6 Cara Melayan Isteri Ketika Trimester Ketiga, Barulah Hubungan Bertambah Erat

undefined

Inilah masanya untuk suami tonjolkan sifat keprihatinan dan kasih sayang pada isteri ketika berada di minggu terakhir kehamilan. Barulah cinta isteri pada anda melimpah ruah!

Mungkin sebelum ini kalian adalah pasangan yang sangat romantis. Namun tahukah anda, cara melayan isteri ketika hamil sama sekali berbeza terutama ketika si isteri berada di trimester ketiga kehamilan?

Ini adalah peringkat yang mungkin berlakunya perubahan hormon, lalu menyebabkan mood isteri tidak menentu. Namun, itu tidak bermakna yang dia tidak berhak mendapat sedikit ruang romantis bersama suami tercinta!

Berikut beberapa cara melayan isteri dengan romantis ketika di trimester terakhir. 

6 cara melayan isteri di trimester ketiga 

#1. Cara melayan isteri di trimester ketiga: Mengurut kaki 

cara melayan isteri, cara melayan isteri di trimester ketiga, melayan isteri, layan isteri, layanan isteri, cara melayan isteri ketika hamil, cara melayan isteri semasa mengandung, cara layan isteri semasa hamil, cara layanan suami pada isteri

Kredit: Lelaki Sihat

Ketika berada di trimester terakhir, perut isteri semakin membesar sekaligus menanggung berat di seluruh tubuhnya terutama di bahagian kaki. 

Jadi sebagai suami, ambil sedikit masa untuk urut kaki isteri supaya letih dan bengkak di bahagian itu beransur hilang.

#2. Cara melayan isteri di trimester ketiga: Murah dengan pujian 

Apabila mengandung, sudah tentu tubuh isteri semakin membesar dan berlakunya perubahan bentuk badan.

Jadi sebagai suami, sentiasalah puji isteri anda pada masa ini supaya dia tahu kasih sayang anda tidak berubah walau seinci meskipun bentuk tubuhnya tidak secantik dahulu. 

Selain itu, ketika berada di trimester ketiga juga, isteri akan sedikit malas untuk berdandan meskipun dia cuba sehabis baik untuk kelihatan menawan di hadapan anda.

Jadi kalau nampak effort isteri untuk cantik, berilah pujian kepadanya dan menghargai dengan apa yang telah dicurahkan pada anda. 

#3. Cara melayan isteri di trimester ketiga: Penuhi permintaan isteri mengidam 

cara melayan isteri, cara melayan isteri di trimester ketiga, melayan isteri, layan isteri, layanan isteri, cara melayan isteri ketika hamil, cara melayan isteri semasa mengandung, cara layan isteri semasa hamil, cara layanan suami pada isteri

Kredit: Baby Center

Biasalah bila tengah hamil kadang-kadang selera wanita tidak menentu dan ada saja makanan yang mereka mengidam.  Jadi sebagai suami cuba penuhi permintaan mereka itu. 

Kalau nak lagi romantis, anda sendiri yang masak hidangan tersebut. Barulah nampak macam suami  sweet and caring! 

#4. Cara melayan isteri di trimester ketiga: Siapkan segala keperluan isteri untuk ke hospital 

Pada trimester terakhir anda cuba kurangkan perasaan gementar isteri yang tentunya takut untuk menempuhi di minggu terakhir sebelum bersalin ini.

Ia boleh dilakukan dengan cara menyediakan beg hospital, siapkan kelengkapan ibu dan bayi dan lain-lain. 

#5. Cara melayan isteri di trimester ketiga: Ringan tulang membantu isteri buat kerja rumah 

Apabila berada di trimester terakhir isteri akan berasa cepat penat sekaligus membuatkan pergerakannya sedikit terbatas. 

Jadi bila lihat isteri penat dan tercungap-cungap ketika membuat kerja rumah adalah bagus jika anda ringan tulang membantu apa yang patut. 

Selain mendengar rungutan isteri dengan penuh sabar jika dia tidak berdaya lagi untuk membuat segala hal dalam satu masa yang sama. 

#6. Cara melayan isteri di trimester ketiga: Berikan isteri ruang dan masa untuk berehat 

cara melayan isteri, cara melayan isteri di trimester ketiga, melayan isteri, layan isteri, layanan isteri, cara melayan isteri ketika hamil, cara melayan isteri semasa mengandung, cara layan isteri semasa hamil, cara layanan suami pada isteri

Kredit: parents.com

Perubahan fizikal dan hormon isteri memang tidak dinafikan lagi ketika berada di hujung kehamilan. Pada tahap ini, berikan isteri masa dan ruang untuk berehat semahunya supaya dia lebih tenang dan bertenaga menghadapi proses melahirkan nanti. 

Ternyata layanan suami yang penuh romantis dan ikhlas ini menjadikan cinta kalian lebih daripada biasa. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mom Junction

Baca juga: 

https://my.theasianparent.compengorbanan-suami-ketika-isteri-hamil/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!