurang dari 5 jam atau kurang menyebabkan penambahan lemak disekeliling organ.
Jadi jika anda mahu perut yang kempis, tidur adalah jawapannya.
Kempiskan perut #3: Masukkan yoga dalam rutin senaman
Jika anda sudah mula melakukan beberapa pergerakan yoga, anda berada di trek yang betul. Tapi, jika anda belum mula, sekarang adalah masanya.
Satu kajian tahun 2012 yang dikeluarkan di Jurnal Masyarakat Menopaus Utara Amerika terbukti yang wanita melakukan yoga selama 16 minggu menunjukkan perubahan ketara dalam mengurangkan lemak.
Yoga adalah antara cara yang terbaik untuk menghilangkan lemak di perut dan ia memang berkesan.
Kempiskan perut #4: Makan protein
Protein adalah sangat penting untuk membentuk otot. Tapi adakah anda tahu yang protein juga boleh mengurangkan lemak-lemak degil di perut?
Kajian yang disiarkan di Jurnal Nutrisi dan Metabolism membuktikan bahawa diet protein boleh membantu untuk mengurangkan lemak.
Tapi terlalu banyak protein juga akan menaikkan paras asid yang akan memudaratkan buah pinggang.
Masukkan daging, makanan laut, kekacang, makanan rendah lemak serta telur dalam diet anda jika anda ingin kempiskan perut.
Kempiskan perut #5: Tambah cuka
Kajian di Jepun menyatakan yang cuka dapat membantu menghilang lemak lebih cepat dari yang anda sangka!
Dalam kajian mereka, pakar mengatakan “pengambilan cuka sangat berguna untuk menghalang sindrom metabolisma untuk mengurangkan obesiti.”
Walaubagaimanapun, cuka adalah asid dan tidak boleh diambil terus. Cuka berperisa juga boleh digunakan. Kami nasihatkan anda minta nasihat doktor dulu.
Jadi, kami harap 5 cara ini dapat membantu anda kempiskan perut. Kerana sains membuktikan ia berkesan!
Sumber: theAsianparent Singapura
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comisteri-membebel-baik-untuk-suami