Kerap Berbual Dengan Bayi Dapat Merangsang Otak & Membuatkan Anak Lebih Bijak

undefined

Tahukah anda cara komunikasi dengan anak yang betul terutamanya masih bayi? Ibu ayah perlu kerap berbual dengannya bagi merangsang perkembangan mereka!

Pendedahan terhadap pelbagai bunyi dan bahasa adalah perkara penting dalam perkembangan si manja. Meskipun masih bergelar bayi baru lahir, ibu ayah perlu kerap berbual dengannya melalui cara komunikasi dengan anak yang berkesan.

Meskipun bagi sesetengah ibu ayah menganggapnya sebagai sesuatu yang pelik kerana bayi masih tidak tahu tentang apa-apa dan hanya sekadar memandang sahaja ketika anda bercakap dengannya.

Baca juga: 7 Jenis Rangsangan Pada Bayi TERBUKTI Berkesan Untuk Perkembangan Otak & Minda

Cara komunikasi dengan anak masih kecil

bercakap dengan bayi

credit to sources

Menurut ahli psikologi perkembangan di Florida Atlantic University, Prof. Erika Hoff, kanak-kanak tidak akan belajar sesuatu dari apa yang mereka tidak pernah dengar.

Justeru ibu ayah amat digalakkan untuk kerap berbual dengan anak seperti mana orang dewasa (menggunakan kata hubung, adjektif dan sebagainya) supaya mereka memperoleh input bahasa yang sewajarnya.

Antara cara untuk berbual dengan bayi adalah menggunakan kaedah Parentese. Ini adalah teknik terbaik bagi merangsang si manja bercakap dan sangat menghiburkan.

Gaya Parentese ini biasanya diucapkan dengan tempo perlahan, nada yang tinggi, intonasi berubah-ubah, bunyi vokal panjang, mata dibuka luas dan senyum lebar.

Sebagai contoh, sekiranya anda ingin menyebut perkataan makan. Ia menjadi ‘maaaaakan’ atau epal menjadi ‘eeeeepal’. Di samping itu, teknik Parentese ini tidak mengubah sebutan, tatabahasa dan perbendaharaan kata.

Ia berperanan untuk menambahkan keriangan serta kefahaman kepada kanak-kanak cepat bercakap dan mengeratkan hubungan bersama ibu ayah.

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Washington University, seorang penyelidik neurosains bernama Patricia Kuhl mendapati ibu-ibu di Amerika Syarikat, Rusia dan Sweeden menggunakan teknik Parentese berkesan membantu anak menganalisis dan menyerap maklumat lebih pantas.

Selain itu, ia turut membantu si manja mendengar perbezaan antara setiap perkataan yang diucapkan dan memahami emosi disampaikan dengan baik. 

Manfaat mengajak bayi berbual

manfaat bercakap dengan anak

credit to sources

#1. Mengeratkan hubungan dengan anak

Tidak dinafikan masa bersama dengan si manja adalah sesuatu yang berharga. Ibu ayah kerap mengajak bayi berbual mampu membangunkan hubungan emosi. Bahkan aktiviti komunikasi yang dilakukan secara rutin ini boleh membuatkan mereka merasakan pentingnya kehadiran ibu ayah dalam hidupnya.

Ia bukanlah menjadi suatu masalah jika bayi masih belum mengerti sepenuhnya apa yang ibu ucapkan. Namun setiap kali mendengar suara dan memerhatikan sosok tubuh anda, si manja menjadi gembira. Jika perasan, dia akan memberikan respon dari arah suara ibu datang, mengerlipkan mata, bahkan ketawa.

#2. Membantu merangsang perkembangan otak

Seterusnya, cara komunikasi dengan anak dengan betul mampu menyokong perkembangan otak si manja. Anda tidak perlu berasa kekok atau pelik untuk melakukannya biarpun bayi belum menunjukkan sebarang tanda memberi respons terhadap perbualan.

Setiap bayi dan kanak-kanak akan melalui proses berkembang dengan cara yang unik pada waktu berbeza-beza.

Hal yang penting adalah sering mengajaknya komunikasi setiap hari. Mulakan percakapan secara kreatif tidak hanya membuatkan anda tersenyum bahagia, tetapi turut merangsang perkembangan si manja.

#3. Meningkatkan kemampuan mendengar dan bicara

manfaat berbual dengan anak

foto: amber katrina

Manfaat berborak dengan bayi turut membantu membangunkan kemampuan mendengar serta berbicara. Si manja sebenarnya akan cuba meniru suara yang didengarnya setiap hari dan memerhatikan gerak bibir ketika ibu bercakap.

 Selain itu, anak kecil yang sering diajak berbual dikatakan lebih cepat menguasai kemahiran lain seperti menulis, mengira dan bersosial dengan orang sekelilingnya. Ini kerana sejak kecil lagi sudah terbiasa aktif dalam memberikan respon.

Antara topik mudah yang boleh ibu ayah cuba bagi berborak dengan bayi setiap hari ialah meliputi aktiviti harian seperti memberitahu kepada si manja perkara yang sedang dilakukan seperti memakai baju, menukar lampin atau mengemas beg.

Selain itu anda boleh berbual tentang perkara di sekeliling. Ia adalah topik yang paling banyak untuk dibincangkan bersama bayi. Misalnya memperkenalkan kepada mereka jenis mainan, buah-buahan, makanan dan sebagainya.

Ibu juga boleh menerangkan kepada si manja tentang warna, bentuk dan saiz sesuatu objek. 

Sumber: Thevocket, Kumparan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!